Pages

Khamis, 18 Disember 2025

Makan Tengah Hari di Layali Restaurant Madrid

 Bismillahirrahmanirrahim.
Mbak Watie membawa kami jalan-jalan cari makan tengah hari di Layali Restaurant di Madrid, Sepanyol. Memang sesuailah dengan istilah jalan-jalan cari makan sebab sebelum sampai ke tempat makan kami perlu berjalan jauh kerana bas tidak dapat turunkan kami di hadapan restoran. Layali merupakan sebuah restoran halal dan dikenali dengan nama Layali Steak & Burger 100% Halal Food.

Tempat makan yang popular dalam kalangan pengunjung yang mencari pilihan masakan halal di Madrid ini menyediakan pelbagai menu termasuk daging panggang, ayam panggang, kebab, burger, dan pelbagai hidangan lain yang disediakan secara halal. 


Layali Steak & Burger 100% Halal Food terletak di Calle Raquel Meller 8, Ciudad Lineal, 28027 Madrid, Sepanyol.




Bergambar dahulu sementara menanti giliran mengambil makanan panas.


Sewaktu edit gambar di atas, terpandang salah seorang rakan peserta - fokus kepada seorang insan lelaki di hadapan Amie yang berkaca mata, bertopi dan memakai jaket warna coklat. Pada 31 Ogos 2025 beliau mendirikan rumah tangga dan kami menerima berita duka apabila pada 03 Disember 2025 beliau telah kembali kepada-Nya. Khabarnya terkena serangan jantung. Al-Fatihah untuk arwah Cikgu Mohd. Noh atas keberangkatannya ke negeri abadi. Semoga arwah tergolong dalam kalangan hamba-Nya yang beriman dan beramal soleh. Dan diharap balunya tabah menghadapi dugaan ini.


Inilah antara hidangan yang dinanti-nantikan, berupa nasi bersama ayam panggang dan kentang goreng serta salad.


Dalam bahasa Sepanyol:
Nasi = Arroz
Ayam Panggang = Pollo Asado
Kentang Goreng = Patatas Fritas
Salad = Ensalada
Sos = Salsa


Saiz potongan kentang gorengnya agak besar.

Bismillah.


Syukur Alhamdulillah. Dapat makan nasi yang jarang kami temui sepanjang berada di Sepanyol. 


Di hadapan Layali Restaurant ada kedai makan Turki dan beberapa kedai makan lain.


Banyak jenis makanan ditawarkan di Layali Restaurant. Bolehlah baca di sini untuk lanjut : Layali - Let's Go Halal

Kredit -  Layali - Let's Go Halal


5 ulasan:

  1. Nampak sedap pulak nasi & ayam panggang tu. Simple je makanan mereka takse bergulai macam kita.

    BalasPadam
  2. Orang malaysia kalau ke mana pun mesti rindukan nasi kan kak... nampak sedap ayamnya tu. ALfatihah buat arwah, kesian balunya... baru je mendirikan rumahtangga.

    BalasPadam
  3. memang kenyang sungguh ni. dah ada nasi, ada pula kentang..

    BalasPadam
  4. ooo sos=salsa
    yang saya perasan doner kebab asal dari Turkiye.

    BalasPadam
  5. Nampak besar saiz hidangan. Mesti kenyang. 😋

    BalasPadam