Salam petang Ahad. Nampaknya hari ini panas sampai ke petang. Pakaian di ampaian kering sepenuhnya, tapi badan rasa melengas. Ketika masak di dapur, peluh membasahi dahi dan rasa macam berada di bilik sauna! Akhir-akhir ini memang cuaca tidak menentu dan sukar untuk diramalkan. Apa pun syukur Alhamdulillah kerana kita hidup dalam zon khatulistiwa yang panas sepanjang tahun dan hujan pun sepanjang tahun! Jom kita cerita tentang resepi hari ini. Amie masak ikan layar. Ada yang sebut ikan layaran. Kalau tak pernah dengar kedua-dua nama ikan ini, mungkin anda pernah dengar sailfish. Sesiapa yang pernah sampai ke Kota Kinabalu, tentu pernah ternampak reflika ikan layaran ini di tengah-tengah bandaraya! Cerita tentang ikan layar (MIL & FIL sebut ikan layar), memang Amie belajar makan dari sebelah keluarga Encik Suami. Bagaimanapun sekarang ini memang agak susah untuk mendapat bekalan ikan layar di Lahad Datu. Bila sesekali terjumpa di pasar, memang kami borong banyak-banyak! Kali ini Amie cuba resepi masakan ala barat pula. Jom kita tengok hasil resepi Amie petang ini.
Resepi Asal: Roasted Seabass With Orange Butter Sauce
Sumber: Masakan Barat di Rumah
Chef: Haris Amir Jais
Bahan-bahan untuk ikan:
1 keping isi ikan siakap dibuang tulang - Amie gunakan isi ikan layar @ sailfish
1/2 biji kulit oren dicincang
2 sudu minyak zaitun
garam secukup rasa
lada hitam secukup rasa
Cara :
1. Perapkan ikan bersama semua bahan di atas.
2. Bakar selama 10 minit dengan suhu 150'C - Amie panggang dalam kertas aluminum
Bahan-bahan untuk Orange Butter Sauce:
1 cawan jus oren
1 sudu kecil serbuk kulit kayu manis
2 sudu besar mentega
gula perang secukup rasa
garam secukup rasa
Cara:
1. Masukkan jus oren. gula perang, serbuk kulit kayu manis ke dalam periuk dan didihkan.
2. Kacau sehingga sedikit pekat dan kemudian masukkan mentega dan kacau.
3. Siap untuk dihidangkan.
Amie tidak ada gambar ikan layar sebab yang kami beli di pasar hanyalah kepingan ikan layar yang sudah dipotong. Jadi, di bawah ini Amie kongsikan bersama rupa bentuk ikan layar yang Amie dapatkan dari Encik Google. Ikan layar juga dikatakan mengandungi Omega 3.
Ehsan: Google
Besar sungguh ikan layar! Satu lagi Amie ingin kongsikan bersama tentang sisik ikan layar. Ikan layar mempunyai sisik yang berbeza sama sekali dengan ikan-ikan lain. Sisik ikan layar sangat tajam seperti jarum, dan bukannya kembang seperti bulu landak! Sisiknya tersembunyi bersama kulitnya yang tebal! Bahagian ikan layar yang paling Amie suka sudah tentulah bahagian tepinya sebab banyak lemak di situ!
Ehsan: Google
Ini pula gambar keseluruhan ikan layar. Ikan layar boleh mencapai berat lebih 90kg dan panjangnya boleh melebihi 3 meter. FIL & MIL Amie (berasal dari Kepulauan Cocos-Keeling), selalu bercerita tentang ikan layar yang mereka temui di tengah lautan. Kata mereka, ada 2 jenis ikan layar iaitu ikan layar daging warna putih dan satu lagi warna kekuningan. Yang berwarna kekuningan mempunyai rasa yang lebih sedap! Tapi, kalau jumpa di pasar Amie tak peduli warna kuning atau putih, beli saja. Terima kasih MIL & FIL kerana memperkenalkan ikan layar kepada Amie walaupun dalam setahun hanya terjumpa sekali atau dua kali sahaja di pasar!
betul k. Amie hari ni panas je tu yg malas nak keluar duk umah aircond 24 jam he he
BalasPadammenu hari ni menarik la kak...sedap nengoknye..
Mama Sara Nur,
BalasPadammemang kena duduk bawah air-cond saja ni... he he hehh
Jom makan sama!
ni first time wc tgk masakan ikan layaran..amie tak nak buka restoran ke?amie pandai masakla.
BalasPadamkat sini pon panas hari ni..tak hujan la pulak...nani tak pernah jumpa pon ikan ni..ke memang nani tak kenal...hehhe...kalo sekor2 mcm ni xde nmpk kot kt sandakan. tp tak tahulah kalau dah potong kecik2 macam yang kak amie cakap tu.
BalasPadamamie...liza datang bawak pinggan kosong ni...mintak sekeping utk dinner....hihiihi
BalasPadamHey K'Amie.. Melly dah felling much better nih, dah bisa jalan jalan lagi walopun hanya jalan jalan di blog. Terlebih abis menikmati hidangan ikan ala western buatan akak.memang sedap di lihat.. nyam..nyam
BalasPadamWC,
BalasPadambuka restoran di rumah saja WC, teringin nak jual nasi lemak tapi tak dapat lampu hijau!
Nani,
di Lahad Datu pun jarang jumpa, yang Kak Amie masak ni jumpa di pasar Tawau...:)
Liza,
boleh... makan sekeping pun boleh kenyang, sebab isi ikan layar padat!
Melly,
jalan pelan2 ya Melly, kalau penat rehat sebentar ya...
Memang cuaca panas sekarang.Ikan todak ke tu????jakun betul la kita ni.
BalasPadamKak Amie..tak pernah mieza nampak ikan ni kat pasar TM ni haaaa..tapi kan muncungnya yg tajam tu mengingatkan mieza pada kisah Singapura dilanggar todak hahhaa..mieza pasti rasa ikan ni sgt sedap...kak amie mmg gemar mkn ikan kan..suker mieza..kalau mieza dtg sana kak amie masakkan ikan ni ye..mmg tak der jual kat sini..
BalasPadamkalau masuk blog ammie mcm2 ikan dapat kenal...info yg menarik.
BalasPadamkat sini pun panas gak ammie
Puan Ros,
BalasPadambukan ikan todak, tapi ikan layar... ikan todak kecik2 je...
Mieza,
ikan todak memang tajam muncungnya Mieza tapi ikan layar lagilah besar! Memang sedap, tapi tak ramai orang dapat makan sebab tak semua tempat ada menjualnya, lagipun spesies layar ni semakin berkurangan. Insya-Allah, kalau ada ikan layar, boleh kak Amie masakkan untuk Mieza....:)
Kasih,
terima kasih sudi datang tengok-tengok ikan di sini...:)
masuk dapor kak amie .. ternampak ikan layar tu .. uishhh ..x pernah tengok wani ikan layar ni.. macam ikan todak je nampak hihi.. tapi masakan kak amie ala barat ikan ni .. mantoppp .mesti bestttt... resepi senang je nak buat
BalasPadamehem nampak menyelerakan walaupun mama tak makan ikan..hu2x..
BalasPadamWani,
BalasPadamtodsk pun todaklah... janji sedap...:)
Mama Aini,
tengok-tengok ajelah ye....:)
sedap mie... nak sikit..
BalasPadamvahhh...mcm terasa mkn dgn soso itu...lemak2 masam lemon...perghhh....
BalasPadamsalam amie - Terima kasih visit lina...menarik juga roasted fish tu ya..
BalasPadambesar nampak ikan tu Amie..ummi tak pernah makan. Ummi nak rasa sekeping ni ye..sebab nampak sedap bersekali sos tu.
BalasPadamwuwu.. boleh makan ek kak! ahaha.. kalau tengok real tak berani mkn, tapi bila hidang dah siap masak confirm terus telan tnpa byk soal. ekeke..
BalasPadamsalam k amie..terliur tgk ade menu istimewa kt sini...x pnh lg mkn ikan ni n lauk camni..nmpak sedap sgt :)
BalasPadamBagusnya kak amie ni..byk info berguna saya dpt dari sini.mcm2 jenis msakan dan haiwan saya belajar..terima kasih kak..
BalasPadamIbundo,
BalasPadamjemput makan Ibundo.
Sugar 'n' Spice,
ikannya memang besar tapi tak pernah nampak seekor bulat!
Lina,
sesekali nak birukan mata...:)
Ummi,
BalasPadammemang besar ikannya Ummi.... bayangkan boleh sampai 3meter panjang!
Asmara,
Amie pun takpernah nampak rupa ikannya yang sebenar! beli dah siap potong.
Noorsha,
saja gatai nak cuba resepi baru...:)
Kamalia,
belajar tentang haiwan laut ye Kamalia.