Mendaki Gunung Silam : Menuju Ke Puncak : Menara Kayangan Lahad Datu
1:25 PTG
Ini kisah semalam : Sabtu 31 Januari 2015.
Ikut perancangan awal... ramai yang nak ikut serta mendaki Gunung Silam pada hari tersebut. Mimie tak jadi pergi, Dar pun sama macam Mimie. Tak apalah... kalau mereka tak jadi pergi, kami sajalah yang pergi he he hehehe.
Ikut perancangan awal... ramai yang nak ikut serta mendaki Gunung Silam pada hari tersebut. Mimie tak jadi pergi, Dar pun sama macam Mimie. Tak apalah... kalau mereka tak jadi pergi, kami sajalah yang pergi he he hehehe.
Kami antara orang yang terawal sampai di kaki gunung.... pukul 6.00 pagi sudah bertolak dari rumah.
Mula-mula Kam ambil Amie, kemudian berhenti di depan stesyen minyak SHELL ambil Bellylyn yang dihantar oleh suaminya di situ. Seterusnya sampai ke PGA Batalion 17... nak ambil Nano. Tak nampak kelibatnya... bila Amie telefon, kata Nano : Alah saya baru bangun tidurlah kak! Wokeeeyyy.... sambung tidurlah ko Nano! Kam pun pandu terus. Selang 200 meter, berhenti di tepi jalan, ambil Misa. Kami berempat satu kereta. Gambar di atas ada tiga orang saja... iyolaaaa... Amie tukang tangkap gambar tentulah tak dapat masuk!
Kamikah yang tercepat atau kawan-kawan lain yang terlambat?
Tak apa, sementara tunggu yang lain tiba... boleh tangkap gambar dulu.
Ha... tengoklah gambar di atas tu, pagar pun belum dibuka. Lampu pun masih menyala!
Gunung Silam letaknya di Kampung Lama (sebutan penduduk tempatan ialah Kampung Lama' atau Lamak). Kedudukannya di persimpangan jalan lebih kurang 22 km dari Lahad Datu menuju ke Tawau. Kalau nak ke Lembah Danum, salah satu di antara hutan simpan negeri Sabah, jauhnya 63 km. Seingat Amie tahun 2012 atau 2011 sudah ke sana... alahai lupa-lupa ingat! Yang Amie ingat banyak tahi gajah di sepanjang jalan menuju ke hutan Danum tu.
Hutan Simpan Taliwas pun Amie dah pergi... juga tak berapa ingat tahun berapa, tapi dalam 2 atau 3 tahun lepas laaa.... jauhnya 21 km dari sini.
Wokeeeyyy... pintu pagar dah dibuka... ingatkan pengawal keselamatan yang buka, rupanya Misa yang buka pagar tuh!
Itu dia... pintu gerbang menuju ke Menara Kayangan Lahad Datu sedang menanti kedatangan kami! Tiket masuk kena beli terlebih dahulu di pondok kawalan dengan harga RM2 sahaja untuk seorang. Ada tempat letak kereta di pintu masuk, bolehlah untuk memuatkan 12-15 buah kereta.
Ada pun Gunung Silam ini dahulunya dikenali dengan nama Bukit Silam dan disebabkan bukit ini 'hidup' dan meninggi jadi diisytiharkan pula sebagai gunung. Dikatakan sekiranya ketinggiannya melebihi 610 meter dari aras laut, ia bukanlah disebut bukit lagi.... jadi Bukit Silam menjadi Gunung Silam dengan ketinggiannya lebih kurang 883 meter dari aras laut.
Bagaimana pun untuk sampai ke puncaknya, kenalah melalui jalan berliku mendaki bukit demi bukit sejauh 10 km, mengikut kiraan dari pintu masuk. Maklumat ini Amie perolehi daripada pengawal keselamatan di situ.
Tak lama kemudian muncul Jill, diikuti oleh Faiz dan Fauzan. Jamasri menyusul seketika kemudian. Anwar mana?
Alahai... Anwar yang beria-ia atur program ini tiba-tiba tak jadi
datang pulak. Ramlee.... pun sama... tunggu punya tunggu sampai jam 7.00
pagi tak muncul-muncul.
Ada lagi yang ditunggu... Rach dengan Akmi..... belum nampak batang hidung!
Kami putuskan untuk mulakan pendakian sebab sudah melewati jam 7.00 pagi. Jill menunggu Rach dan Akmi sampai dan akan menyusul kemudian.
Berjalanlah kami dengan penuh semangat! Bellylyn siap bawa tongkat kayu lagi tu... Makin jauh ke dalam, terasa nyamannya udara pagi. Sesekali kami menerjah kabus. Berpeluh-peluh kami meredah bukit, naik bukit dan turun bukit... mendaki tertonggek-tonggek membawa badan masing-masing.
Setelah naik turun beberapa buah bukit, Fauzan tiba-tiba teringat tugas kokurikulumnya. Kesiannya dia... terpaksa patah balik untuk ke sekolah!
Setelah naik turun beberapa buah bukit, Fauzan tiba-tiba teringat tugas kokurikulumnya. Kesiannya dia... terpaksa patah balik untuk ke sekolah!
Amie yang suka melihat panorama alam, berjalan di belakang bersama Bellylyn. Setelah meredah jalan melebihi 7 km, Bellylyn memutuskan untuk kembali turun ke kaki gunung. Memandangkan hanya Amie dan Bellylyn manakala yang lain sudah berada di hadapan, Amie pun setuju untuk menemaminya berpatah balik.
Yang lain meneruskan perjalanan sejauh hampir 3 km lagi untuk menuju ke puncak... ke Menara Kayangan.
Bellylyn berjalan mendahului Amie .... sekali-sekali Bellylyn berhenti menunggu Amie yang sibuk menangkap gambar di kiri kanan jalan. Kalau terjumpa serangga atau tumbuhan herba, Bellylyn akan bantu Amie cari posisi yang menarik untuk merakamnya.
Haiiiyyooo... kawan-kawan lain tentu dapat 20km pergi dan balik... kami pula hanya 14 km lebih sedikit. Terkilan jugalah di hati sebab tak dapat menikmati panorama alam dari puncak Gunung Silam! Tak apalah... yang penting dapat berjalan, keluarkan peluh dan yang istimewanya dapat tangkap gambar seperti di bawah ini....
Lama Amie tak jumpa sarang labah-labah.... cantikkan?
Ini antara tumbuhan herba yang Bellylyn jumpa. Sebenarnya banyak lagi tumbuhan herba lain ada di situ. Yang ini sebab tumbuh di tepi jalan, senanglah nak tangkap gambar.
Adakalanya Bellylyn jauh tinggalkan Amie.... kadang-kadang di atas bukit, kadang-kadang hilang di balik bukit!
Dan itulah dia... kalau terjumpa sesuatu yang menarik, Bellylyn akan tunggu Amie untuk ambil gambar. Sayangnya... semut besar, rama-rama yang cantik berterbangan tidak dapat Amie rakankan sebab serangga-serangga ini tak sporting ha hahaha....
Bellylyn akhirnya tinggalkan Amie.... seram jugak bila menyedari berjalan bersendirian dalam hutan simpan yang tebal begini! Mujurlah setiap beberapa minit ada kereta yang naik dan turun, juga penunggang basikal....
Encik Suami yang ketika itu berada di Kota Kinabalu sempat telefon, ingatkan Amie tentang beruang di situ.... mak!
Yang ditakuti... di bawah ini...
Belllylyn terserempak dengan ibu babi hutan dan anaknya .... dan terus berteriak! Amie beri isyarat supaya Bellylyn mendiamkan diri... he hehhee... Lagi pun tangan Bellylyn tak lepas dari memegang kayu. Kalau babi hutan muncul dan menyerang kami, mungkin kayu yang dipegangnya boleh jadi penyelamat! Apa pun kami dengar saja babi hutan berbunyi dan nampaknya sedang lari masuk dalam hutan!
Akhirnya, Bellylyn sampai dulu ke kaki gunung, sementara Amie tiba pada jam 11.15. kami menunggu rakan yang lain tiba.
Amboiii... hebatnya kawan-kawan ye... 20 km berjalan kaki!
Sedang kami menunggu ketibaan kawan-kawan di pintu gerbang untuk tempoh lebih kurang 2 jam lagi (ketika itu Bellylyn hendak meluruskan kakinya), tiba-tiba Bellylyn berteriak!
Ada apa Bel?
Rupanya kawan-kawan kami ini menumpang kenderaan turun ke kaki gunung!
Walaaa.... tak aci betul!
Kami sangka kami kalah sebab cuma dapat 14 km jalan kaki... rupanya mereka tak larat nak teruskan perjalanan! Setelah turun sejauh 2 km, mereka menahan kenderaan pacuan empat roda, dan bersusun duduk di belakangnya!
Apa macam ini Jill... Jamasri, Faiz, Akmi, Rach dan Kam?
Sepanjang perjalanan pulang tak habis-habis kami tertawa!
Jadinya... kami menang 2km walaupun tak sampai ke Menara Kayangan!
7 comments
Best tempat ni Kak Amie. Haritu pergi sini pun just sempat lawat Tip of Borneo je. Next time kena cuba datang tempat ni. TQ for sharing!
BalasPadamSalam K.Amie. Tgk gambar pun dah terasa best mendaki ke gunung Silam. Gambar2nya cantik...saya suka. Nampak sejuk ke kat situ.
BalasPadamSilam dah cantik sekarang, pernah sampai ke kem balak atas tu tahun awal tahun 90-an, sepupu kerja sana masa itu....best dapatlah mandi sungai.
BalasPadamWaa...tabik Amie! saya tak mampu nak mendaki dan turun bukit sejauh 14 kilometer. sungguh hebat!
BalasPadamSalam singgah pagi isnin kak...memang cantik pemandamgan dia kan kak...Diana tak pernah lagi p situ...
BalasPadamPojie,
BalasPadamsyukur masih ada hutan simpan di daerah kami.... dapatlah sesekali hirup udara segar.
Fiza,
ya.. makin tinggi makin sejuk, tapi bila matahari memancar terasa juga panasnya.
Nasa,
masih kedengaran juga mesin pemotong kayu waktu kami daki gunung tu... tapi bunyi dari kejauhan....
Zanita,
BalasPadamterima kasih....kami pun tak sangka boleh berjalan sejauh itu, naik bukit turun bukit... entah berapa buah!
Mardiah,
sesekali singgah sini... saya pun belum sampai ke puncak, boleh naik kereta kalau nak ke atas.