Nasi Lemak Kukus Sambal Sotong

10:05 PG

Salam pagi Rabu. Hari ini seluruh kakitangan awam di negeri Sabah menikmati cuti selama 2 hari sehingga esok sempena Pesta Kaamatan.... Tadao Tagazo do Kaamatan! Walaupun cuti, masak-memasak tetap diutamakan. Hari minggu yang lalu Amie masak nasi lemak tapi bujang sulung dan bujang tengah menghadiri aktiviti kokurikulum di sekolah selama 3 hari. Jadi, tak dapatlah nak makan sama sebab masing-masing makan di sekolah. Rupa-rupanya bila balik ke rumah, si bongsu bercerita tentang nasi lemak, apalagi... bisinglah anak-anak bertanya kenapa mummy tidak masak lagi! Ibu manalah yang boleh lupakan anak terutama sekali waktu makan. Lagilah kalau hidangan yang dijamah merupakan hidangan kegemaran anak-anak. Jadi, untuk tidak menghampakan mereka, dan sebagai tanda kasih dan sayang yang tidak berbelah bahagi, Amie sediakan hidangan nasi lemak, dengan lauk sambal sotong tetapi memasak nasi lemak cara kukus biasa saja. Sambal sotongnya pula Amie sediakan waktu malam sebelum tidur, jadi hanya perlu panaskan waktu pagi untuk lauk nasi lemak. Memang terasa sedap sangat sebab segala ramuan Sambal Sotong telah mesra!


Untuk resepi nasi lemak kukus, bolehlah selongkar resepi Amie yang lepas DI SINI,  dan DI SINI, juga DI SINIDI SINI pun ada dan banyak lagi.

Resepi: Nasi Lemak Kukus
Sumber : Amie's Little Kitchen

Bahan-bahan:
6 pot rice cooker beras - bersihkan dan toskan
500ml pati santan kelapa
3 biji bawang putih - hiris halus
3cm halia - hiris halus
2 helai daun pandan - siat-siat
1 batang kulit kayu manis
3 kuntum bunga lawang
1 sudu pati ayam Maggie

Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Letakkan kuali di atas dapur, dan masukkan santan kelapa bersama bawang putih, halia, daun pandan, kulit kayu manis dan bunga lawang serta serbuk pati ayam Maggie. Biarkan mendidih.
3. Masukkan beras dan kacau sekali - sekala sehingga beras kembang dan santan mengering.
4. Pindahkan beras di dalam kuali tadi ke dalam periuk pengukus. Kukus selama 15-20 minit atau sehingga nasi masak.


Untuk Sambal Sotongnya pula bolehlah klik DI SINI, dan Amie juga paparkan di bawah ini untuk rujukan teman-teman yang berminat untuk mencubanya.

Resepi : Sambal Sotong

Sumber : Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan:
600 gram sotong - bersihkan - panaskan sotong di dalam periuk / kuali sehingga kecut dan buangkan airnya 
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
1 cawan pati santan
garam dan gula secukup rasa
minyak

Bahan kisar:
15 biji cili kering
5 biji bawang putih
7 biji bawang merah
1 cm halia
1.5cm belacan

Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar dengan api sederhana panas hingga pecah minyak.
2. Masukkan asam jawa dan sotong.
3. Masukkan pati santan, garam dan gula. Biarkan masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.


13 comments

  1. sedap taw nasik lemak kukus ni...my darl cukup suka makan...

    BalasPadam
  2. Salam Amiey,kak ros pun baru lepas sarapan dgn nasi lemak.

    BalasPadam
  3. Salam kak amie.. dh cuti ye. kiteorg cuti jumaat, pastu sambung isnin. so wiken ni cuti 4 hari ^^
    tun pun plan nk wat nasi lemak esok, tp tun mmg makan nasi lemak dgn sambal ikan bilis je.

    BalasPadam
  4. Lady Ayu,
    memang sedap Ayu... kalau kukus tak risau lembik.

    Puan Ros,
    samalah menu kita ye..

    Tun Telani,
    nasi lemak sambal ikan bilis tu yang sodap! Nasi lemak asli tu...

    BalasPadam
  5. Kak Amie.. sedapnyer.. wat terliur.. perutpun jadi berkeroncong nyum3

    BalasPadam
  6. lagi mesra rasa sambal tu kalau dah masuk tekak sedang elok jer dia duduk kat dalam perut ucu...hihihi...

    k. amie cayang....ucu minta maaf banyak2 sbb lambat nk ucap tima kasih kat akak....
    seronok sangat2 tau sampai tak boleh mandi...hehehe...

    BalasPadam
  7. asslm Kak Amie...wah bestnya kak...cuti pjg la skrg ni yer...x pegi bcuti ke mne2 ker??

    sedap btul tgk nasi lemak tu...ade sotong lg...tliur dibuatnya...

    BalasPadam
  8. Salam Amie,
    Kecur air liurku melihat nasi lemak kuah sotong mu itewwww......nak tumpang makan boleh

    BalasPadam
  9. Salam Kak Amie..sedapnya nasi lemak kukus berlaukkan sambal sotong pulak tuu..mkin berselera klu dpt mkn nii ^_^

    BalasPadam
  10. Assalam kak amie,siyes nih kak,sy mmg tergoda sgt ngan nasi lemak n sambal sotong yg akak msk nih,dah ngidam dah ni kak,huhu..klo dkt mmg kompom dah suh akak mskkan sama juga kat sy,huhu..

    BalasPadam
  11. Assalam kak amie,siyes nih kak,sy mmg tergoda sgt ngan nasi lemak n sambal sotong yg akak msk nih,dah ngidam dah ni kak,huhu..klo dkt mmg kompom dah suh akak mskkan sama juga kat sy,huhu..

    BalasPadam
  12. ehem rajinnya amie masak ya..mama sejak kesihatan on-off dah kurang masak sendiri..pastu tinggal berdua je dgn hb..

    BalasPadam
  13. perghhhh..tak boleh tahan nak control air liur meleleh niiii..tulunnn!!!!

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe