Selamat berhujung minggu buat semua pengunjung Amie's Little Kitchen yang budiman. Belakangan ini talian internet sering bermasalah, seminit dua lancar kemudian terputus. Hasrat untuk berkunjung ke rumah teman-teman pun asyik tersekat-sekat, baru memulakan perjalanan terpaksa berpatah balik ke rumah! Banyaklah rumah teman-teman yang tak sempat dikunjung balas! Macam kurang seronok pula sambutan Tahun Baru 2012 kalau keadaan ini berterusan, maklumlah jalinan hubungan kita hanya melalui talian.
Nampaknya hanya Smoothie Anggur Merah & Hitam sahajalah yang boleh Amie muatkan untuk hari ini. Bagaimana cuaca di tempat rakan-rakan blogger? Di tempat Amie sekejap mendung, sekejap panas, dan sesekali gerimis. Jom minum sama... Amie sendiri di dapur sebab yang lain semuanya berangkat ke kampung. Entah buah apa lagi yang dicari di sana!
Resepi: Smoothie Anggur Merah & Hitam
Sumber : Amie's Little Kitchen
Bahan-bahan:
250 gram anggur hitam tanpa biji
250 gram anggur merah tanpa biji - sekiranya berbiji, buangkan.
200ml susu segar - Amie kurangkan kepada 100ml untuk hasil smoothie yang lebih pekat
100ml yogurt asli
3 sudu gula
Cara:
1. Sejukbekukan anggur selama 4-5 jam - asingkan anggur merah dan hitam
2. Masukkan anggur merah bersama 50ml yogurt asli dan 50ml susu segar serta 1 1/2 sudu gula ke dalam pengisar.
3. Kisar kesemua bahan sehingga lembut dan tuangkan ke dalam gelas.
4. Ulangi cara 2 dan 3 untuk anggur hitam.
5. Jika suka, boleh campurkan kesemua anggur hitam dan merah untuk sekali kisaran.
Hasil yang Amie dapati, Smoothie Anggur Hitam terasa lebih sedap berbanding Smoothie Anggur Merah. Jika suka smoothie yang lebih cair bolehlah ikut sukatan yang biasa Amie gunakan iaitu 200ml susu segar tetapi untuk rasa yang lebih pekat boleh kurangkan penggunaan susu segar.
Happy new year Amie, sedapnya pembuka tahun baru dengan smoothie anggur merah dan hitam, sejuk tekak dihari yang panas ni..
BalasPadamSalam Kak Amie...makin haus aje gue lihat itew minuman..
BalasPadamSalam Amie dan selamat tahun baru.Sedap ni. Cuaca panas ni sejuk rasa tekak.
BalasPadamsalam kak amie ...
BalasPadamselamat tahun baru buat kak amie n keluarga ... moga tahun ini lebih baik dr tahun sebelumnya .. alahai susah la kan kalo nak online tenet buat hal... kat sini memang hujan sepanjang hari .. sejukkk.... wah kak amie pembuka lembaran di tahun baru dengan smoothie anggur lak.. telan air liur je lah .. hihi
Selamat Tahun Baru 2012 buat Kak Amie dan keluarga tersayang.
BalasPadamHausnyer tengok Smoothie tu...sini tengah panas terik ni kak
Semoga akak terus ceria bersama suami dan anak-anak :)
`selamat tahun baru amie`..nak sikit smoothie anggur merah & hitam tu bolih?..
BalasPadamSelamat Tahun Baru Amie...nampak macam kat secret receipe :)
BalasPadamMau ngga K'Amie kalo melly yang temenin minum nya..
BalasPadamUmmi,
BalasPadammulakan tahun baru dengan menu sihat menyegarkan!
Rahel,
ayok minum sama Rahel.
Puan Ros,
Selamat tahun baru Puan Ros...mari sejukkan tekak di dapur Amie.
Wani,
BalasPadamselamat tahun baru Wani... memang masalah betul, 1/2minit 1 minit online lepas tu putuih....
Puteri Kasih,
selamat tahun baru Puteri... mudah2an Puteri pun ceria sama!
Mama Aini,
selamat tahun baru... jemput minum sekali.
Zalin,
BalasPadamselamat tahun baru Zalin... ooo iye ke, di mana tu...
Melly,
ayok minum sekali Melly!
Slmt thn baru Amie, sedapnya minum smoothie ni. Cuaca kt tpt saya ni panas terik lah..sesuai sgt jika dpt secawan..
BalasPadamair yg sedap akak
BalasPadamcuma nak bikin sini mcm x sesuwei lg sebab sejukkkkk
Amie..acik masih tak dapat buat smoothie durian belanda..durian belanda yang acik beli sebiji tu tak masak2..hitam terus..
BalasPadamMawar Merah,
BalasPadamsesuailah minumnya ye...hilang dahaga, hilang lapar juga!
Ayu,
masih winter ye...
Acik Erna,
agaknya durian belanda tu masih muda, tu sebab jadi lebam tak pandai masak.
Selamat Tahun Baru 2012, Amie... Semoga azam baru terlaksana.
BalasPadamselamat tahun baru 2012 amie!! terima kasih kerana sudi jenguk blog WC yg tak seberapa..ohh..bestnya kalu dapat hirup smoothie ni..
BalasPadam