Jumpa Nasi di Restaurante Encuentro Familiar, Algeciras España
8:38 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Ketibaan kami di pelabuhan Tarifa disambut oleh tour guide yang sudah sedia menunggu kami. Alhamdulillah, tour guide sepanjang berada di Sepanyol dan Portugal merupakan seorang wanita berasal dari Indonesia iaitu Puan Watie. Seronok sangatlah kami kerana dapat bertemu dengan rakan dari negara jiran, seagama dan serumpun bangsa. Pemandu bas kami pula seorang lelaki warganegara Sepanyol.
Ketibaan kami di pelabuhan Tarifa disambut oleh tour guide yang sudah sedia menunggu kami. Alhamdulillah, tour guide sepanjang berada di Sepanyol dan Portugal merupakan seorang wanita berasal dari Indonesia iaitu Puan Watie. Seronok sangatlah kami kerana dapat bertemu dengan rakan dari negara jiran, seagama dan serumpun bangsa. Pemandu bas kami pula seorang lelaki warganegara Sepanyol.
Setibanya di Algeciras, kami terus menuju ke Restaurante Encuentro Familiar untuk melayan perut yang sedang lapar. Maklum sahajalah, suhu sejuk dan kebetulan pula kami perlu berjalan agak jauh dari bas, jadi tidak bolehlah perut dibiarkan lama berdendang sayang!
Hidangan tengah hari : Nasi & Kebab Maghribi |
Hidangan di sini merupakan gabungan kulinari tradisional Maghribi dan Mediterranean.
Sebelum menikmati hidangan tengah hari, Amie kongsikan dahulu beberapa keping gambar yang Amie rakam sepanjang berjalan kaki dari bas menuju ke restoran.
Nampak lengang sahaja suasana di sini.
Di sana sini kelihatan pokok palma yang tinggi-tinggi ditanam bersusun di sepanjang jalan.
Bas kami berwarna biru.
Di kawasan ini terlihat perbezaan pokok-pokok jalanan. Entah pokok apa namanya. Yang pasti di musim sejuk, memang cerondol tinggal ranting saja.
Nampak bersih kan?
Di sinilah kami singgah makan.
Syukur seribu syukur! Restoran bertanda halal menyambut kedatangan kami.
Di atas meja sudah terhidang roti dan buah epal.
Buah epal. |
Dalam entri lepas: MAKAN MALAM DI HOTEL TANGER MED,
Mira dari KAKMIM.COM tanya : Kenapa buah epal ada bintik-bintik?
Agaknya memang jenis epal ada bintik-bintik kot. Kalau di tempat kita, semua epal licin mulus kulitnya kan.
Epal ini manis bersari. Apabila dipotong, meleleh pula jusnya. Wangi baunya.
Makan sebiji epal dengan pisang memang boleh mengenyangkan perut!
Sementara menunggu nasi sampai ke meja, tinjau-tinjau dahulu jenis-jenis salad yang ada di sini.
- Ensalada de la casa
- Ensaladilla Rusa Grande
- Ensalada Mixta
Ada kicap dan mayonis, kiranya pengganti sambal belacan ... ahaks!
Air Mineral. |
Inilah hidangan makan tengah hari kami. Ada nasi, kebab kambing, daging dan kebab ayam. Kebab yang merupakan makanan ruji orang Morocco ini biasanya diperap dengan rempah dan herba seperti jintan, paprika, pasli, dan ketumbar.
Nasinya pula kelihatan seperti tidak berapa tanak seperti nasi kita, tetapi memang beginilah kebanyakan nasi yang kami temui sepanjang kembara di Morocco, Sepanyol dan Portugal.
Bismillah. |
Alhamdulillah. |
Selepas makan, kami bergambar kenangan.
Selepas itu kami menapak menuju ke bas dan menuju ke destinasi seterusnya.
Algeciras ialah sebuah bandar di Sepanyol dalam wilayah Cádiz, Andalusia. Terletak di hujung selatan Semenanjung Iberia, berhampiran Selat Gibraltar, ia adalah bandar terbesar di Teluk Gibraltar (Bahasa Sepanyol: Bahía de Algeciras).
Ketika berada di dalam bas, kami masih boleh menyaksikan pemandangan Pelabuhan Algeciras yang merupakan pelabuhan terbesar di Eropah dan dunia dalam tiga kategori: kontena, kargo dan pemindahan penghantaran.
Dari celah-celah pokok palma, masih dapat dilihat kawasan Pelabuhan Algeciras.
29 comments
Nasi tu macam paella rasanya, memang macam tak masak. Makanan especially salad tu sedapnya macam2 ada. Kebab pun sedap.
BalasPadamYa, ikut jenis berasa dan cara masakannya juga kan. Nampak macam tak masak sebab tak tanak macam nasi kita, tapi sebenarnya masak.
PadamUwaaaah TG nya orang Indonesia ya kak. Dah lama berarti dia tinggal sana yaa.
BalasPadamNaah betuuul, stiap kali saya traveling pas winter, pasti bawaan cepet lapaaar 🤣🤣. Makanan saja yg ada hahaha. Tp memang pernah terbaca, energi kita lebih cepat habis saat winter drpd summer.
