Roasted Sailfish With Orange Butter Sauce

6:28 PTG

Salam petang Ahad. Nampaknya hari ini panas sampai ke petang. Pakaian di ampaian kering sepenuhnya, tapi badan rasa melengas. Ketika masak di dapur, peluh membasahi dahi dan rasa macam berada di bilik sauna! Akhir-akhir ini memang cuaca tidak menentu dan sukar untuk diramalkan. Apa pun syukur Alhamdulillah kerana kita hidup dalam zon khatulistiwa yang panas sepanjang tahun dan hujan pun sepanjang tahun! Jom kita cerita tentang resepi hari ini. Amie masak ikan layar. Ada yang sebut ikan layaran. Kalau tak pernah dengar kedua-dua nama ikan ini, mungkin anda pernah dengar sailfish. Sesiapa yang pernah sampai ke Kota Kinabalu, tentu pernah ternampak reflika ikan layaran ini di tengah-tengah bandaraya! Cerita tentang ikan layar (MIL & FIL sebut ikan layar), memang Amie belajar makan dari sebelah keluarga Encik Suami. Bagaimanapun sekarang ini memang agak susah untuk mendapat bekalan ikan layar di Lahad Datu. Bila sesekali terjumpa di pasar, memang kami borong banyak-banyak! Kali ini Amie cuba resepi masakan ala barat pula. Jom kita tengok hasil resepi Amie petang ini.


Resepi Asal: Roasted Seabass With Orange Butter Sauce
Sumber: Masakan Barat di Rumah
Chef: Haris Amir Jais

Bahan-bahan untuk ikan:
1 keping isi ikan siakap dibuang tulang - Amie gunakan isi ikan layar @ sailfish
1/2 biji kulit oren dicincang
2 sudu minyak zaitun
garam secukup rasa
lada hitam secukup rasa

Cara :
1. Perapkan ikan bersama semua bahan di atas.
2. Bakar selama 10 minit dengan suhu 150'C - Amie panggang dalam kertas aluminum

Bahan-bahan untuk Orange Butter Sauce:
1 cawan jus oren
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar mentega
gula perang secukup rasa
garam secukup rasa

Cara:
1. Masukkan jus oren. gula perang, serbuk kulit kayu manis ke dalam periuk dan didihkan.
2. Kacau sehingga sedikit pekat dan kemudian masukkan mentega dan kacau.
3. Siap untuk dihidangkan.

Amie tidak ada gambar ikan layar sebab yang kami beli di pasar hanyalah kepingan ikan layar yang sudah dipotong. Jadi, di bawah ini Amie kongsikan bersama rupa bentuk ikan layar yang Amie dapatkan dari Encik Google. Ikan layar juga dikatakan mengandungi Omega 3.


Ehsan: Google

Besar sungguh ikan layar! Satu lagi Amie ingin kongsikan bersama tentang sisik ikan layar. Ikan layar mempunyai sisik yang berbeza sama sekali dengan ikan-ikan lain. Sisik ikan layar sangat tajam seperti jarum, dan bukannya kembang seperti bulu landak! Sisiknya tersembunyi bersama kulitnya yang tebal! Bahagian ikan layar yang paling Amie suka sudah tentulah bahagian tepinya sebab banyak lemak di situ! 





Ehsan: Google

Ini pula gambar keseluruhan ikan layar. Ikan layar boleh mencapai berat lebih 90kg dan panjangnya boleh  melebihi 3 meter. FIL & MIL  Amie (berasal dari Kepulauan Cocos-Keeling), selalu bercerita tentang ikan layar yang mereka temui di tengah lautan. Kata mereka, ada 2 jenis ikan layar iaitu ikan layar daging warna putih dan satu lagi warna kekuningan. Yang berwarna kekuningan mempunyai rasa yang lebih sedap! Tapi, kalau jumpa di pasar Amie tak peduli warna kuning atau putih, beli saja. Terima kasih MIL & FIL kerana memperkenalkan ikan layar kepada Amie walaupun dalam setahun hanya terjumpa sekali atau dua kali sahaja di pasar!

23 comments

  1. betul k. Amie hari ni panas je tu yg malas nak keluar duk umah aircond 24 jam he he
    menu hari ni menarik la kak...sedap nengoknye..

    BalasPadam
  2. Mama Sara Nur,
    memang kena duduk bawah air-cond saja ni... he he hehh
    Jom makan sama!

    BalasPadam
  3. ni first time wc tgk masakan ikan layaran..amie tak nak buka restoran ke?amie pandai masakla.

    BalasPadam
  4. kat sini pon panas hari ni..tak hujan la pulak...nani tak pernah jumpa pon ikan ni..ke memang nani tak kenal...hehhe...kalo sekor2 mcm ni xde nmpk kot kt sandakan. tp tak tahulah kalau dah potong kecik2 macam yang kak amie cakap tu.

    BalasPadam
  5. amie...liza datang bawak pinggan kosong ni...mintak sekeping utk dinner....hihiihi

    BalasPadam
  6. Hey K'Amie.. Melly dah felling much better nih, dah bisa jalan jalan lagi walopun hanya jalan jalan di blog. Terlebih abis menikmati hidangan ikan ala western buatan akak.memang sedap di lihat.. nyam..nyam

    BalasPadam
  7. WC,
    buka restoran di rumah saja WC, teringin nak jual nasi lemak tapi tak dapat lampu hijau!

    Nani,
    di Lahad Datu pun jarang jumpa, yang Kak Amie masak ni jumpa di pasar Tawau...:)

    Liza,
    boleh... makan sekeping pun boleh kenyang, sebab isi ikan layar padat!

    Melly,
    jalan pelan2 ya Melly, kalau penat rehat sebentar ya...

    BalasPadam
  8. Memang cuaca panas sekarang.Ikan todak ke tu????jakun betul la kita ni.

    BalasPadam
  9. Kak Amie..tak pernah mieza nampak ikan ni kat pasar TM ni haaaa..tapi kan muncungnya yg tajam tu mengingatkan mieza pada kisah Singapura dilanggar todak hahhaa..mieza pasti rasa ikan ni sgt sedap...kak amie mmg gemar mkn ikan kan..suker mieza..kalau mieza dtg sana kak amie masakkan ikan ni ye..mmg tak der jual kat sini..

    BalasPadam
  10. kalau masuk blog ammie mcm2 ikan dapat kenal...info yg menarik.
    kat sini pun panas gak ammie

    BalasPadam
  11. Puan Ros,
    bukan ikan todak, tapi ikan layar... ikan todak kecik2 je...

    Mieza,
    ikan todak memang tajam muncungnya Mieza tapi ikan layar lagilah besar! Memang sedap, tapi tak ramai orang dapat makan sebab tak semua tempat ada menjualnya, lagipun spesies layar ni semakin berkurangan. Insya-Allah, kalau ada ikan layar, boleh kak Amie masakkan untuk Mieza....:)

    Kasih,
    terima kasih sudi datang tengok-tengok ikan di sini...:)

    BalasPadam
  12. masuk dapor kak amie .. ternampak ikan layar tu .. uishhh ..x pernah tengok wani ikan layar ni.. macam ikan todak je nampak hihi.. tapi masakan kak amie ala barat ikan ni .. mantoppp .mesti bestttt... resepi senang je nak buat

    BalasPadam
  13. ehem nampak menyelerakan walaupun mama tak makan ikan..hu2x..

    BalasPadam
  14. Wani,
    todsk pun todaklah... janji sedap...:)

    Mama Aini,
    tengok-tengok ajelah ye....:)

    BalasPadam
  15. vahhh...mcm terasa mkn dgn soso itu...lemak2 masam lemon...perghhh....

    BalasPadam
  16. salam amie - Terima kasih visit lina...menarik juga roasted fish tu ya..

    BalasPadam
  17. besar nampak ikan tu Amie..ummi tak pernah makan. Ummi nak rasa sekeping ni ye..sebab nampak sedap bersekali sos tu.

    BalasPadam
  18. wuwu.. boleh makan ek kak! ahaha.. kalau tengok real tak berani mkn, tapi bila hidang dah siap masak confirm terus telan tnpa byk soal. ekeke..

    BalasPadam
  19. salam k amie..terliur tgk ade menu istimewa kt sini...x pnh lg mkn ikan ni n lauk camni..nmpak sedap sgt :)

    BalasPadam
  20. Bagusnya kak amie ni..byk info berguna saya dpt dari sini.mcm2 jenis msakan dan haiwan saya belajar..terima kasih kak..

    BalasPadam
  21. Ibundo,
    jemput makan Ibundo.

    Sugar 'n' Spice,
    ikannya memang besar tapi tak pernah nampak seekor bulat!

    Lina,
    sesekali nak birukan mata...:)

    BalasPadam
  22. Ummi,
    memang besar ikannya Ummi.... bayangkan boleh sampai 3meter panjang!

    Asmara,
    Amie pun takpernah nampak rupa ikannya yang sebenar! beli dah siap potong.

    Noorsha,
    saja gatai nak cuba resepi baru...:)

    Kamalia,
    belajar tentang haiwan laut ye Kamalia.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe