Salam Aidil Adha 2025

5:40 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selamat menyambut Hari Raya Korban 2025.


Kelmarin, Wak Aton kongsikan gambar Bonda melihat lembu korbannya di masjid. Alhamdulillah, pagi tadi sempurnalah hasrat Bonda dan semoga diterima oleh-Nya.

Kami sekeluarga hanya menyediakan juadah seadanya untuk dijamah selepas solat sunat Aidil Adha. Amie hidangkan:
  • Kari Ayam
  • Daging Masak Hitam Sarawak
  • Sambal Kuah Kacang
  • Sayur Masak Lodeh
  • Nasi Himpit
  • Nasi Goreng Minyak Sapi
  • Serondeng Ikan (beli)

Nasi himpit dan lauk-pauk seadanya.


Hidangan pagi raya dimeriahkan dengan pelbagai jenis Kek Lapis Sarawak.


Ketika sedang menjamu selera, Amie terima mesej bergambar. Alhamdulillah, penyertaan ibadat korban di pedalaman Sabah telah dilaksanakan. Sejak berbesan dengan bapa Aseeyah, banyaklah info yang Amie perolehi mengenai kerja-kerja kebajikan Pertubuhan Kadazan Dusun Murut Muslim Se-Malaysia. Beliau merupakan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif KDMRS Muslim dan salah satu tugasnya sudah tentulah menyantuni mualaf di seluruh Sabah (Malaysia). Kiranya daging korban ini dikhususkan kepada mualaf di pedalaman Sabah sebagai penerimanya.

Kali ini nama kita bersama penama lain berada di kawasan Tenom.


Semoga usaha murni KDMRS Muslim untuk menyantuni setiap mualaf di pedalaman Sabah sentiasa mendapat sokongan penuh daripada pelbagai pihak.


13 comments

  1. Alhamdulillah...tahun depan insyaallah SA nak join 1 bahagian untuk ibadah korban...kat area rumah SA ni 1 bahagian RM850...

    BalasPadam
  2. Alhamdulillah...semoga ibadah korbannya diterima Allah..
    Dekat kampung linda tahun nie masih harga RM750 utk 1 bahagian.
    Semoga ada rezeki untuk berkorban tahun hadapan..aamin

    BalasPadam
  3. Selamat merayakan hari raya haji kak Amie 😍😍😍. Walau tanggal raya kita berbeda, tapi insyaallah jadi pembelajaran ttg makna berkorban yg sesungguhnya yaa.

    Dan semoga kurban2 sapi, kambing , atau kerbau yg dilakukan, bisa tersalurkan ke tangan yg berhak menerima. Bagus kurban utk daerah pedalaman seperti ini. Agar mereka juga bisa merasakan daging seperti yg mampu lainnya

    BalasPadam
  4. Salam aidiladha. Alhamdulillah, selesai ibadah korbannya

    BalasPadam
  5. Selamat hari raya Idul Adha untuk Mbak dan keluarga.
    Semoga ibadah korbannya di terima Allah SWT.

    Salam,

    BalasPadam
  6. alhamdulillah selamat beribadah kurban wah sedap menu raya

    BalasPadam
  7. Berkorban apa saja
    Harta ataupun nyawa
    Itulah kasih mesra
    Sejati dan mulia

    BalasPadam
  8. Alhamdulillah, selesai ibadah korban. Semoga diterima olehNya.
    Seronok tengok gambar kek lapis, tersusun cantik.

    BalasPadam
  9. Salam Aidiladha buat Kak Amie dan keluarga. Semoga segala ibadah kita diberkati dan diterima oleh Allah SWT. Alhamdulillah dapat bonda menunaikan ibadah korban haji tahun ni dan juga ibadah korban dapat dijayakan di kawasan pendalaman Sabah. Ada hikmahnya kan.

    BalasPadam
  10. Salam Idul Adha kak.
    Sado lembu korban bonda tu.
    Di mana jua kita buat korban, semoga Allah terima ibadah dan amalan kita.

    BalasPadam
  11. salam aidil adha..meriah pelbagai jenis kek lapis tu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe