Salam Aidil Adha 2025
5:40 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Selamat menyambut Hari Raya Korban 2025.
Kelmarin, Wak Aton kongsikan gambar Bonda melihat lembu korbannya di masjid. Alhamdulillah, pagi tadi sempurnalah hasrat Bonda dan semoga diterima oleh-Nya.
Kami sekeluarga hanya menyediakan juadah seadanya untuk dijamah selepas solat sunat Aidil Adha. Amie hidangkan:
- Kari Ayam
- Daging Masak Hitam Sarawak
- Sambal Kuah Kacang
- Sayur Masak Lodeh
- Nasi Himpit
- Nasi Goreng Minyak Sapi
- Serondeng Ikan (beli)
Hidangan pagi raya dimeriahkan dengan pelbagai jenis Kek Lapis Sarawak.
Ketika sedang menjamu selera, Amie terima mesej bergambar. Alhamdulillah, penyertaan ibadat korban di pedalaman Sabah telah dilaksanakan. Sejak berbesan dengan bapa Aseeyah, banyaklah info yang Amie perolehi mengenai kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Se-Malaysia. Beliau merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif KDMRS Muslim dan salah satu tugasnya sudah tentulah menyantuni mualaf di seluruh Sabah (Malaysia). Kiranya daging korban ini dikhususkan kepada mualaf di pedalaman Sabah sebagai penerimanya.
Kali ini nama kita bersama penama lain berada di kawasan Tenom. |
Semoga usaha murni KDMRS Muslim untuk menyantuni setiap mualaf di pedalaman Sabah sentiasa mendapat sokongan penuh daripada pelbagai pihak.
13 comments
Alhamdulillah...tahun depan insyaallah SA nak join 1 bahagian untuk ibadah korban...kat area rumah SA ni 1 bahagian RM850...
BalasPadamAlhamdulillah...semoga ibadah korbannya diterima Allah..
BalasPadamDekat kampung linda tahun nie masih harga RM750 utk 1 bahagian.
Semoga ada rezeki untuk berkorban tahun hadapan..aamin
Selamat merayakan hari raya haji kak Amie 😍😍😍. Walau tanggal raya kita berbeda, tapi insyaallah jadi pembelajaran ttg makna berkorban yg sesungguhnya yaa.
BalasPadamDan semoga kurban2 sapi, kambing , atau kerbau yg dilakukan, bisa tersalurkan ke tangan yg berhak menerima. Bagus kurban utk daerah pedalaman seperti ini. Agar mereka juga bisa merasakan daging seperti yg mampu lainnya
Salam aidiladha. Alhamdulillah, selesai ibadah korbannya
BalasPadamSelamat hari raya Aidiladha.
BalasPadamSelamat hari raya Idul Adha untuk Mbak dan keluarga.
BalasPadamSemoga ibadah korbannya di terima Allah SWT.
Salam,
Salam AidilAdha kak
BalasPadamalhamdulillah selamat beribadah kurban wah sedap menu raya
BalasPadamBerkorban apa saja
BalasPadamHarta ataupun nyawa
Itulah kasih mesra
Sejati dan mulia
Alhamdulillah, selesai ibadah korban. Semoga diterima olehNya.
BalasPadamSeronok tengok gambar kek lapis, tersusun cantik.
Salam Aidiladha buat Kak Amie dan keluarga. Semoga segala ibadah kita diberkati dan diterima oleh Allah SWT. Alhamdulillah dapat bonda menunaikan ibadah korban haji tahun ni dan juga ibadah korban dapat dijayakan di kawasan pendalaman Sabah. Ada hikmahnya kan.
BalasPadamSalam Idul Adha kak.
BalasPadamSado lembu korban bonda tu.
Di mana jua kita buat korban, semoga Allah terima ibadah dan amalan kita.
salam aidil adha..meriah pelbagai jenis kek lapis tu
BalasPadam