Sukaaa lah dengan tempatnya.. sejuk, makanan pun keliatannya enak. Walaupun harus coba dulu 😄
Kalo apel berbintik, saya rasa kalo warna kuning macam nih memang cendrung berbintik. Sama kayak buah pear yg kulitnya kuning, kan juga bintik2 yaa
Kalo aneka salad terhidang, dipastikan saya akan makan salad nya dulu kak. Memang selaku saya usahakan makan banyak sayur tiap traveling, supaya pencernaan lancar 😄. Tapi jenis nasi mereka ntahlaah saya juga kurang seberapa suka yg model begitu. Cuma namanya juga beda daerah, beda jenis beras kan 😁. Makan sajalah , yg penting sehat selama traveling
Mbak Watie berhijrah ke Sepanyol sejak 1998. Katanya bosan duduk di rumah dan anak sudah besar, jadi Mbak Watie memilih untuk jadi tour guide.
PadamOoo, benarlah kalau perut cepat lapar disebabkan musim sejuk. Patutlah habis licin semua makanan yang dihidang... ahaks!
Ya, betul tu. Saya pun akan memilih salad untuk dijamah dahulu. Memang saya pun biasanya kalau hendak makan nasi, hanya ambil sedikit sahaja.
Kalau sejuk sejuk ni memang perut sentiasa mintak makanan. Wah untung juga berjalan dapat tengok permandangan sepanjang jalan yang cantik. Baru tahu ada epal begitu. Rare warnanya dan ada bintik bintik. Macam buah lai pulak. Perut tengah lapar dapat pulak jamu sedap-sedap, senang hati. Licin pinggan.
BalasPadamIstimewanya buah epal di sini terserlah aromanya. Mungkin masih segar, baru dipetik dari ladang.
Padambestnya daging cucuk cucuk tu... nasi dia tu nampak melekit lekit.. manis ke tu?
BalasPadamNasi tu tak manis. Nasi beraroma tu, tapi tak berapa pasti guna rempah apa.
PadamCantik langit biru je.... nampak sedap semua pilihan makanan dia tu kak,nampak pelbagai jenis . Dana baru nak tanya kenapa epal dia mcm buah pear kuning je rupa kulitnya.
BalasPadamDi sini memang selalu jumpa epal warna kuning. Ada bintik-bontik dan saiz besar pula.
Padammakan sebijik mesti puas makan tu
Padamepal kuning xpernah tengok lagi pohon kurma tinggi melayup tengah bandar
BalasPadamRasanya yang melayup- tinggi tu jenis pokok palma, tapi bukan kurma.
PadamAlhamdulillah TG nya warga Indonesia, mudah komunikasinya...
BalasPadamnaseb baik ada nasi juga...
Alhamdulillah.
PadamOrangnya sangat peramah, memang mudahlah kami berkomunikasi, asal serumpun bangsa.
semoga sy diberikan rezeki utk melancong ke sana. Aamiin...
BalasPadamIn syaa Allah.
PadamMudah-mudahan ada rezekinya tu.
Buah epal dia macam pear dekat sini ya bentuk dan warna. seronok berjalan dapat pula TG satu rumpun mudah la urusan komunikasi semua. Alhamdulillah
BalasPadamSetakat ini jarang jumpa buah epal selain hijau dan kuning. Mungkin memang di sini banyak ladang epal jenis begini.
Padamwaahhhh bersyukur sgt bila berada di luar negara & jumpa restoran yg berstatus halal, terasa hilang penat berjalan hehehe
BalasPadamAlhamdulillah.
PadamHalalan toiyyiban.
Warna 'bitu' pun warna 'bitu' lah... janji uncle faham... hehehehe
BalasPadamHahahaa.... terima kasih Uncle. Saya sudah betulkan ejaan.
PadamSenanglah bila tour guide nya boleh bercakap bahasa yg sama dgn kita kan. Lagi2 muslim, mesti lagi tau tmpt makan halal yg sedap, masjid2!
BalasPadamYa lah nasi nya mcm tak masak sangat. Nasi tu rasa berempah ke?
Ya, nasi berempah tu tapi taklah kuat sangat rasa rempahnya, menu tradisional Morocco.
PadamSA berkenan betul dengan epal kuning tu..ada dijual di pasaraya besar2 kat KL..tapi mahal la harganya..2 biji sampai RM39.90..macam x berbaloi nak beli
BalasPadamLicin pinggan. Mesti sedap, nasi dan kebab.😋
BalasPadamPemandangan cantik dan bersih je.
Wah ada orang Indonesia yang jadi tour guide ya Mbak. Syukurlah ketemu TG yang serumpun.
BalasPadamSenangnya ketemu nasi kebab disana Mbak, apalagi perut sedang lapar, pasti sedap dan bikin kenyang.
Selamat melanjutkan perjalanan tour Mbak.
Salam,
Tak dapat sambal belacan, ketchup pun jadilah... buat masam-masam. Kalau dapat chilli lagi ngam tu. Ada rupanya ya epal kuning. Menarik sekali.
BalasPadam