Terima juga tempahan - buat mana yang larat jer....
9:11 PG
Hari ini rasa rajin sikit nak kongsi gambar-gambar tempahan. Sama aje pun rupa tempahannya. Sebenarnya akhir-akhir ini Amie bataskan tempahan... bukan apa. Banyak kerja yang perlu diutamakan dan didahulukan ... maklumlah semakin hari semakin bertambah pula arahan yang diterima dari pihak atasan. Bila sampai rumah tentulah nak berehat, rehatkan badan dan minda! Lagi satu... tak ada sebab yang lebih utama melainkan ingin selalu berdampingan dengan bujang kenit Firdaus. Bila Frdaus menyusu badan, kita pun ikut baring tidur sama, tu yang tambah malas nak ke dapur tu. Memanglah masuk dapur dapat kurangkan stress... tapi tambah stress dong kalo memikir tempahan. Buat rakan-rakan yang menempah kek lapis, Amie terpaksa tolak, mungkin bila Amie ada kelapangan Amie akan terima. Maklum sajalah... kalau dah namanya kek lapis berlapis memang terpaksalah berdedikasi meluangkan masa dan tenaga di dapur berjam-jam lamanya!
Ini Red Velvet Cake tempahan daripada Puan Majaina. Terima kasih sudi menempah dan minta maaf jika terdapat ketidaksempurnaan pada kek tersebut, dan mohon maaf juga sebab asyik menangguhkan tempahan ini.
Selain tempahan ayam panggang, Amie buatkan juga tempahan itik panggang untuk hari ulang tahun cucu kakak ipar. Terima kasih kerana berpuas hati dengan tempahan ini.
Ayam Panggang madu di atas ini pula ditempah oleh seseorang yang berada di Kuala Lumpur. Lama sungguh dia menempah.... Amie usahakan juga untuk menyiapkannya sebagaimana waktu yang dijanjikan. Sebaik sahaja turun dari kapal terbang, Maslina Abdul Latif terus datang ke rumah Amie untuk mengambil Ayam Panggang Madu idamannya. Terima kasih kerana berpuas hati dengan ayam panggang itu.
Ini tempahan American Brown Cheese Cake daripada Encik Gimson Abdan. Terima kasih kerana katanya, ABCC ini sedap... rasa seperti aiskrim!
Tidak ketinggalan tempahan Mango Casablanca.... Amie pun lupa-lupa ingat entah berapa orang yang menempah Mango Casablanca sebab selalunya terlupa untuk tangkap gambar. Terkini, penempahnya ialah Puan Heryati Abdul Wahab dan Encik Laeda.
Ini pula tempahan Mango Casablanca daripada Puan Hariani Ibrahim. Terima kasih kerana sangat berpuas hati dengan tempahan ini.
Tempahan American Brown Cheese Cake lagi.... datangnya daripada Puan Mynah Relay. Dan di bawah ini.... ABCC terakhir Amie buat pada 14 September 2013 sempena ulang tahun Fuad.
Asyik buatkan orang lain ABCC... macam teringin pulak nak ternak lemak lagi!!!!
7 comments
Salam maal Hijrah k.amie
BalasPadamAlhamdulillah ...sukanya tgk kek2 k amie ni sedap2 belaka. Bestnya kan dpt puaskan hati costumer dgn airtangan sendiri.
Manggo Casablanca tu dah ambil resepi tp bila dpt direalisikan entahlah he hee telan airliur dulu ni
Wow!!, meriah dengan tempahan. Alhamdulillah, murah rezeki Amie. Kalau dekat ummi nak je order, nak try semua jenis kek dan ayam serta itik panggang tu, hehe..pasal makan ummi ni tamak sikit.
BalasPadamwaaa...sedap semua hidangan tu kak amie...oooo...meleleh sudah liur..
BalasPadamABCC tu nampak sedap menarik dan teruja nak rasa, boleh saya nak order kak?
BalasPadamHebat Kak Amie.. sudah kerja masih terima pesanan juga apalagi di tambah ada baby. sukses selalu yah kak. ;)
BalasPadamSALAM kak amie.. salam maal hijrah .. semoga murah rezeki ya .. dah banyak ambik tempahan tu... :)sedapnyaa tengok cheese meleleh..
BalasPadamSalam maal hijrah k.amie...
BalasPadam