Makan Nasi Kerabu Golok di Hana Kitchen
11:32 PGBismillahirrahmanirrahim.
Dalam perjalanan pulang dari Sandakan ke Lahad Datu, kami singgah di Hana Kitchen yang terletak di Bandar Labuk Jaya. Kedai makan ini menghidangkan menu pantai timur semenanjung iaitu negeri Kelantan.
Rasanya pemilik kedai makan ini orang Kelantan, tapi tak pasti pula sebab tidak bersungguh mencari info. Di sini kami memesan:
- Nasi Kerabu Golok
- Akok Kedut
- Mi Celup - kita minta tukar bihun
- Kopi Hitam
| Nasi Kerabu Golok |
Kami minta satu set Nasi Kerabu Golok Daging Bakar dan tambah seketul ayam goreng.
| Banyak daging bakarnya. Encik Suami makan dengan ayam goreng, Amie makan dengan daging bakar. |
| Kopi Hitam |
Oleh kerana perlu memandu sejauh 156 kilometer lagi, Encik Suami memesan kopi hitam. Kita pun ikut sajalah. Bolehlah temankan Encik Suami berbual-bual sepanjang jalan.
| Akok Kedut - RM5.00 |
| Encik Suami makan dua ketul, Amie makan dua ketul. |
Sudah sampai ke kedai makan orang Kelantan, kenalah makan sekali Mi Celupnya. Amie minta tukar mi kepada bihun. Penuh timbunan bihun dan aksesori dalam mangkuk!
| Bismillah |
Tamatlah cerita jalan-jalan di Sandakan dari hari Jumaat sehinggalah hari Ahad. In syaa Allah ada frezeki, ada kerajinan bolehlah datang lagi ke Sandakan.
1 comments
Baru malam tadi dinner kuetiau celup. Weekend ni nak cari nasi kerabu la. Macam lama pulak tak makan nasi kerabu.
BalasPadam