Smoothie Anggur Merah & Hitam - Welcome 2012

3:02 PTG

Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen yang budiman. Belakangan ini talian internet sering bermasalah, seminit dua lancar kemudian terputus. Hasrat untuk berkunjung ke rumah teman-teman pun asyik tersekat-sekat, baru memulakan perjalanan terpaksa berpatah balik ke rumah! Banyaklah rumah teman-teman yang tak sempat dikunjung balas! Macam kurang seronok pula sambutan Tahun Baru 2012 kalau keadaan ini berterusan, maklumlah jalinan hubungan kita hanya melalui talian.


Nampaknya hanya Smoothie Anggur Merah & Hitam sahajalah yang boleh Amie muatkan untuk hari ini. Bagaimana cuaca di tempat rakan-rakan blogger? Di tempat Amie sekejap mendung, sekejap panas, dan sesekali gerimis. Jom minum sama... Amie sendiri di dapur sebab yang lain semuanya berangkat ke kampung. Entah buah apa lagi yang dicari di sana!


Resepi: Smoothie Anggur Merah & Hitam
Sumber : Amie's Little Kitchen


Bahan-bahan:
250 gram anggur hitam tanpa biji
250 gram anggur merah tanpa biji - sekiranya berbiji, buangkan.
200ml susu segar - Amie kurangkan kepada 100ml untuk hasil smoothie yang lebih pekat
100ml yogurt asli
3 sudu gula


Cara:
1. Sejukbekukan anggur selama 4-5 jam  - asingkan anggur merah dan hitam
2. Masukkan anggur merah bersama 50ml yogurt asli dan 50ml susu segar serta 1 1/2 sudu gula ke dalam pengisar.
3. Kisar kesemua bahan sehingga lembut dan tuangkan ke dalam gelas.
4. Ulangi cara 2 dan 3 untuk anggur hitam.
5. Jika suka, boleh campurkan kesemua anggur hitam dan merah untuk sekali kisaran.

Hasil yang Amie dapati, Smoothie Anggur Hitam terasa lebih sedap berbanding Smoothie Anggur Merah. Jika suka smoothie yang lebih cair bolehlah ikut sukatan yang biasa Amie gunakan iaitu 200ml susu segar tetapi untuk rasa yang lebih pekat boleh kurangkan penggunaan susu segar.

17 comments

  1. Happy new year Amie, sedapnya pembuka tahun baru dengan smoothie anggur merah dan hitam, sejuk tekak dihari yang panas ni..

    BalasPadam
  2. Salam Kak Amie...makin haus aje gue lihat itew minuman..

    BalasPadam
  3. Salam Amie dan selamat tahun baru.Sedap ni. Cuaca panas ni sejuk rasa tekak.

    BalasPadam
  4. salam kak amie ...

    selamat tahun baru buat kak amie n keluarga ... moga tahun ini lebih baik dr tahun sebelumnya .. alahai susah la kan kalo nak online tenet buat hal... kat sini memang hujan sepanjang hari .. sejukkk.... wah kak amie pembuka lembaran di tahun baru dengan smoothie anggur lak.. telan air liur je lah .. hihi

    BalasPadam
  5. Selamat Tahun Baru 2012 buat Kak Amie dan keluarga tersayang.

    Hausnyer tengok Smoothie tu...sini tengah panas terik ni kak

    Semoga akak terus ceria bersama suami dan anak-anak :)

    BalasPadam
  6. `selamat tahun baru amie`..nak sikit smoothie anggur merah & hitam tu bolih?..

    BalasPadam
  7. Selamat Tahun Baru Amie...nampak macam kat secret receipe :)

    BalasPadam
  8. Mau ngga K'Amie kalo melly yang temenin minum nya..

    BalasPadam
  9. Ummi,
    mulakan tahun baru dengan menu sihat menyegarkan!

    Rahel,
    ayok minum sama Rahel.

    Puan Ros,
    Selamat tahun baru Puan Ros...mari sejukkan tekak di dapur Amie.

    BalasPadam
  10. Wani,
    selamat tahun baru Wani... memang masalah betul, 1/2minit 1 minit online lepas tu putuih....

    Puteri Kasih,
    selamat tahun baru Puteri... mudah2an Puteri pun ceria sama!

    Mama Aini,
    selamat tahun baru... jemput minum sekali.

    BalasPadam
  11. Zalin,
    selamat tahun baru Zalin... ooo iye ke, di mana tu...

    Melly,
    ayok minum sekali Melly!

    BalasPadam
  12. Slmt thn baru Amie, sedapnya minum smoothie ni. Cuaca kt tpt saya ni panas terik lah..sesuai sgt jika dpt secawan..

    BalasPadam
  13. air yg sedap akak
    cuma nak bikin sini mcm x sesuwei lg sebab sejukkkkk

    BalasPadam
  14. Amie..acik masih tak dapat buat smoothie durian belanda..durian belanda yang acik beli sebiji tu tak masak2..hitam terus..

    BalasPadam
  15. Mawar Merah,
    sesuailah minumnya ye...hilang dahaga, hilang lapar juga!

    Ayu,
    masih winter ye...

    Acik Erna,
    agaknya durian belanda tu masih muda, tu sebab jadi lebam tak pandai masak.

    BalasPadam
  16. Selamat Tahun Baru 2012, Amie... Semoga azam baru terlaksana.

    BalasPadam
  17. selamat tahun baru 2012 amie!! terima kasih kerana sudi jenguk blog WC yg tak seberapa..ohh..bestnya kalu dapat hirup smoothie ni..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe