Bahulu @ Baulu Gulung Yang Penuh Nostalgia

9:03 PTG

Dulu... zaman kanak-kanak, beberapa hari sebelum menjelang bulan puasa Bonda suruh kami kutip cengkerang biji getah berguni-guni banyaknya! Kemudian kami lihat Bonda bersama jiran tetangga mengumpulkan telur itik. Di pertengahan bulan puasa, mereka bergotong-royong memukul telur itik dalam pasu. Kalau tak silap Amie... ada disebut aiskrim soda! Aiskrim soda yang kedengarannya bertujuan untuk menaikkan adunan. Kemudian... sampai menjelang senja mereka membakar kuih bahulu @ baulu atau dengan loghat kami disebut bolu saja. Apa pula kaitannya dengan cengkerang biji getah yang kami kumpul berguni-guni itu? Rupanya cengkerang kulit biji getah itu dijadikan bara untuk membakar kuih bahulu.

Macam-macam jenis bahulu yang dihasilkan dari pagi hingga senja! Ada kuih bahulu bentuk ikan, bentuk buah cermai, bahulu lapis dan juga bahulu gulung. Sayangnya.... kami tidak pula dapat merasa kuih tersebut pada masa itu..... sebab semuanya disimpan kemas dalam bungkusan kertas minyak. Ketika menghantar 'punjungan' ke rumah jiran tetangga dan saudara mara, Bonda akan meletakkan sekali kuih bahulu sebagai salah satu kiriman dalam setiap bungkusan. Menjelang hari raya, disebabkan sudah banyak terhidang pelbagai kuih-muih, jadi tidaklah kami menikmati sepenuhnya kuih bahulu ini. Tapi.... dalam banyak-banyak kuih yang disediakan ketika bulan puasa, mengapa kuih bahulu yang sangat menarik perhatian kami?

Rasanya.... mungkin disebabkan baunya yang semerbak ketika proses membakarnya, tidak seperti dodol atau wajik yang juga dimasak secara gotong-royong bersama jiran tetangga juga. Dan, mungkin juga disebabkan keseronokkan melihat kulit telur itik yang begitu banyak.... kami kutip dan kami letakkan di hujung daun bunga pandan yang berduri tajam! Atau juga disebabkan hairan melihat jiran tetangga bergilir-gilir memukul telur dalam pasu sehingga keringat membasahi dahi!


Itu cerita lama.... entah berapa puluh tahun telah berlalu! Sedikit demi sedikit kami telah melupakan suasana itu disebabkan pelbagai faktor. Misalnya... muncul pelbagai jenis kuih moden yang hanya perlu dibeli sahaja, tanpa susah payah membakar dan sebagainya. Tiada lagi gotong-royong bersama jiran tetangga untuk menyiapkan kuih-muih raya. Apa lagi.... mengutip telur itik! Dulu, kami gunakan telur itik memandangkan telur ayam kampung bersaiz lebih kecil, jadi Bonda kata telur itik lebih baik digunakan agar adunan kembang sempurna! Semua tepung dan gula  pula dijemur terlebih dahulu!


Amie berkesempatan membeli bahulu gulung jem nanas di Ayer Hitam pada hari Sabtu lepas. Ole-ole ini Amie jadikan buah tangan untuk keluarga Encik Suami. Amie sangka.... hanya Amie seorang yang akan menghabiskan kuih bahulu ini! Sangkaan Amie meleset sama sekali! Rupanya Fuad..... dengan penuh semangat, makan segulung demi segulung kuih bahulu! Amie sangat terkejut bila terlihat Fuad memegang segulung kuih bahulu tanpa dipotong terlebih dahulu..... Masya Allah.... rupa-rupanya anakku tidak pernah makan kuih bahulu gulung dan inilah kali pertama Fuad menikmatinya dan tidak tahu kuih bahulu gulung perlu dipotong terlebih dahulu!



Amie tanya.... sedap ke dik? Kata Fuad... sedap! Saya suka! Saya nak makan lagi!
Alhamdulillah... buruk sangka Amie salah sama sekali.... rupanya anak zaman moden turut menggemari kuih tradisional. Ini berdasarkan penilaian Amie sendiri, sebab anak-anak memang kurang berminat makan kuih raya terutama biskut! Mungkin, anak-anak kita hari ini kurang pendedahan dan jarang diperkenalkan dengan kuih-muih tradisional tinggalan nenek moyang zaman berzaman!
Lepas ini, Amie akan minta resepi kuih bahulu daripada Bonda!
Sekian. Coretan untuk kali ini.

14 comments

  1. suka cicah bahulu ngan kopi...he3
    cantik bahulu gulung akak tu...

    BalasPadam
  2. mmng kegemaran kami sekeluaraga bahulu gulung ni...sedap dan tak pernah jemu...

    BalasPadam
  3. Macam terdengar-dengar bunyi irama pukul telur dalam pasu yang besar itu...

    Kemudian wangi bahulu dibakar dengan api sabut atas bawah.

    Ahhh nostalgia.

    Saya berenti makan Kuih Makmur sejak MyBonda dah tak larat buat...

    Bahulu Gulung? Tak reti buat, tapi reti makan jer.

    BalasPadam
  4. Dulu masa kecik2 pernah nampak arwah atuk nenek buat baulu ni. Makan masa baru je pas angkat dari acuan, perghhh memang sedap.. Lagi2 time bulan puasa, baunya...tergugat nafsu puasa..kekeke

    BalasPadam
  5. Salam kak amie.. seronok dgr gotong-royong dgn org2 kampung. tun xpenah dgr gotong royong buat baulu. masa kecik2 dulu cuma penah join gotong royong kacau bubur asyura je. tp tu laa, mmg sgt susah nk jumpa aktiviti mcm tu skrg. jarang jumpa baulu gulung nih, len kali blk segamat nk ajak husben jalan2 ayer hitam lah.

    BalasPadam
  6. baru-baru ni sy cba buat bolu cermai...fail...hahahaha..asyik melekat je...

    BalasPadam
  7. Kalau di kg saya dulu baulu biasa...yg guna gula tu. Pukul dlm guri (tempayan). Bakar guna sabut. Bau mmg sedap. Bila ptg berkump di tmpt bakar nk beli...

    BalasPadam
  8. sedap jer tgk bahulu gulung akak..first time tgk bahulu gulung..

    http://norfaezah-zakaria.blogspot.com/

    BalasPadam
  9. Btul la kak....mna lgi nak jmpa smngt gotong royong mcm kat kg k.amie ni....skrng...smua main tunjuk2 je...anak2 pun x brapa kenal kuih tradisi ni...

    Bolu gulung ni mmg sedap...pnyedapnya inti dlm tu la dia kan...nnti k.amie try buat tesepi bondanya...bole share nnti yek...!

    BalasPadam
  10. cengkerang biji getah tu nostalgia sungguh! bijak kan org dulu2 guna cengkerang tu buat bara.

    BalasPadam
  11. memang sedap ni amie.. tp yg tak daya terlalu manis utk kami... hehe.. kena mkn sikit sikit...

    BalasPadam
  12. Salam mcmana nak beli bahulu nenas ni
    Blh wasap.my/6017620317

    BalasPadam
  13. Zubaidah,
    saya pun selalu berfikir macamana nak beli lagi baulu gulung ni sebab saya di Sabah, balik Malaya sekali dua saja dalam setahun. Bauhlu ini saya beli di Ayer Hitam, Johor. Kalau ada kesempatan cuba cari di sana.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe