Labu Manis Masak Lemak Bonda

6:10 PTG

Assalamualaikum.

Agak lama juga Amie merenung 2 biji labu manis dan seikat kacang panjang pemberian adik ipar pada petang Ahad lepas. Encik Suami memang suka kalau Amie buat bingka atau apam labu, tapi sayangnya mood untuk membuatnya masih terbenam di dasar laut! Akhirnya Amie terfikir untuk masak lemak labu manis yang biasa Bonda buat. Biasanya Bonda bubuh sedikit ketumbar dan jintan serta udang kering sebagai perencah. Jom kita tengok di bawah ini... inilah Labu Manis Masak Lemak Bonda! Namun.... Amie terpaksa menderhaka kepada Bonda sebab Amie tukar udang kering dengan udang basah sebab kehabisan stok udang kering, dan Amie gunakan pati ayam Maggie sebagai bahan perasa.... mana ada Bonda buat begitu ye... he he he ehh.



Resepi : Labu Manis Masak Lemak Bonda
Resepi : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
400 gram labu manis - buang kulit, empulur dan biji, kemudian potong dadu
5 batang kacang panjang - potong 5cm
10 ekor udang kertas - buang kulit dan belah belakang
400 ml santan pekat
1 sudu teh serbuk kunyit
1 batang serai - dititik
1 sudu makan pati ayam Maggie
minyak

Bahan kisar:
4 biji cili merah
1 sudu teh ketumbar biji
1/2 sudu teh jintan manis
1/2 sudu teh jintan putih
3 ulas bawang putih
4 ulas bawang merah
sedikit belacan

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan kisar serta serai sehingga naik bau.
2. Masukkan serbuk kunyit, udang dan labu manis. Sekiranya terlalu kering, tambah sedikit air. Biarkan sehingga labu mula empuk.
3. Masukkan santan pekat dan kacau sekali-sekala sehingga kuah mula mendidih.
4. Masukkan kacang panjang dan biarkan seketika sehingga kacang panjang berubah warna.
5. Perasakan dengan pati ayam Maggie. 
6. Tutup api dan angkat untuk dihidangkan.


Hidangkan ketika masih panas dengan nasi putih!



Amie sediakan ayam goreng sebagai lauk tambahan. Cukuplah.... kalau ada sambal belacan tentu tak cukup makan  nasi sepinggan!



Sebenarnya.... Labu Manis Masak Lemak Bonda ini.... hampir separuh mangkuk masuk perut Amie! He he hehh.... ratah labu saja sebab naik selera dengan aroma rempahnya, nasi tak habis sepinggan pun!

25 comments

  1. salam kak amie.. oohh pandai dah ya derhaka resepi bonda hihi... emm x pe la asalkan masuk selera tekak.. emm dah lama wani x pekena labu terliur tengok

    BalasPadam
  2. 2 hari lepas pun saya baru menikmati tumisan labu...kebetulan bonda sy ada kat sini.sampi berdondang perut dia,..angin gamaknya..eheee

    BalasPadam
  3. assalam amie..terima kasih bagi resepi..acik tak pernah masak macam ni..biasanya buat lemak putih makan dengan sambal belacan nga ikan goreng je

    BalasPadam
  4. ni klu ratah gitu pun sedapp....

    BalasPadam
  5. Çok leziz ve iştah kabartan bir görüntüsü var. Ellerinize, emeğinize sağlık.

    Saygılar..

    BalasPadam
  6. Salam cikgu....lme x kemari....:-)
    Suke lh labu msk lmk ni...en hb kite pun suka...lme jgk x beli labu dh....klu mak kite masak labu ni dia suka letak daun pucuk singkel(bhs swak),dlm apa2 masakkn labu...:-)

    BalasPadam
  7. mula tengok entri Amie ingat labu saja sekali buka blog wah banyaknya benda dalam tu mesti nak kena cuba jugak ni nmpak macam sedap sangat,,

    BalasPadam
  8. Baru teringat ada sebiji labu kat dapur. Rasanya dah 2 minggu. Kena fikir apa nak buat.

    BalasPadam
  9. assalam amie..lamanya tak makan labu masak lemak ni..hu2x..

    BalasPadam
  10. Amie..nampak sungguh menyelerakan, nak ratah sama boleh tak?hehe..

    BalasPadam
  11. As'kum Kak Amie cayangg!!! terbaikkk kecurnyaaaa.... malam tak makan nasi nampak lauk Bonda Kak Amie hadoiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii aiiii

    BalasPadam
  12. Amie.. ku disini terasa kelemakan dan kemanisan labu itu.. slurrppp.. :b

    BalasPadam
  13. slmt malam kak amie....
    dh lama betul saya x mkn masakan labu...

    BalasPadam
  14. assalam k.amie
    memang jadi hidangan feberet dirumah sy ni, sedap makan bersama sambal ikan bilis atau ikan

    BalasPadam
  15. Kak Amie...ni sayur lemak labu ni mieza suka kalau diletakkan juga pucuk labu tu..wah wahhhh bertambah la mieza makan...ke laut lagi la diet mieza hahhaa..tp masak lemak labu mmg sedap..cuma hubby tak leh makan sebab berangin katanya...mieza ni semua pulun hahaha

    BalasPadam
  16. elok makan lauk2 dan sayur2 banyak kan kak amie..kurang skit kadar karbo..hehe..

    BalasPadam
  17. Salam Amie,
    Resepi bonda semestinya yang terbaeekkk kan Amie. Memang nampak sungguh menyelerakan, kecur air liurku.

    Happy belated birthday buat Abang dan yg sama2 meraikan, semuga menjadi anak yg soleh dan diberkati Allah senantiasa..

    BalasPadam
  18. Salam Amie,
    Resepi bonda semestinya yang terbaeekkk kan Amie. Memang nampak sungguh menyelerakan, kecur air liurku.

    Happy belated birthday buat Abang dan yg sama2 meraikan, semuga menjadi anak yg soleh dan diberkati Allah senantiasa..

    BalasPadam
  19. masak lemak labu camni poberet Apak atie..klu ada ni mmg selera dia mkn.

    Dulu atie xsuker tempe..last2 ambik!kawen ngan org jawa...dah minat lak ngan tempe.hikhik

    BalasPadam
  20. sedappp.
    zila klu nk msk camnie tggu huby kt kl..dia x reti nk mkn..h ehhee tp zila sekali adap jew..:)

    BalasPadam
  21. Assalamualaikum amie....
    tadi gi tesco lunch time.. tengok labu2 nye bukan main besor lagi.. mesti mahal sangat tu...
    memang best masak lemak labu.. nani pun suka labu.. tapi asben tak makan.. dlm rumah 5 org nani sorang je makan.. so labu tak boleh beli la.. kalau teringin nak makan tapau dari kedai je.. siap punya..

    BalasPadam
  22. Salam kak amie! aduhhhhhhh godaaaaaaaannnnnnn betulllllll tgk lauk akak niiii, sedap betulllllll! sabo2 kita tgh muhasabah diri ni ehehe..

    BalasPadam
  23. Aslmkum Amie.sy suka lemak labu campur udang gini tp belum pernah masak dg rempah gini....ada kelainannya....

    BalasPadam
  24. Assalam amie, kalo lah ada menu msk macam ni kat kedai mesti saya ambil dan rasa, sangat menyelerakan labu manis msk lemak mcm ni air tangan amie, terliur sungguh

    BalasPadam
  25. sedapnya mie....
    nanti nak buat style amie pulak.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe