Bismillahirrahmanirrahim.
Alhamdulillah dapat bersua kembali di dapur maya. Beberapa hari kebelakangan ini agak sibuk sedikit dengan kerja-kerja ladang, tak sempat hendak jenguk dapur. Hari Sabtu pagi, Amie dengan Encik Suami menunaikan tanggungjawab mengundi
Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah ke-17. Kemudian kami menghadiri majlis kahwin dan balik rumah. Abang Farid dan Fairuz belum membuang undi.
Cadangnya kami hendak terus ke Tawau. Kebetulan pula tempat buang undi Abang Farid dan Fairuz melalui jalan yang sama menuju ke Tawau, jadi kami singgah di situ dan dapatlah budak-budak ini menunaikan kewajipan pada tanah kelahiran mereka.
Kami bermalam di Hotel Emas, dan keesokan paginya akan hantar Abang Farid, Aseeyah dan Hamzah ke Lapangan Terbang Tawau. Sebenarnya sepanjang berada di LD, Abang Farid dan Aseeyah kurang sihat. Pukul enam setengah pagi, Abang Farid ketuk pintu bilik kami dan beritahu Hamzah asyik menangis kerana badannya panas. Alhamdulillah, Abang Farid dapat cari klinik yang dibuka 23 jam, dan syukur kepada Allah semuanya dipermudahkan. Doktor kata Hamzah terkena jangkitan demam dari Abang Farid.
Setelah Abang Farid bersama anak isterinya terbang, Encik Suami berkata : Hamzah datang seperti angin. Balik pun macam angin! Tak apalah Tok Baba, nanti hujung tahun kita balik Malaya, dapat jumpa lagi dengan Hamzah.
Dan sesampainya kami di LD, selepas maghrib dapat berita dukacita. Bapa saudara Encik Suami meninggal dunia. Innalillahiwainnalillahiraajiun. Walaupun keletihan memandu dari Tawau, tetapi Encik Suami gagahkan diri ke hospital, menghantar jenazah ke kampung dan hari ini sebelum waktu zohor, arwah selamat dikebumikan.
Panjang mukadimahnya... ahaks!
Petang tadi Amie sempat masuk dapur. Masak nasi dan lauk Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak. Kebetulan hujan di waktu petang. Memang sedap sungguhlah dapat makan dengan Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak!
 |
| Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak |
 |
| Bismillah |
 |
| Hidangan Tengah Hari / Malam |
 |
| Ayam Masak Lemak Cili Padi dengan Tempoyak |
 |
| Tumis Sayur Campur - Cendawan Shiitake, Kacang Manis & Bunga Kobis |
 |
| Telur Masin & Petai Goreng |
 |
| Jemput makan! |
Baki lauk-pauk dan nasi bolehlah dibuat bekal ke ladang esok pagi. Memang sengaja masak lebih untuk dijadikan bekalan bekerja.
Tak pernah lagi masak lemak tempoyak. Nanti boleh la try buat.
BalasPadaminnalillah wa inna ilaihi rajiuun.. moga rohnya dicucuri rahmat Ilahi.. cantik pulak saya tengok nasi tu panjang-panjang, beras apa ye? kena dengan ikan tenggiri dan telur asin.. sedapnya
BalasPadamSA x pernah masak lemak ciliapi ayam campur tempoyak...nak cuba la nanti...alahai kesiannya Hamzah...berjangkit dengan ayahnya ye...
BalasPadamSedapnya makan sekali dengan telur masin tu. ðŸ˜
BalasPadamNampak sedapnyer
BalasPadamtapi wak tak makan apa2 masakan yang ada tempoyak.
Kesian pulak semua anak beranak demam. Takpelah, nanti balik Malaya dapatlah jumpa Hamzah puas-puas. Cuti sekolah pun tak lama lagi.
BalasPadamSalam takziah kak Amie dan keluarga.
Sedapnya lauk kak Amie masak. Belum pernah lagi saya tengok ayam masak lemak tempoyak. Peminat tempoyak mesti suka ni. Tumis sayur tu mewah dengan cendawan. Saya suka! Ikan goreng kak Amie jaranglah kosong. Ada je accesoriesnya, meriah dengan daun kari. Nak tiruvasi ikan goreng kak Amie tak buat-buat lagi. Daun kari tak ada, itu yang tak jadi-jadi tu.
Nampak kepedasan tu... Mula mula Naniey ingatkan masak lemak cili api dan tempoyak tu makan berasingan rupanya di masak sekali..
BalasPadamAda kawan saya suka tayang lauk ni, ayam masak lemak tempoyak. Mesti sedap, sebab dia banyak kali masak. Nanti nak cuba resepi kak Amie ya.
BalasPadamInnalillahi wa inna ilaihi rooji-un. Moga rohnya dicucuri Rahmat dan ditempatkan bersama mereka yang beriman buat buat baoa saudara suami Kak Amie
BalasPadamSedapnya ayam masak lemak cili api dengan tempoyak. Nak try lah nanti.
lapar plak tgk menu makanan
BalasPadamal-Fatihah untuk arwah...
BalasPadamCucunda Hamzah dah balik Malaya yer...Saya pulak in shaa Allah akan ketemu cucunda di Tawau beberapa hari lagi...in shaa Allah
Petai goreng tak pernah makan selalunya di rebus atau buat masakan. Nanti balik selangor lepaskan rindu pada hamzah ye tok baba.
BalasPadamPetai goreng? Tak pernah jumpa Kak, tapi kalau petai bakar Sy pernah makan :)
BalasPadamSalam takziah atas pemergian ahli keluarga. Semoga rohnya dicucuri rahmat Allah SWT.
innalillahiwainnailaihirojiun takziah amie n famili...hamzah hadir bagai angin lalu xngapa terubat juga rindunya kan boleh vc selalu
BalasPadam