September......

9:27 PG

Assalamualaikukum.
Seperti tahun-tahun sebelumnya, bila tiba bulan September memang kami perlu mengadakan sesuatu sebagai sambutan ulang tahun putera-putera kesayangan kami di bawah ini! Maklumlah kesemuanya lahir pada bulan September walaupun pada tarikh yang berlainan. 


Kelmarin, penutup tirai bulan September, kami meraikan ulang tahun Abang, bujang sulung kesayangan kami. Gambar di atas, Abang di tengah, di apit oleh bujang tengah dengan si bongsu. Sekelip mata rasanya anak-anak kami sudah membesar!



Rakan-rakan rapat  abang datang meraikan ulang tahunnya yang ke 17.



Memang rakan-rakan abang ringan tulang, datang membantu Amie masak di dapur.



Menjelang tengahari, siaplah hidangan yang dimasak dari pagi.



Hasil bantuan rakan-rakan abang, dapatlah kami hidangkan 2 menu utama iaitu nasi lemak dengan laksa penang.



Amie sediakan nasi lemak hujan panas. Di kesempatan ini juga, rakan-rakan abang dapat mempelajari cara-cara memasak nasi lemak hujan panas. Nasi lemak bukanlah makanan yang terkenal dalam kalangan penduduk tempatan, kerana mereka lebih sinonim dengan nasi kuning tetapi mereka boleh menerimanya.



Sebenarnya Amie ingin hidangkan rendang ayam. Bagaimanapun ada sesuatu yang berlaku sewaktu penyediaan menu ini. Burhanuddin yang ditugaskan menyangan kelapa parut untuk dijadikan kerisik telah merentung hanguskan sebahagian kelapa parut! Habislah riuh satu dapur dengan gelak ketawa semua yang ada! Kumar yang dipertanggungjawabkan menumbuk kerisik, menunjukkan kepada Amie sesudu kerisik yang cantik berminyak. Bila Amie kata okey, rupanya Kumar salah faham. Ditinggalkannya sebahagian lagi kelapa parut tak ditumbuk! Disangkanya Amie mengatakan sudah cukuplah tu.... oooh Kumar!
Rendang ayam ini sengaja Amie biarkan sedikit berkuah, sebab perlu memakan masa yang agak panjang untuk mengeringkannya. Memandangkan rakan-rakan abang sudah ada yang terbaring berguling-guling di ruang tamu, Amie fikir tentu mereka sudah berasa lapar, maklumlah jam sudah menunjukkan angka 11.30. Di sini, waktu begini sudah dikira waktu tengahari.


Selain rendang ayam, Amie sediakan sambal udang.



Timun, tomato dan telur rebus di atas ini merupakian hasil potongan dan susunan rakan-rakan abang.



Lauk tradisi nasi lemak yang tak lapuk dek hujan dan tak lekang dek panas.... sudah semestinya ada hirisan timun, telur rebus, kacang tanah dan juga ikan bilis!


Memenuhi permintaan rakan-rakan abang untuk menikmati laksa. Amie buatkan kuahnya, manakala bahan-bahan yang lain rakan-rakan abang yang bantu hiris dan susun. Laksa juga bukanlah hidangan yang biasa mereka nikmati, tetapi seperti juga nasi lemak, mereka tetap ingin merasainya!



Antara bahan hiasan untuk laksa penang.



Lengkaplah segala aksesori untuk laksa penang!



Sesi menjamu selera.



Sebenarnya..... Amie terlupa ayam panggang nan seekor yang Amie masukkan dalam oven pada pukul 9 pagi! Tiba-tiba ketika pukul 10.30 pagi, Amie teringat kembali dan Amie terus buka pintu oven! Masya-Allah! Syukur kepada Allah! Ayam panggang tidak rentung, sebaliknya sedang cukup masaknya. Seronok melihat rakan-rakan abang menikmati ayam panggang!



Selamat menjamu selera!



Tahun ini abang dan rakan-rakan akan menduduki peperiksaan SPM. Tahun hadapan... masing-masing membawa haluan. Entah bila mereka bakal bertemu lagi dalam suasana begini!



Salah seorang rakan baik abang sejak dari sekolah rendah di SRJK (C) Yuk Choi, Denial Chin. Denial tidak pernah makan laksa sebelum ini, dan nampaknya Denial dapat menerima hidangan ini. Habis semangkuk laksa yang dinikmatinya! Di belakang Denial ialah Burhanuddin... he he he he yang telah merentung hanguskan kelapa parut. 



Rakan-rakan abang yang turut serta meraikan ulang tahun abang. Tak cukup lagu Happy Birthday, lagu Selamat Hari Jadi pula mereka nyanyikan. Dan di bawah ini... kenapa sampai ada yang menutup mulut dan ketawa?



.... sebab mereka pakat menyanyi lagi versi Cina pula... cu ni shen rek huai le! 



Semoga abang sentiasa sihat, taat perintah Allah dan akan berjaya dalam hidup abang!



Abang sudah 17 tahun..... bersama Blackforest Cake.




Terima kasih daun keladi! Lepas makan, pinggan mangkuk dicuci. kalau begini, lain kali bolehlah datang lagi!


Kumar sempat berposing dengan mangga udang di belakang rumah. Masih muda lagi tu....



Burhanuddin pun tidak mahu ketinggalan....

Tamatlah sudah jamuan sederhana untuk abang dan rakan-rakannya. Menjelang petang, abang dibawa rakan-rakannya ke Sabah Book Store untuk memilih buku-buku kegemarannya sebagai hadiah ulangtahunnya! 
Amie luahkan perasaan kepada Encik Suami... rasanya baru kelmarin Amie keluar dari hospital membawa abang yang baru dilahirkan pulang ke rumah. Tidak terasa, masa yang berlalu begitu pantas, dan abang sudah menjangkau usia remaja!


24 comments

  1. `hepi belated bezday` buat ank2 amie..senang kan lahir sama bulan blh celebrate sekali..meriahnya majlis..ramai kawan2 ank amie yg datang..

    BalasPadam
  2. YA Allah meriahnyer majlis..makanan heaven giler..mest kawan2 anak kak amie suka betul kalo ade majlis umah kak amie..hehe..

    hepi besday,,semoga panjang umur & dimurahkan rezeki..;)

    BalasPadam
  3. memang ringan tulang betullah diorg nie kak amie,tgk tu sampai ke bab2 basuh pingan .....syukur,kalau cam gitu seronok gotong royong menyediakan juadah hari lahir anak kak amie...memasing ada tugas memasing,w/pun mungkin ada yg lelaki tu x pernah ke dapur....

    BalasPadam
  4. happy belated bday utk semua anak2 k'amie ^^ semoga mjadi anak2 yg soleh n solehah..
    bagusnya kawan2 semua turun ke dapur ye. agak2 dlm ramai2 tu ada je calon menantu? hihi

    BalasPadam
  5. Hepi belated besday ye.. :) buat semua anak2 yang di sayangi..
    seronok anak2 dah besar.. kat dapur pun meriah.. keje cepat siap.. banyak tangan menolong.. :) sampai siap cuci pinggan tu.. best! lenkali kalau mudah camni.. boleh la wat lagi makan2 ye.. :) kan kan..

    BalasPadam
  6. happy belated birtday 'abang'..

    Amie..meriahnya nampak majlis, seronok kawan2 anak bujang Amie turut membantu memasak, tentu meriah dan riuh rendah kat dapur.
    Hidangan pun, pergh!!!, sampai kecur2 air liur ni Amie..

    Semoga abang panjang umur, diberi kesihatan yang baik dan menjadi anak soleh yang menyejukkan hati ibu bapa.

    BalasPadam
  7. Happy birthday untuk anak akak, seronok tgk sambutan ngan kawan-kawan dia camni..tolong masak pastu makan sama2..

    BalasPadam
  8. salam kak amie,
    meriahnya makanan best2..hppy belated bthday wt abang ..smoga mjadi ank yg soleh..membahagiakan ibu dan ayah aminn:) cantik umah kak amie...kemas jea.

    BalasPadam
  9. salam amie..

    rindu rasanya nak berceloteh dgn amie...

    segan bila blog sendiri terbiar.. hehe..

    selamat ulang tahun buat abang.. seronok tgk bila ramai kawan2 abg ringan tulang membantu walaupun terjadi insiden yg tak disengajakan.. hihi... hidangan semua nampak lazat.. rumah amie pun luas & cantik... suka kita tgk tau...

    BalasPadam
  10. Salam kak amie! happy besday utk putera2 akak jugak semoga menjadi insan yg berguna n dipermudahkan segala urusannya dunia n akhirat insyaAllah! meriahhhnya! tgk nasik lemak tuu sedappppppppppppppp! bagus kan masing2 dtg tolong, terasa mcm kenduri jer kan ehehe..

    BalasPadam
  11. selamat hari lahir buat anak anak bujang Amie..maaf lambat terjah dapur amie ni..semoga berjaya dalam kehidupan dunia dan akhirat dan menjadi anak-anak yang soleh...

    terliur lihat menu yang Amie tayangkan..sedap sedap belaka nampaknya:)

    BalasPadam
  12. Kak Amie cayangggg...wahhh seronok kawan2 abang dapat makan byk sekali menunya...buat mieza teringin juga nak ke sana..laksa tu betul2 buat mieza terliur huwaaaa nakkkkk...mieza ucapkan selamat hari lahir buat semua ketiga tiga org anak kak amie...semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki selalu...good luck in the spm as well :)

    BalasPadam
  13. assalam
    happy besday to anak2 k.Amie ye...dah anak teruna besar ni, rajin tolong mama kat dapur
    yg bestnya blh raikan bersama kan, senang sikit sekali harung
    sedap 2menunya..

    BalasPadam
  14. seronoknya tgk majlis hari jadi abg... dpt pula kawan2 yg sangat2 ringan tulang menolong kat dapur.

    happy belated besday buat abang ye... moga sukses dlm spm akan dtg~

    BalasPadam
  15. Happy belated bday buat hero2 Amie...semuanya bulan Sept....lebih kurang sy, 3 hero besday bulan April.
    seronok Amie ramai yg nulung tu....bila dah ramai mmg kecoh tp meriahkan.makanan yg dimasakpun sedap tu....pasti kenyang puas hati semua.

    BalasPadam
  16. meriahnya...suka tengok, menu pulak tu mmng menggoda...

    Selamat hari lahir utk anak2 kak amie, semoga mereka berjaya dunia dan akhirat....

    BalasPadam
  17. as salam k.amie sayangku....
    seronoknye dapat ramai assistant..sampai rentung ye k.amie punya kelapa....

    semoga abang menjadi anak soleh dan sentiasa dimurahkan rezeki...

    BalasPadam
  18. Mama Aini,
    terima kasih.... memang seronok raikan anak-anak sekali harung.

    Nens,
    terima kasih Nens, he he he sebenarnya buat majlis ni sebab kawan2 abanglah yang pujuk he he heh.

    Myda,
    syukurlah Myda, walaupun pada mulanya rasa malas nak buat tapi rakan2 abang sedia nak bantu, alhamdulillah semuanya lancar.

    BalasPadam
  19. Tun Telani,
    terima kasih Tun... he he he calon menantu?

    Jassnani,
    terima kasih Jassnani, memang best Jass... dari kupas bawang sampai cuci pinggan, semua dibantu... he he heh diorag ikut je arahan cikgu...

    Ummiross,
    terima kasih Ummi, memang beginilah keadaannya di dapur Amie kalau tetamu yang datang tu murid sendiri, mereka sedia offer diri nak bantu buat itu dan ini... seronokkan Ummi.

    BalasPadam
  20. Qema,
    terima kasih Qema,mulanya diorang asyik bertanya nak potong macamana, nak buat macamana, kakak kata ikut biasa yang kamu buat di rumahlah, yang nak makan pun bukan orang lain, kamu jugak ha ha ha hah...

    Zila,
    terima kasih Zila... anak-anak bujang kakak yang kemas rumah, entahlah Zila... seadanya sajalah he he heh.

    Madiha,
    terima kasih Madiha, memang rasa seronok sebab tak berapa penat he he heh...

    Ika,
    terima kasih, memang rasa macam kenduri bila budak2 bentang tikar duduk di bawah buat kerja kupas & potong he he heh

    BalasPadam
  21. Cik Manggis,
    terimakasih CM, mulanya rasa simple sangat menu yang nak disedia, tapi bila dah dihidang terasalah pulak banyaknya!

    Mieza,
    terima kasih sayang Mieza... jomlah datang sini, memang sedap laksa tau... kuahnya tu rasa enak sebab kakak campur ikan selayang dengan ikan kembung!

    BalasPadam
  22. Mama Sara Nur,
    terima kasih Mama Sara... alhamdulillah majlis lancar, semuanya kenyang dengan hasil tangan masing2 he he he eh

    Izan,
    terima kasih Izan, mudah-mudahan abang sukses dalam SPM nanti.

    Mamasya,
    he he heh memang seronok lahir pada bulan yang sama, boleh sambut serentak tapi kena ikut giliran tiap tahun... terima kasih Mamasya.

    BalasPadam
  23. MP,
    terima kasih MP, mudah-mudahan ...insya-Allah.

    Ucu,
    memang best Ucu... arahkan saja nak buat apa, he he heh memang sedia ikut perintah, terima kasih Ucu.

    BalasPadam
  24. happy belated birtday untuk abang..
    semoga berjaya dalam spm akan datang..

    ramai sungguh pembantu kak amie...seronok buat majlis kalau gini..hehehehe

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe