Nasi Lemak Resepi Nenek Kusss
10:49 PG
Selamat berhujung minggu buat semua rakan pengunjung Amie's Little Kitchen. Pagi Ahad yang redup ini, Amie kongsikan bersama Nasi Lemak Resepi Nenek Kusss dari dapur Resepi Sumbangan Ilah Jy. Apa yang menarik ingin Amie kongsikan bersama resepi warisan daripada nenek Kak Ilah Jy ini ialah tambahan bahan seperti jintan manis, halba dan juga perahan air limau sunkist. Selain harum halba bersama aroma santan dan juga halia, nasi lemak istimewa ini juga terasa kelainannya yang tersendiri hasil campuran air limau sunkist. Ingin tahu rasanya? Amie tidak boleh kata sedap kalau ada yang bertanya sedap ke? Sebab masing-masing punya citarasa dan kehendak selera. Cuba sendiri baru tahu sedap atau sebaliknya! Amie gandingkan Nasi Lemak Resepi Nenek Kusss ini dengan pilihan lauk-pauk sendiri seperti Sambal Sotong, Telur Mata Kerbau Sebelah (sebab mata kerbau ada dua biji he he heh...), kali ini malas rebus telur, goreng sajalah senang (minta maaf kepada pencipta resepi asal nasi lemak asli yang tidak diketahui siapa orangnya sebab mengubahsuai kepada goreng Telur Mata Kerbau Sebelah)!
Kepada yang berminat untuk turut mewariskan resepi daripada Nenek Kak Ilah Jy, bolehlah datang ke dapur Kak Ilah Jy DI SINI. Terima kasih banyak-banyak Kak Ilah Jy kerana mengizinkan Amie meminjam resepi Nenek Kak Ilah. Amie turunkan resepinya di bawah sini untuk tatapan rakan-rakan yang ingin menikmati kelainan dalam hidangan nasi lemak. Jumlah sukatan dan cara olahannya mengikut gaya Amie ye Kak Ilah sebab Amie masak cara kukus.
Resepi: Nasi Lemak Resepi Nenek Kuss
Sumber : Resepi Sumbangan Ilah Jy
Nasi Lemak
Bahan-bahan:
6 pot rice cooker beras - cuci dan toskan
1 biji kelapa parut - ambil 600ml santan
3cm halia - mayang halus
3 ulas bawang merah - mayang halus
1/2 sudu halba
1/2 sudu jintan manis
2 helai daun pandan - disiat-siat
garam secukup rasa
1 biji limau sunkist - perah jusnya
Cara:
1. Didihkan air dalam periuk pengukus.
2. Masukkan santan bersama halia, bawang merah, halba, jintan manis, daun pandan, garam dan jus limau sunkist ke dalam kuali. Didihkan.
3. Masukkan beras dan biarkan kembang. Kacau sekali-sekala supaya tidak berkerak.
4. Seteah beras kembang dan kering, pindahkan ke dalam periuk pengukus.
5. Kukus selama 15 - 20 minit atau sehingga nasi telah benar-benar masak.
6. Mengikut petua Nenek Kak Ilah Jy, setelah nasi masak / kering hendaklah dikacau supaya nasi berderai.
Resepi : Sambal Sotong
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
600 gram sotong - bersihkan - panaskan sotong di dalam periuk / kuali sehingga kecut dan buangkan airnya
1 labu bawang besar - mayang kasar
1 sudu teh pati asam jawa - bancuh dengan sedikit air
1 cawan pati santan
garam dan gula secukup rasa
minyak
Bahan kisar:
15 biji cili kering
5 biji bawang putih
7 biji bawang merah
1 cm halia
1.5cm belacan
Cara:
1. Panaskan sedikit minyak. Tumis semua bahan kisar dengan api sederhana panas hingga pecah minyak.
2. Masukkan asam jawa dan sotong.
3. Masukkan pati santan, garam dan gula. Biarkan masak dengan api perlahan sehingga kuah pekat.
4. Tutup api dan sedia untuk dihidangkan.
Walaupun sotong agak keras (tidak liat) sedikit tetapi rasanya tetap enak seakan-akan sotong kering kerana tempoh memasaknya yang agak lama. Inilah cara Amie masak Sambal Sotong untuk lauk nasi lemak, kerana suatu waktu dahulu Amie pernah jual nasi lemak atas permintaan rakan sekerja, dan sangkaan mereka Amie gunakan sotong kering! Aduhai... tak mampu nak beli sotong kering oiiiii... mahal!!!!
Memang sedap hidangan kami pagi ini dengan Nasi Lemak Resepi Nenek Kusss Kak Ilah Jy, tapi rasa kekurangan sebab bujang sulung dengan bujang tengah tidak dapat bersama bersarapan seperti selalu! Bujang sulung keluar rumah awal pagi untuk mengikuti aktiviti Persatuan St. John Ambulance yang dijangka tamat pada pukul 5 petang nanti manakala bujang tengah dari kelmarin mengikuti Perkhemahan Pengakap sehingga esok. Makanlah kami bertiga dengan Encik Suami dan si bongsu. Lepas makan Encik Suami dan si bongsu berangkat pula ke kampung. Tinggallah Amie seorang diri.... hu hu huuu siapa nak temankan Amie? Kita pulun nasi lemak yokkkk.......
20 comments
sedapnyaaa:)
BalasPadamtapi nasi lemak tak leh makan selalu kan. hihi
sedapnyaaa:)
BalasPadamtapi nasi lemak tak leh makan selalu kan. hihi
pergh nama nasik lemak ni,glemer sungguh ye..:))
BalasPadamsedpnya la kalau dapat nasik lemak tu ssebumgkus kak amie..siap berbungkus dgn daun pisang lagi tu.terliur saya.
Laskar pelangi,
BalasPadamdulu2 nasi lemak memang alas perut utama orang nak ke kebun, menyangkul, menoreh dsb, jadilah kabohidrat tu bertukar kepada tenaga yang digunakan... sekarang ni lepas pulun nasi lemak terus goyang kaki duduk ngadap lappy he he heh tu yang terus tak berguna jadi lelemak & rasionalnya cara hidup sekarang memang tak bolehlah makan selalu he he heh
Kamalia,
Silakan ... ambil sebungkus, penuh lengkap dengan lauk pauknya tu...
salam Mie,baru balik dari orang kawin ni tengok nasi lemak ni lapar lagiiiiiiiiii ni sedap tu nampak
BalasPadamAssalamualikum kak amie..wahh menu kita hari ni sama laaa...mieza pun masak nasi lemak juga..tapi ditemani sambal udang...
BalasPadamanak yg no 2 tu teringin nak makan nasi lemak..kenyang burpppp kak amie oiii hahahah
Kak pb belum pernah buat nasi lemak kukus begini, guna beras basmathi boleh kan?
BalasPadamOk la tu ada org teman sarapan, kak pb ni nanti kena tinggal seminggu, lagi haru biru..
Amie..tengok nasi lemak daun pisang tu yang tak tahan tu,tentu wangi aromanya..yang penting sedap jugak!!
BalasPadamKak Amie memamg comel je nasi lemak dalam daun pisang tu.. wahh pasti lazat nasi lemak dgn sambal sotong plak tu.. lagi lagi di balut dgn daun pisang..
BalasPadammengimbau kenangan semasa kecil emak suruh amik daun pisang sampai baju lebam kena gtah daun pisang.. hehe akibat tak hati hati
sedapnya.....!!!!
BalasPadamfuhhh mmg gelemer la arwah nenek kak ilah nanti... hehehe..tahniah...lepas ni kali amei mkn nasi lain org lain pasti tak puas...
BalasPadamokeh tq k.ami..nnt nens try survey gelatin tu..nens kalo desert2 ni smgt skit..hehe
BalasPadamrasa masam2 manis ke nasik lemak tu k.ami..setelah letak peraham limau tu?
emmm..menyelerakan tumis stong tu...;)
Kak Noor,
BalasPadamnasi lemak memang menyelerakan... tak kira siang atau malam ye Kak Noor...
Waalaikumussalam Mieza,
kita tukarlah lauk nasi lemak ye Mieza he he hehh
Zana pb,
boleh guna beras apa pun, beras basmathi lagilah cantik berderai panjang-panjang
Ummiross,
BalasPadamterkenang keenakan makan nasi lemak bungkus daun pisang!
Choco Ani,
he he heh samalah tu... pernah rasa pangkas daun pisang tapi tak cukup gaya, akhirnya habis badan bergetah!
MP,'memang sedap MP... jomlah makan..
Kak Ilah Jy,
BalasPadammemang glamour... dapat pahala amal jariah lagi tu...alhamdulillah!
Nens,
tak ada rasa masam manis, biasa aje Nens, cuma aromanya tu yang tambah umpphhh
Kak Amie.. adus melelh negoknyer terliur tu..dgn bungkus daun pisang.. tgk ader perahan limau sinkis.. menarik tu.. selalu masak buk bahan n halba jek.. nyum2 bekpes sini lah
BalasPadamassalam k.Amie
BalasPadamsarapan di hari minggu mesti nasi lemak he he
letak dlm pisang memang sedap nih, teringat nasi lemak bungkus 30sen masa sekolah2 dulu he he
Sedapnya mkn nasi lemak dlm daun pisang..wangi jer aromanya ^^
BalasPadamCuti sekolah dah bermula, kemana agaknya nak berjalan jalan...
BalasPadamlaskar pelangi : betul tu, kolesterol tinggi, sekali sekala bolehlah kalau teringin, hehe
BalasPadam