Nasi Khabsa Kambing
2:21 PTG
Oh! Rasanya lama sungguh tak kongsi resepi! Ringkaskan cerita.... sebenarnya sibuk dengan pelbagai tugasan! Kalau boleh nak suruh jarum jam lambat bergerak supaya peredaran masa tidak dirasakan begitu pantas berlalu!
Namun, dapat juga kusiapkan hidangan Nasi Khabsa Kambing yang semerbak memenuhi ruang dapur menerobos hingga ke ruang tamu!
Puas Amie cuba belajar menyediakan hidangan ini dari beberapa buah blog yang memang menghidangkan masakan dari Tanah Arab. Bolehlah rujuk ke LAMB KABSA, di blog Ya Salam Cooking dan LAMB SAUDI KABSA dan juga ZAINAB'S EASY SAUDI KABSA di Arabic Bites. Amie memang selalu ketinggalan bas... orang lain dah cuba resepi ini, Amie juga yang teredek-kedek mengejar dari belakang! Kalaulah Amie tahu resepi ini sungguh sedap, dah lama Amie mencubanya!
Anak-anak dan Encik Suami nampak berselera sekali menjamah Nasi Khabsa Kambing ini. Salata Hara (gambar di atas) pun anak-anak kata sedap!
Apa tidak sedapnya! Daging kambing terasa begitu lembut sebab direbus terlebih dahulu hingga empuk. Nas Khabsa pula cukup wangi dengan aroma rempah-rempahan dan gabungan pelbagai bahan lain! Rasanya Amie akan buat lagi menu ini memandangkan tidak berpuas hati dengan salah satu bahan yang tidak dapat dicari iaitu kulit limau kering seperti yang dinyatakan oleh tuan punya resepi Ya Salam Cooking! Encik Suami cari di merata kedai tapi tak jumpa!
Ada masa nanti Amie kongsikan resepinya.... apa pun jika anda ingin mengetahui resepi ini dengan lebih lanjut silalah berkunjung ke dapur Arabic Bites & Ya Salam Cooking.
10 comments
Woooo.... dasatnya menu Amie hari ni... mengancam!
BalasPadamterliurrrnya tengok kak..
BalasPadamya Allah sedapnya sis...nampak mcm kat kedai....nanti kongsi resepi yer ...telan air liur e.la tgk ni..follow yer
BalasPadamperghhh... mavelesssss nya akak. nak masak gitu rope lambat la lagi... nak kena pi raudhah ni
BalasPadamSedapnya....mengancam betul..aduhaiiii...
BalasPadamwah kak amie..terliur kita kat sini tau..bila la nak try buat nasi khabsa ni..kena p carik daging kambing ni..
BalasPadamKak amiee nak sepinggan aduh mengalir air liur ni kt keyboard..mmg nak cuba nanti..nampak nasik pun dah tau sedap...tkasih kongsi resepi...
BalasPadamMengancam sungguh..nak buat esoklah Amie..hehehe harap2 jadi
BalasPadamwow...wow..wow!!!, terkedu tengok nasi kabsah Amie ni, sedapnya Amie, tolong makan untuk ummi sekali ye :)
BalasPadamWow...ini memang sedap. Sala Hara tu buat daripada apa K.Amie?
BalasPadam