Resepi Mudah : Ayam Goreng Berlada
3:38 PTG
Anak puyuh terlari-lari,
Sampai ke kolam mendabik dada,
Apa menu hidangan tengahari,
Sampai ke kolam mendabik dada,
Apa menu hidangan tengahari,
Masak Ayam Goreng Berlada.
Jemput makan...
Sepinggan nasi putih panas dengan lauk Ayam Goreng Berlada... sampai terlupa nak masak sayur sebab tak sabar nak rasa masakan ayam tu! Bukan apa... dah lama sangat tak masak begini. Mudah, cepat tapi sodaaappp!
Bahan-bahan:
1 kg daging ayam - potong 8 bahagian - perap seketika dengan 1 sudu teh garam dan 1 sudu teh serbuk kunyit
5 helai daun limau purut
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 batang serai - dititik
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan 1/2 cawan air
garam / gula / perasa pilihan
minyak
Bahan kisar (jangan terlalu halus):
10 biji cili merah
3 ulas bawang putih
5 biji bawang merah
1 cm halia
Cara:
1. Goreng daging ayam hingga separuh masak.
2. Gunakan 4 sudu makan minyak bekas gorengan ayam tadi, dan tumis bahan kisar.
3. Masukkan serai dan terus tumis hingga pecah minyak.
4. Masukkan ayam goreng dan bancuhan air asam jawa.
5. Masak dengan api sederhana panas sehingga kuah lada menjadi pekat dan daging ayam masak sempurna.
6. Masukkan bawang besar daun limau purut, garam / gula / perasa pilihan.
7. Gaul seketika sehingga daun limau purut mengeluarkan aroma dan berubah warna.
8. Padamkan api dapur.
Terima kasih anak-anakku kerana mengatakan masakan Ayam Goreng Berlada ini sedap! Alhamdulillah....
8 comments
Drooling tengok gambar makanan yang Kak Amie post!
BalasPadamSaya pun suka masak ayam cara ni kak Amie...memang sedap betul klu pedas...bertambah2 nasi kan...
BalasPadamPojie,
BalasPadamjemput... makan sama.
Rahel,
itu yang bahayanya kan Rahel... sampai menambah-nambah nasi ha hahaha
Salam singgah di hujung minggu sis...sedapnya...boleh cuma ni utk menu tengahari ni...hihi
BalasPadamMasakan ayam ini sungguh menyelerakan!
BalasPadamWah.. perkongsian yang sangat bermanfaat. Terima kasih admin. Resepi Ayam KFC
BalasPadamSalam, ni guna cili api ke atau cili panjang tu?
BalasPadamFarah,
BalasPadamcili merah maknanya cili hidup yang panjang tu.