Mezquita de Granada : Mosque of Granada

8:39 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Setelah menempuh perjalanan yang agak panjang, meniti jalan batu di lorong-lorong yang agak sunyi di bawah sinar cahaya lampu yang suram, akhirnya kami tiba di masjid, Mezquita de Granada. Dapatlah tambah kosa kata bahasa Sepanyol. Mezquita bermaksud mosque atau masjid.

Alhamdulillah. Syukur kepada-Nya yang mengizinkan kaki ini dapat jejak di sini.


Masjid Granada (Bahasa Sepanyol: Mezquita de Granada) ialah sebuah masjid Muslim Sunni, terletak bersebelahan dengan Plaza San Nicholas di daerah Albaicin di Granada, Sepanyol. Masjid ini merupakan masjid pertama yang dibina di bandar itu sejak 1492, apabila penaklukan Granada oleh Ratu Isabella I dari Castile dan Raja Ferdinand II dari Aragon. 

Pembinaan masjid telah dimulakan oleh masyarakat Islam tempatan pada tahun 1980-an. Pengumpulan dana, terutamanya dari luar negara, dan dengan sokongan tempatan, mengambil masa bertahun-tahun dan pembinaannya sehingga akhir 1990-an, dengan sokongan kewangan daripada Sultan bin Muhammad Al-Qasimi, Emir Sharjah dan Raja Hassan II Maghribi. Masjid ini dibuka pada musim panas 2003. 

Bangunan masjid ini direka dengan motif tradisional Muslim Moor. Kompleks bangunan ini terdiri daripada surau, taman dan pusat pengajian Islam dengan perpustakaan, dewan persidangan, ruang pameran, kedai buku dan ruang resepsi. Namun begitu Amie tidak dapat merakam gambar kesemua suasana disebabkan waktu malam dan persekitaran yang agak gelap.


Pembukaan Mezquita de Granada pada musim panas 2003 menandakan satu peristiwa bersejarah, mewakili pemulihan ikatan yang hilang dan menandakan kesinambungan, selepas 500 tahun terhenti setelah kejatuhan tamadun Islam.


Langit biru tanpa bintang menyambut kedatangan kami pada malam itu.



Rakaman video di pintu masuk Mezquita de Granada.




Rakaman di dalam masjid dari ruang solat jemaah wanita.


Malam itu kelihatan beberapa rombongan menziarahi masjid, dan kesemuanya dari negara lain. Kami juga sempat berbual dengan tiga orang pelajar lelaki dari negara kita yang belajar di Sepanyol, dan  berkunjung ke masjid ini.

Mezquita de Granada - Sumber : Google


Mezquita de Granada terdiri daripada tiga elemen berbeza iaitu taman, dewan solat, iaitu sasjid itu sendiri, dan Pusat Pengajian Islam. Tamannya menghadap ke lembah Sungai Darro dan Gunung Sabika, di atasnya berdiri Alhambra. Latar belakangnya ialah puncak Sierra Nevada. Masjid ini telah dihias dengan unsur-unsur murni yang dipinjam daripada tradisi dunia Islam. Mihrab, yang menandakan arah solat ke arah Mekkah, adalah replika Masjid Cordova. Panel kayu cedar Atlas, diukir tangan mengandungi ayat al-Quran yang menamakan beberapa sifat ketuhanan.

Panel marmar dengan warna yang berbeza adalah sama dengan yang terdapat di Masjid Al Aqsa di Baitulmaqdis. Tingkap kiblat yang besar ditiru daripada tingkap Masjid Biru di Istanbul. Air pancut dan mozek di halaman yang menghala ke dewan solat itu dibuat oleh tukang dari Fez, yang telah mengekalkan reka bentuk dan teknik yang sama yang digunakan di Granada Muslim seribu tahun yang lalu.


Inilah sahaja paparan sedikit gambar-gambar yang mampu Amie kongsi sepanjang kunjungan ke Mezquita de Granada.

Tersergamnya Masjid Granada yang mendapat sentuhan bantuan kewangan Malaysia, UAE, Maghribi dan Libya ini amat menarik kerana ia didirikan di lot bertentangan dengan Alhambra. Ia seolah-olah menantikan semula saat-saat kegemilangan Alhambra yang jatuh pada 1492 masihi. Masjid Granada adalah dibuka untuk semua termasuk bukan Islam khususya kepada pelancong, penyelidik, guru-guru, grup universiti dan sekolah. Selain sebagai pusat dakwah, Masjid Granada memainkan fungsi utama sebagai tempat beribadah, menjadi hati nurani masyarakat dan pusat interaksi masyarakat yang lebih bermakna. Masjid Granada aktif dengan pelbagai aktiviti bermanfaat termasuklah menganjurkan The International Encounter “ISLAM IN EUROPE” pada setiap kali tiba musim panas. Masjid Granada mencipta sejarah apabila menjadi salah satu anggota yang menubuhkan European Muslim Union (EMU) yang amat berperanan di Eropah.

Masjid Granada telah dibuka secara rasminya pada 10 Jamadilawal 1424 Hijrah bersamaan 10 Julai 2003 disaksikan ribuan mata umat Islam yang datang dari pelbagai pelosok dunia termasuk wakil Malaysia. Turut tidak ketinggalan ialah kehadiran Datuk Bandar Granada iaitu Mr. Jose Torres Hurtado. Masjid Granada memakan masa selama 21 tahun untuk disiapkan selepas melalui sesi ujian yang getir iaitu penentangan daripada masyarakat setempat. Namun ketentuan Allah telah mengatasi segalanya.

Untuk lanjut, bolehlah baca di sini: Pagi Nan Indah di Kota Granada.


Sekarang kami hendak meninggalkan masjid dan menelusuri kembali lorong-lorong yang berliku.










Singgah beli air mineral di kedai runcit.

Pokok limau dengan buahnya menjadi hiasan jalan.

Masih lagi berjalan di atas laluan refleksologi!



Kami terus menaiki bas untuk menuju ke hotel. Malam itu kami daftar masuk di Hotel Abades Loja. Sempat melihat jumlah langkah pada hari tersebut. Memandangkan tidak banyak aktiviti kerana naik feri dari Morocco menyeberangi Selat Gibraltar, jumlah langkah kaki hanya 6346 sahaja, iaitu 4.79 km dan sebanyak 226 kcal terbakar.


Sebelum melelapkan mata, sempat pula melihat bacaan suhu pada malam itu iaitu 3'C.


Seperti biasa, bangun seawal pukul 4 pagi dan bacaan suhu mencapai 1'C! Nampaknya Sepanyol jauh lebih sejuk berbanding Morocco.


Dan pagi itu, buat pertama kalinya dapat merasakan kedinginan di bawah suhu 0"C!

4 comments

  1. Lalu kami pun dapat belajar kosa kata baru juga, Mezquita. Lama sudah masjid ni dibina, lagi 5 tahun dah 5 dekad. Agak jenuh juga tu nak berjalan atas laluan refleksologi hampir seluruh perjalananan. Yang macam batu-bata tu okay lagilah. Tapi tak apa, itu semua bakal jadi kenangan indah. Dapat juga peluang dan rezeki jejak kaki di masjid ni. Uishh sejuk yakmat tu kak Amie.

    BalasPadam
  2. Birunya langit waktu malam. Cantik.

    Lebatnya buah limau, kita tak biasa nampak jadi rasa geram tengok.

    Fuh...sejuk tu 0°.

    BalasPadam
  3. Sukaa melihat dinding dari bata yg dicat putih begini.. lumayan lamaaa ya kak pembangunan sampai akhirnya dibuka. Apalagi Krn ditentang masyarakat setempat.

    Di mana2 yg namanya minoritas sering sekali mengalami begini.

    Kdg saya pikir memang tak adil. Tapi saya teringat, di Indonesia pun sering terjadi. Saat ada gereja hendak dibangun, ntah kenapa banyak masyarakat yg muslim tak setuju. Mereka bilang kristenisasi lah. Padahal dipikir2, yg namanya mayoritas itu memang selalu ingin berkuasa 😔. Sampai lupa dengan toleransi. Di manapun lah.

    Suhunya sampai drop, saya sukaaa cuaca dingin beginiii 😍😍. Rindu juga nak traveling saat winter

    BalasPadam
  4. Cantik masjidnya lain binaan dari masjid yg biasa kita jumpa di Malaysia. Geram tengok pokok oren sepanjang jalan tu kak... agak-agak sedap tak buahnya ye. Suhu turun tu kalau dana mau tetiba mengigil , hujan seharian pun dana tak tahan ini kan pulak sesejuk itu.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe