Ayam Masak Merah & Cangkuk Manis Tumis Udang
9:29 PG
Bertemu lagi di Amie's Little Kitchen. Seperti biasa, Amie hanya sempat masak sekali sahaja dalam sehari di kala petang menjelang untuk menikmati hidangan sebelum senja menjelma.(melankoliknya ayat kedua ni... he he hehhhh), tetapi nampaknya terlewat untuk dikongsi kerana baru berkesempatan untuk mengemaskini blog pada pagi ini. Amie hidangkan Ayam Masak Merah dan seperti biasa, resepi yang Amie gunakan hanyalah resepi kampung. Maknanya, resepi ini popular dalam kalangan orang kampung Amie di Bukit Hijau sana. Ayam Masak Merah akan digandingkan dengan nasi minyak, bertemankan pajeri nenas, dan juga acar mentah. Waduh! Sebut tentang acar mentah, tiba-tiba terbayang di ruang mata betapa harum dan enaknya acar orang kampung Amie! Nanti Amie akan buat juga jika ada kesempatan dan akan kongsi bersama! Mungkin acar kami ada kelainannya sedikit.
Resepi : Ayam Masak Merah
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
600 gram daging ayam - potong ikut cita rasa
6 sudu sos tomato
garam / gula
kunyit
minyak
air - jika perlu
Bahan kisar:
7 biji cili merah / kering
3 biji bawang putih
1 labu bawang besar
3 biji tomato
2cm halia
Cara:
1. Gaul daging ayam bersama garam dan kunyit. Goreng hingga masak. Angkat dan ketepikan.
2. Panaskan sedikit minyak dan tumis semua bahan kisar sehingga pecah minyak.
3. Masukkan sos tomato dan sedikit air jika kuah terlalu kering.
4. Masukkan ayam, sedikit garam dan gula.
5. Gaul rata.
6. Tutup api dan angkat untuk dihidangkan.
Dan di bawah ini, Amie kongsikan bersama sayur Cangkuk Manis Tumis Udang untuk digandingkan dengan Ayam Masak Merah. Untuk memenuhiu permintaan rakan-rakan yang ingin mengenali dengan lebih dekat tentang sayur cangkuk manis, di bawah ini Amie sertakan sekali sayur tersebut yang Amie beli di pasar. Sebelum ini ramai rakan-rakan yang keliru tentang sayur tersebut DI SINI.
Di bawah inilah rupa sayur cangkuk manis atau juga dikenali sebagai cekur manis. ada yang sebut sayur asin-asin dan sebagainya. Kalau di tempat Amie, hanya bahagian pucuknya sahaja yang dijual dengan harga RM12 -15 sekilogram. Apabila dimasak, memang hilang rupa bentuk daunnya dan hanya tinggal batangnya yang lembut sehingga ada yang menyangka sebagai sayur asparagus!
Sayur cangkuk manis @ cekur manis.
14 comments
sedap...menyelerakan tgk lauk2 tu semua...camtu yer rupanya daun cangkuk manis tu...ok dah tau dh...
BalasPadamSalam Kak Amie..sedapnya ayam ni...lama plak rasanya tak makan nasi berlauk ayam tumis ala-ala macam ni...
BalasPadamsalam kak amie..
BalasPadamowhhh cangkuk manis yer..kita panggil cekur manis..he hee sama jew la kan..tapi x pernah buat tumis udang..biasanya buat lemak dgn labu jew..boleh try la lps nie..:)
Kak amie..wahh ayam masak merah tu..menggiurkan..peha ayam tu sedap diratah2 tuuu...kak amie mieza laparrrr
BalasPadamhari ni ucu pun masak ayam masak merah kg...tapi takde lah peha ayam yang menggiurkan tu....
BalasPadamcukuplah sekadar peha yang kecik molek macam tuan yg makan...hahahaha...ferasan...
Assalamualaikum Amie,
BalasPadamCantiknya rupa ayam masak merah tu...merah berkilat memang mengancam la Amie he.he.he....
Kak Ros tak pernah lagi makan sayur ni,nanti boleh la try cari kat pasar...
aduhhh.. ngancamnyer ayam masak merah tu amie... kegemaran anak sulung madihaa & sebenarnya ibunya pun suka jugak.. hehehe... cuma ayahnya aje kurang gemor lauk2 yg merah menyala ni... dia lagi suka yg pedas power dr cili padi.. hehe...
BalasPadamtgk kat bwh tu.. semua lauk amie msk ngancam! kentang wedges tu pulak kebetulan madihaa pun ada buat jugak baru2 ni.. cuma resepi berlainan... suka anak2 layan wedges ni kan...
Salam Kak Amie,
BalasPadamagak2nya bole dapat seketul ayam masak merah tak? hehe..nak mkn dengan nasi kuning express..
tergoda tgk ayam masak merah tu..:)
BalasPadamsayur ni nama cangkuk manis rupanya... tapi kalau cekur manis tu yg lain kan... pernah try mkn sayur ni sedap jgk tp berlendir sikit...
BalasPadamhebat ayam tu beraksi..ada style..hehe..
BalasPadamsayurnya pun menggoda..
Ummi bawa nasi minyak ni Amie, nak makan dengan ayam masak merah...hihi!
BalasPadamSAlam Kak Amie cayang... hadoiii.. berputar ligat mata ni dok memandang ayam yang terjuloQ aje gituu memang kecur di buatnya...
BalasPadamPulak ada sayur cangkuk manis kampung sha panggil pucuk manis.. huaaaaa sedapnyaaa ada udang pulak tu huaaaa... sedap laaa
Kak Amie... ngeces lah mau makan ayam masak merah nya.. pheww..sibuk sangat tak sempat online. suka makan cangkuk manis..slurrp
BalasPadam