Daftar Masuk Hotel Tanger Med
10:26 PGBismillahirrahmanirrahim.
Kalau ikutkan hati hendak terus masuk bilik dan berehat. Namun begitu kena ingat perut dan jaga perut. Isi dahulu tangki yang kosong supaya tidak masuk angin. Selepas isi perut, buru-buru masuk bilik. Bersihkan diri, solat jamak dan terus rebahkan badan atas katil. Bismika Allahumma ahya wa bismika amuut.
Ruang menunggu di lobi hotel. |
Malam itu, bagi makan HP seadanya sahaja. Teringat tour leader pesan sewaktu kami jalan-jalan ke Balkan tahun 2024 : Masuk bilik hotel ambil gambar. Kalau ada apa-apa masalah seperti tuduhan kerosakan, kehilangan dan sebagainya, boleh tunjukkan gambar sebagai bukti.
Bilik 302 Hotel Tanger Med |
Kali ini hanya disediakan sebuah katil sahaja, kongsi berdua dengan Kamsiah. Dalam almari dengan rak terbuka, disediakan dua helai selimut tebal.
Istimewanya di kiri dan kanan katil dihamparkan sebuah permaidani kecil. Ini memudahkan kami untuk menunaikan solat.
Walaupun letih tetapi rasa gembira sebab setiap hari dapat makanan sedap dan boleh beli makanan yang dijamin halal. Maklumlah Maghribi penduduk majoritinya beragama Islam.
Memang rasa seronok jalan-jalan di Maghribi tetapi apabila masuk hotel, tandas yang disediakan tidaklah seperti di negara kita.
Selalulah jumpa bidet : [bi.dét] | بيديت. Definisi : (bidét) sj besen rendah yg boleh diisi air utk membasuh bahagian kemaluan dan punggung. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Bidet adalah perkataan pinjaman Perancis-Inggeris yang bermaksud binaan basin khas yang ditempatkan bersebelahan dengan mangkuk tandas. Ia digunakan untuk membasuh anggota sulit setelah selesai menggunakan tandas. Bidet digunakan untuk membersihkan kemaluan anda selepas anda menggunakan tandas - Google.
Wokey! Lupakan tentang bidet, yang penting dapat bersihkan diri dan rasa selesa untuk memejamkan mata.
Sebelum tidur, sempat melihat bacaan suhu pada malam itu iaitu 14'C dan siap ada catatan di bawahnya bahawa esok suhu terik 17'C. Wah, terik panaslah itu? Kalau di tempat kita 17'C itu sudah cukup sejuk!
Sudah cukup rehat, sudah kembalikan tenaga sepanjang malam. Sekarang sudah bersiap untuk turun bersarapan dan kemudian sambung perjalanan.
Selamat Pagi Tangier! |
5 comments
Alamak...bab toilet takde bidet ni yang masalah ni...paling suka..
BalasPadamYang penting biliknya bagi keselesaan pada kita. Masalah besar tu kalau tak ada bidet. huhu...tapi bilik airnya bersih. Sejuk sejuk tu rasa seronok kalau dapat berehat tidur lama charge energy. Barulah segar bangun esok paginya tu.
BalasPadamSejak temen saya ada yg dituduh mengambil gelas di salah satu hotel Indonesia, saya memang dari awal akan masuk hotel akn buat video kak. JD kliatan dr awal masuk kamar sampai saya dokumentasikan semua barang. Baru setelah itu foto. JD mereka tak bisa menyalahkan lagi.
BalasPadamHahahah bidet klasik yg menyusahkan yaa. Saya pun tak suka model begini. Tapi okelah, drpd tak ada bidet samasekali hahaha
Suhu 17 di negara kita dah bagai sejuk sangaaat. Hanya daerah pegunungan yg segitu suhunya 🤣
Cantik bersih kemas hotel nya.
BalasPadamkihkih.. Cameron Highland pun tak sampai 17'C
BalasPadamMemang nyaman lah kalau jalan-jalan suhu nya gitu.