Makan Malam di Hotel Tanger Med

2:32 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Catatan 05 Februari 2025 bersamaan hari Rabu.
Dari Fez kami meneruskan perjalanan singgah di Chefchaouen iaitu City Blue of Morocco. Selepas solat jamak di Chefchaouen kami bertolak ke Tangier untyk daftar masuk Hotel Tanger Med yang terletak di Tanger - Tetouan Region.

Setelah daftar masuk dan mengambil kunci, kami terus menuju ke dewan makan untuk makan malam. Selesai makan malam barulah kami masuk ke bilik masing-masing.


Ruang makan kelihatan luas, kemas dan selesa.


Sebelum itu, Amie hendak kongsikan beberapa keping gambar yang sempat diambil dari dalam bas sepanjang perjalanan dari Chefchaouen ke Tangier. Gambar-gambar di bawah ini merupakan gambar pemandangan terakhir waktu kala petang di Morocco sebelum kami berangkat ke Sepanyol keesokan paginya.


Semakin jauh Chefchaouen ditinggalkan, warna-warna biru juga semakin berkurangan.

Nun di bawah awan petang warna kelabu, di situlah petempatan penduduk di sini.



Selamat tinggal ladang zaitun dan ladang argan.

Belanja video pemandangan dari dalam bas.


Awan tebal seakan-akan hendak jatuh menutupi bukit-bukau dan gunung-ganang.




Menjelang senja kami tiba di Tangier. Tangier merupakan sebuah pelabuhan Maghribi di Selat Gibraltar dan menjadi pintu masuk strategik antara Afrika dan Eropah sejak zaman Phoenicia.


Sempat melihat bacaan suhu sewaktu di dalam perjalanan menghampiri Tangier. Suhu pada petang itu 14'C. Alhamdulillah, masuk ke ruang lobi hotel rasa selesa dan tidak berasa sejuk.


Jom masuk ke ruang makan.


Apabila badan berada letih, selera makan pun berkurangan. Apa pun perut perlu diisi supaya tidak meraung di waktu malam. Mari kita lihat apa hidangan yang disediakan di hotel ini.


Ada pelbagai jenis salad.







Nasi pun ada. Rupa seperti nasi goreng tetapi bukan. Nasinya beraroma dan berasa tapi tak tahu apa namanya.






Sudah selesai makan baru teringat untuk ambil gambar buah. Seperti biasa, buah-buahan seperti epal tidak dipotong. Ambillah sebiji.


Bismillah.

Tak ambil nasi, makan kentang goreng sahaja.

Cuba semangkuk sup, tapi tak ingat dah apa rasanya.


Inilah yang paling sedap! Hirisan biah limau siap bubuh serbuk prune!Tak puas makan dua hiris, ambil lagi berhiris-hiris.

Buah epal ini tak sempat dimakan, jadi masukkan saja dalam beg sandang. 

Alhamdulillah. Perut sudah kenyang. Jom masuk bilik 308 Hotel Tanger Med.


7 comments

  1. Tempat cantik, makanannya menyelerakan. Jauh perjalanan, luas pengalaman. Kami pun seakan berada di sana bila membaca blog Kak Amie.

    BalasPadam
  2. Nampak selesa ada ruang jarak meja yang agak jauh juga tu. Permandangan yang luar biasa terutamanya ladang zaitun dan ladang argan tu. Suka tengok hidangan menu-menu dia. Bersih, kemas dan nampak tersusun. Kita tengok pun berselera makan, tambah lagi tengah lapar badan dah penat.

    BalasPadam
  3. adeh... kecur nengok buah limau tu.
    Senang juga buah epal tidak dipotong. Boleh jadi snek bila² masa.

    BalasPadam
  4. Menarik juga menu2 yang disediakan tu.

    BalasPadam
  5. Ternyata masih banyak hotel yg memakai kunci biasa ya kak. Saya pikir negara2 dah banyak mengamalkan kunci digital di kamar hotel mereka.

    Foto2 awan di atas, betul2 memanjakan mata. Bagai nak jatuh menutupi bumi 😍😍.

    Lalu buah2nya mereka, Masya Allah, nampak segar. Saya tertarik juga lihat jeruk yg dikasih bubuk prune kak 😍😍😍. Pasti sedaaap.

    BalasPadam
  6. Cantik view bukit-bukau di sana... buah epal tu knp ada bintik² kak?

    BalasPadam
  7. Subhanallah .cantiknya view kat atas tu...terpaut hati melihatnya ..kalau tengok berdepan agaknya lagi cantik

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe