Makan Tengah Hari di Layali Restaurant Madrid
7:56 PTG Bismillahirrahmanirrahim.
Mbak Watie membawa kami jalan-jalan cari makan tengah hari di Layali Restaurant di Madrid, Sepanyol. Memang sesuailah dengan istilah jalan-jalan cari makan sebab sebelum sampai ke tempat makan kami perlu berjalan jauh kerana bas tidak dapat turunkan kami di hadapan restoran. Layali merupakan sebuah restoran halal dan dikenali dengan nama Layali Steak & Burger 100% Halal Food.
Tempat makan yang popular dalam kalangan pengunjung yang mencari pilihan masakan halal di Madrid ini menyediakan pelbagai menu termasuk daging panggang, ayam panggang, kebab, burger, dan pelbagai hidangan lain yang disediakan secara halal.
| Bismillah. |
| Kredit - Layali - Let's Go Halal |
5 comments
Nampak sedap pulak nasi & ayam panggang tu. Simple je makanan mereka takse bergulai macam kita.
BalasPadamOrang malaysia kalau ke mana pun mesti rindukan nasi kan kak... nampak sedap ayamnya tu. ALfatihah buat arwah, kesian balunya... baru je mendirikan rumahtangga.
BalasPadammemang kenyang sungguh ni. dah ada nasi, ada pula kentang..
BalasPadamooo sos=salsa
BalasPadamyang saya perasan doner kebab asal dari Turkiye.
Nampak besar saiz hidangan. Mesti kenyang. 😋
BalasPadam