Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak

7:31 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah dapat bersua kembali di dapur maya. Beberapa hari kebelakangan ini agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja ladang, tak sempat hendak jenguk dapur. Hari Sabtu pagi, Amie dengan Encik Suami menunaikan tanggungjawab mengundi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Kemudian kami menghadiri majlis kahwin dan balik rumah. Abang Farid dan Fairuz belum membuang undi.

Cadangnya kami hendak terus ke Tawau. Kebetulan pula tempat buang undi Abang Farid dan Fairuz melalui jalan yang sama menuju ke Tawau, jadi kami singgah di situ dan dapatlah budak-budak ini menunaikan kewajipan pada tanah kelahiran mereka.

Kami bermalam di Hotel Emas, dan keesokan paginya akan hantar Abang Farid, Aseeyah dan Hamzah ke Lapangan Terbang Tawau. Sebenarnya sepanjang berada di LD, Abang Farid dan Aseeyah kurang sihat. Pukul enam setengah pagi, Abang Farid ketuk pintu bilik kami dan beritahu Hamzah asyik menangis kerana badannya panas. Alhamdulillah, Abang Farid dapat cari klinik yang dibuka 23 jam, dan syukur kepada Allah semuanya dipermudahkan. Doktor kata Hamzah terkena jangkitan demam dari Abang Farid. 

Setelah Abang Farid bersama anak isterinya terbang, Encik Suami berkata : Hamzah datang seperti angin. Balik pun macam angin! Tak apalah Tok Baba, nanti hujung tahun kita balik Malaya, dapat jumpa lagi dengan Hamzah.

Dan sesampainya kami di LD, selepas maghrib dapat berita dukacita. Bapa saudara Encik Suami meninggal dunia. Innalillahiwainnalillahiraajiun. Walaupun keletihan memandu dari Tawau, tetapi Encik Suami gagahkan diri ke hospital, menghantar jenazah ke kampung dan  hari ini sebelum waktu zohor, arwah selamat dikebumikan.

Panjang mukadimahnya... ahaks!

Petang tadi Amie sempat masuk dapur. Masak nasi dan lauk Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak. Kebetulan hujan di waktu petang. Memang sedap sungguhlah dapat makan dengan Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak! 

Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak

Resipinya ada di sini : Ayam Masak Lemak Tempoyak

Bismillah

Hidangan Tengah Hari / Malam



Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak

Tumis Sayur Campur - Cendawan Shiitake, Kacang Manis & Bunga Kobis

Ikan Tenggiri Goreng Berempah

Telur Masin & Petai Goreng

Jemput makan!

Baki lauk-pauk dan nasi bolehlah dibuat bekal ke ladang esok pagi. Memang sengaja masak lebih untuk dijadikan bekalan bekerja.

14 comments

  1. Tak pernah lagi masak lemak tempoyak. Nanti boleh la try buat.

    BalasPadam
  2. innalillah wa inna ilaihi rajiuun.. moga rohnya dicucuri rahmat Ilahi.. cantik pulak saya tengok nasi tu panjang-panjang, beras apa ye? kena dengan ikan tenggiri dan telur asin.. sedapnya

    BalasPadam
  3. SA x pernah masak lemak ciliapi ayam campur tempoyak...nak cuba la nanti...alahai kesiannya Hamzah...berjangkit dengan ayahnya ye...

    BalasPadam
  4. Sedapnya makan sekali dengan telur masin tu. 😭

    BalasPadam
  5. Nampak sedapnyer
    tapi wak tak makan apa2 masakan yang ada tempoyak.

    BalasPadam
  6. Kesian pulak semua anak beranak demam. Takpelah, nanti balik Malaya dapatlah jumpa Hamzah puas-puas. Cuti sekolah pun tak lama lagi.
    Salam takziah kak Amie dan keluarga.
    Sedapnya lauk kak Amie masak. Belum pernah lagi saya tengok ayam masak lemak tempoyak. Peminat tempoyak mesti suka ni. Tumis sayur tu mewah dengan cendawan. Saya suka! Ikan goreng kak Amie jaranglah kosong. Ada je accesoriesnya, meriah dengan daun kari. Nak tiruvasi ikan goreng kak Amie tak buat-buat lagi. Daun kari tak ada, itu yang tak jadi-jadi tu.

    BalasPadam
  7. Nampak kepedasan tu... Mula mula Naniey ingatkan masak lemak cili api dan tempoyak tu makan berasingan rupanya di masak sekali..

    BalasPadam
  8. Ada kawan saya suka tayang lauk ni, ayam masak lemak tempoyak. Mesti sedap, sebab dia banyak kali masak. Nanti nak cuba resepi kak Amie ya.

    BalasPadam
  9. Innalillahi wa inna ilaihi rooji-un. Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman buat buat baoa saudara suami Kak Amie

    Sedapnya ayam masak lemak cili api dengan tempoyak. Nak try lah nanti.

    BalasPadam
  10. al-Fatihah untuk arwah...
    Cucunda Hamzah dah balik Malaya yer...Saya pulak in shaa Allah akan ketemu cucunda di Tawau beberapa hari lagi...in shaa Allah

    BalasPadam
  11. Petai goreng tak pernah makan selalunya di rebus atau buat masakan. Nanti balik selangor lepaskan rindu pada hamzah ye tok baba.

    BalasPadam
  12. Petai goreng? Tak pernah jumpa Kak, tapi kalau petai bakar Sy pernah makan :)
    Salam takziah atas pemergian ahli keluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.

    BalasPadam
  13. innalillahiwainnailaihirojiun takziah amie n famili...hamzah hadir bagai angin lalu xngapa terubat juga rindunya kan boleh vc selalu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Acheh - Banda Acheh) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Portugal ( Lisbon) ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Acheh Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Mexican Food Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Tanaman Telur Tempahan Vetnamese Food Western Food Wordless Wednesday

Subscribe