Jalan-Jalan ke Kasbah dan Singgah di Pasar Tradisional Chefchaouen

12:17 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Mari ikut kami jalan-jalan di sekitar Blue City. Warna biru sentiasa memberi ketenangan bukan sahaja kepada penduduk Chefchaouen tetapi juga kepada para pengunjung yang datang. Namun begitu tidaklah semua tempat dapat kami lawati. Di pasar ini sahaja, kami banyak habiskan masa memilih dan membeli cendera kenangan. Memandangkan esoknya kami akan ke Sepanyol, jadi inilah masanya kami rebut peluang untuk berbelanja dan menghabiskan Moroccan Dirham di Maghribi.

Apabila banyak masa digunakan untuk memilh dan tawar-menawar, akhirnya tak dapatlah bergerak ke banyak tempat. Di pasar ini banyak hasil tenunan yang halus, pakaian tradisional dan barangan kraf tangan yang lain. Istimewanya di sini barangan kraf tangan tidak dijual di tempat lain. Namun begitu, sampai masa yang ditetapkan terpaksalah kami kembali semula ke tempat berkumpul. 


Dalam entri sebelum ini Amie paparkan gambar-gambar sebahagian perjalanan lawatan ke Kasbah Chefchaouen. Bagaimanapun, waktu yang singkat tidaklah dapat meneroka sepenuhnya keindahan dan keunikan panorama di seluruh kota dan pergunungan di sekitarnya. Di kesempatan dalam kesempitan ini dapatlah juga melihat-lihat deretan kedai kraf tempatan

Di bawah ini Amie kongsikan beberapa keping gambar yang dipinjam daripada Pak Google.  Apabila sibuk memilih oleh-oleh akibat rambang mata, tak dapatlah tumpukan perhatian untuk rakam gambar sekitar.






Gambar seterusnya Amie kongsikan dari galeri sendiri.



Gandingan warna di sini ialah biru dan putih.





Pasar di sini lebih terbuka, terdedah kepada sinaran cahaya matahari walaupun ketika itu musim sejuk. Ruangannya juga lebih selesa, tidak sesak seperti di pasar bandar lama yang lain. 











Selain fridge magnet, Amie beli key chain dan juga sehelai baju sejuk.



Seperti di pasar lain juga, apabila berjalan di hadapan kedai makan memang aroma yang enak menerpa di hidung. Sudah tentulah aroma tagine yang sangat terkenal itu!







Oh! Bangunan warna biru putih, langit Chefchaouen juga warna biru tanpa awan putih!


Apabila angin bertiup memang rasa sejuk, tetapi sinar matahari tetap memanah terang!















Pokok limau dengan Morocco memang berpisah tiada!


















Penat berjalan mendaki laluan, duduklah seketika melepas lelah di tepi jalan.







Wokey! Ini sahajalah gambar yang sempat dirakam. Tak sempat sampai ke puncak sanun sebab sudah cukup masa untuk ke pintu keluar.








Sekian.
Perkongsian kali ini penuh dengan warna biru sahaja.

9 comments

  1. Biru mata hitam ku melihat serba biru tapi menawan semuanya

    BalasPadam
  2. Terang benderang warna birunya. Mahu habis bateri handphone kalau datang sini. Semua sudut dan tempat menarik untuk dipotretkan. Paling cantik di tangga dan dinding biru tu. Seronok jalan-jalan di sini. Sourvenir rare tu buat kita ralit nak membeli. Okay lagilah kat sini selesa sikit nak berjalan dan shopping, luas sikit ruang dia.

    BalasPadam
  3. Cantiknya Blue City. Setiap sudut nya cantik dengan hasil senibina, dekorasi, mainan warna dan semua lah. Moga kami sampai sana nanti.

    BalasPadam
  4. Cantiknya market dia, sangat instagrammable! Biru2 mcm kat santorini pulak

    BalasPadam
  5. Melihat ini semua, saya dah bayangkan kalo kesana nanti nak pakai baju warna apa. Yg Pasti bukan biru 😂😂. Nanti menyatu pula dengan dinding 🤭🤭.

    BalasPadam
  6. Cantiknya kombinasi warna biru dan putih. Rambang mata banyak barang-barang menarik

    BalasPadam
  7. Memang sesuai dengan namanya Blue City terlihat memang dominan warna biru disana ya Mbak.
    Btw, Mbak belanja apa saja disana?

    Salam,

    BalasPadam
  8. tak puas melihat gambar-gambar yang dikongsikan. kedai dan pasar sama cantik. kalau leka memang ralit membeli

    BalasPadam
  9. Cantik sungguh Blue city..Kak Amie shopping x kat sini?

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Sarawak ~Saudi Arabia ~Selangor ~Sepanyol (Algeciras - Granada - Cordova - Seville - Toledo - Madrid) ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Sumber Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe