Nasi Goreng Bunga Kantan

8:46 PTG

Assalamualaikum.
Bertemu lagi walaupun akhir-akhir ini tenggelam timbul tidak menentu. Petang tadi Amie bersama Encik Suami melawat kakak ipar di hospital yang baru menjalani pembedahan di belakang telinganya pagi tadi. Sebelum ke hospital, sempatlah masak nasi tapi belum sediakan lauk. Semasa di hospital, bujang tengah yang baru pulang dari sekolah telefon Amie.... hadoiii!!! Bujang satu ini memang setiap kali masuk rumah akan terus meluru ke dapur dan bertanya apa Amie masak untuk hari ini. Sama juga seperti kelmarin, ketika  Amie bersama Encik Suami sedang melawat kakak ipar di hospital, telefon berbunyi dan bujang tengah sudah gelisah menunggu hidangan malam! Bujang oooh bujang! Kami segera pulang ke rumah dan singgah sebentar di gerai membeli murtabak, seperti kelmarin juga! Maklumlah, sementara menunggu hidangan siap, bolehlah alas perut dengan murtabak dulu.


Amie ambil langkah mudah dengan menyediakan nasi goreng sebagai hidangan malam. Ikan yang telah direndam, dimasukkan kembali ke dalam peti sejuk! Ketika sedang menggoreng nasi tiba-tiba teringat pula Nasi Goreng Bunga Kantan My Style di dapur Kak Nooriah - Bicara Kak Noor. Oleh kerana anak-anak kurang menggemari bau bunga kantan, jadi Amie asingkan sebahagian besar hidangan untuk mereka dan tinggalkan sedikit nasi goreng di dalam kuali. Amie tambah hirisan bunga kantan ke dalam nasi yang tinggal. Dan hasilnya seperti di atas.... he he heh bila sudah kelam kabut masak, masuk sajalah apa yang tercapai oleh tangan. Anak-anak sudah menunggu di meja makan, rasa tak sampai hati pula untuk berlama-lama berperang dengan kuali di dapur!
Sila buat rujukan ke dapur Bicara Kak Noor untuk mengetahui resepi ini dengan lebih lanjut! Terima kasih banyak Kak Noor cayanggggg....minta halal resepinya ye!

12 comments

  1. Sedapnya Amie...bau bunga kantan tu wangi sampai sini.

    BalasPadam
  2. enak ei ki kak..udangei ngerungkel2..

    BalasPadam
  3. perggghhh, dah kenyang pun blh rasa lapar balik....wangiiii

    BalasPadam
  4. sedap tu Kak Amie..dgn aroma bunga kantan...

    BalasPadam
  5. Air tangan Amie, main campak2 pun ummi percaya tetap sedap!

    BalasPadam
  6. sy suka sgt nasik goreng bungan kantan ni,ma nens suke buat..sy pon suka kalo die banyak2 tercari2 nk gigit bunga kantan tu,..hehe

    BalasPadam
  7. wah nasi goreng bunga kantan dah sampai kat umah Amie pulak ni tak kisahlah tu penderhakaan tu makna nyak kreatif lagi sila2 derhaka I dont care heeee

    BalasPadam
  8. sama mcm nasik goreng kerabu kan kak..bunga kantan tu mmg wangi, saya ske makan yg dalam laksa.. :)

    BalasPadam
  9. assalamualaikum...
    amieeeee... sedapnya nasi goreng.. banyak plak udang tu.. sedapppp.. nampak menarik bila letak tomato cery tu.. nyum nyum.. sedapnya..

    BalasPadam
  10. sedap ni, mesti aroma yang mengasyikkan...bau bunga kantan kan best...

    BalasPadam
  11. salam Amie...semoga sedara Amie cpt sembuh ya.Aminnn
    Atie pon suka nasi goreng bunga kantan ni...tp cam family Amie gak,xsuke baunya.
    Klu nk buat gak,balik kg br masak byk2...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe