Bismillahirrahmanirrahim.
Mari ikut kami jalan-jalan di sekitar Blue City. Warna biru sentiasa memberi ketenangan bukan sahaja kepada penduduk Chefchaouen tetapi juga kepada para pengunjung yang datang. Namun begitu tidaklah semua tempat dapat kami lawati. Di pasar ini sahaja, kami banyak habiskan masa memilih dan membeli cendera kenangan. Memandangkan esoknya kami akan ke Sepanyol, jadi inilah masanya kami rebut peluang untuk berbelanja dan menghabiskan Moroccan Dirham di Maghribi.
Apabila banyak masa digunakan untuk memilh dan tawar-menawar, akhirnya tak dapatlah bergerak ke banyak tempat. Di pasar ini banyak hasil tenunan yang halus, pakaian tradisional dan barangan kraf tangan yang lain. Istimewanya di sini barangan kraf tangan tidak dijual di tempat lain. Namun begitu, sampai masa yang ditetapkan terpaksalah kami kembali semula ke tempat berkumpul.
Dalam entri sebelum ini Amie paparkan gambar-gambar sebahagian perjalanan lawatan ke Kasbah Chefchaouen. Bagaimanapun, waktu yang singkat tidaklah dapat meneroka sepenuhnya keindahan dan keunikan panorama di seluruh kota dan pergunungan di sekitarnya. Di kesempatan dalam kesempitan ini dapatlah juga melihat-lihat deretan kedai kraf tempatan
Di bawah ini Amie kongsikan beberapa keping gambar yang dipinjam daripada Pak Google. Apabila sibuk memilih oleh-oleh akibat rambang mata, tak dapatlah tumpukan perhatian untuk rakam gambar sekitar.
Gambar seterusnya Amie kongsikan dari galeri sendiri.
Pasar di sini lebih terbuka, terdedah kepada sinaran cahaya matahari walaupun ketika itu musim sejuk. Ruangannya juga lebih selesa, tidak sesak seperti di pasar bandar lama yang lain.
Selain fridge magnet, Amie beli key chain dan juga sehelai baju sejuk.
Seperti di pasar lain juga, apabila berjalan di hadapan kedai makan memang aroma yang enak menerpa di hidung. Sudah tentulah aroma tagine yang sangat terkenal itu!
Oh! Bangunan warna biru putih, langit Chefchaouen juga warna biru tanpa awan putih!
Apabila angin bertiup memang rasa sejuk, tetapi sinar matahari tetap memanah terang!
Pokok limau dengan Morocco memang berpisah tiada!
Penat berjalan mendaki laluan, duduklah seketika melepas lelah di tepi jalan.
Wokey! Ini sahajalah gambar yang sempat dirakam. Tak sempat sampai ke puncak sanun sebab sudah cukup masa untuk ke pintu keluar.
Biru mata hitam ku melihat serba biru tapi menawan semuanya
BalasPadamTerang benderang warna birunya. Mahu habis bateri handphone kalau datang sini. Semua sudut dan tempat menarik untuk dipotretkan. Paling cantik di tangga dan dinding biru tu. Seronok jalan-jalan di sini. Sourvenir rare tu buat kita ralit nak membeli. Okay lagilah kat sini selesa sikit nak berjalan dan shopping, luas sikit ruang dia.
BalasPadamCantiknya Blue City. Setiap sudut nya cantik dengan hasil senibina, dekorasi, mainan warna dan semua lah. Moga kami sampai sana nanti.
BalasPadamCantiknya market dia, sangat instagrammable! Biru2 mcm kat santorini pulak
BalasPadamMelihat ini semua, saya dah bayangkan kalo kesana nanti nak pakai baju warna apa. Yg Pasti bukan biru 😂😂. Nanti menyatu pula dengan dinding ðŸ¤ðŸ¤.
BalasPadamCantiknya kombinasi warna biru dan putih. Rambang mata banyak barang-barang menarik
BalasPadamMemang sesuai dengan namanya Blue City terlihat memang dominan warna biru disana ya Mbak.
BalasPadamBtw, Mbak belanja apa saja disana?
Salam,
tak puas melihat gambar-gambar yang dikongsikan. kedai dan pasar sama cantik. kalau leka memang ralit membeli
BalasPadamCantik sungguh Blue city..Kak Amie shopping x kat sini?
BalasPadam