Makan Roasted Chicken Morocco with Mandy Rice di Restaurant Les Fleurs Casablanca

2:26 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Selesai urusan tukar mata wang EURO ke Moroccan Dirham, kami rasa teruja untuk segera sampai ke restoran. Sebenarnya mata wang EURO pun boleh digunakan untuk urusan membeli di Morocco. Kedua-dua mata wang boleh digunapakai. Kalau habis mata wang dirham, boleh gunakan EURO pula. Kiraannya pun mudah. Pada masa ini 1 EURO bersamaan dengan 10 Moroccan Dirham.

Kami berjalan kaki dari pusat penukaran wang menuju ke Restaurant Les Fleurs Casablanca. Permukaan jalan masih kelihatan basah dek hujan.

Roasted Chicken Morocco with Mandy Rice


Kombinasi warna jingga di Restaurant Les Fleurs menarik perhatian untuk terus mendekatinya.



Besar juga restoran ini!


Kami berjalan ke pintu masuk yang terletak di bahagian hujung restoran.



Selamat Datang ke restaurant Les Fleurs Casablanca.
Jom masuk ke dalam.


Suasana sebahagian ruang makan di tingkat bawah.
Kami dijemput naik menaiki tangga menuju ke tingkat atas.


Mata tertarik dengan hiasan dalaman di restoran ini. Jadi, kita bagi makan HP terlebih dahulu.... ahaks!


Antara hiasan dalaman yang terletak di pelbagai sudut ialah kendi. Mungkin kendi ukiran tembaga.



Gambar atas dan bawah adalah sebahagian daripada tempat makan yang disediakan untuk kami. Yang duduk di tepi tingkap bolehlah melihat pemandangan di luar dan di bawah.



Wajah teruja buat pertama kali duduk di tempat makan Moroccan style. Memang nampak letih tapi tak dapat sembunyikan keterujaan berada di sini.


Sementara menunggu hidangan tiba di meja, sempat bagi makan tambahan untuk HP. Apalagi kalau bukan rakam gambar kendi yang pelbagai bentuk.


Cantikkan?



Jom kita lihat apa yang dihidangkan di atas meja selain air mineral.

Kesra : Moroccan Flat Bread


Setiap seorang dihidangkan dengan sepinggan salad. Di tengah-tengahnya ada sejemput nasi seakan-akan nasi goreng. Jom kita kira berapa jenis bahan dalam pinggan:
  • Timun
  • Lobak Merah
  • Kentang
  • Tomato
  • Telur
  • Ubi Bit Merah
  • Nasi
  • Buah Zaitun
Ooooo... meriah sungguh, warna-warni umpama taman dalam pinggan! Kentang dan lobak merah sungguh lazat, ada rasa rempah! Ubit bit pun sedap.

Entah kerana lapar atau memang salad yang dihidangkan itu cukup sempurna rasa, habislah licin satu pinggan.

Eh, tiba-tiba datang pelayan restoran angkat pinggan salad dan dihidangkan pula dengan sepinggan besar nasi dengan ayam. Tour leader beritahu menu tersebut dinamakan nasi mandy. Sepinggan nasi mandy dinikmati seramai empat orang yang memang sudah ditetapkan duduk semeja. Nasi mandy di hadapan kami agak berbeza dengan nasi mandy di tempat kita. Nasinya agak basah, dengan kata lain kurang tanak. Barangkali memang begitulah gaya masakannya.

Roasted Chicken Morocco with Mandy Rice.


Memandangkan perut sudah kenyang dengan makan sepinggan salad, jadi hanya jamah sedikit nasi mandy dan ratah sebahagian ayam panggang. Tidak ada yang usik roti! Oleh kerana tidak ada hidangan sup sebagai pencecah roti, mungkin boleh makan roti dengan ayam panggang.

Puding Karamel

Hidangan terakhir sudah tentulah pencuci mulut. Kita namakan sajalah puding karamel... ahaks!


Alhamdulillah. Syukur kepada Allah atas nikmat dan rezeki makan tengah hari yang dapat kami jamah pada hari pertama kembara kami di bumi Morocco.



Kami meninggalkan Restaurant Les Fleurs pada pukul 1:18 minit tengah hari.


Majorel Voyage sudah menunggu kami untuk meneruskan perjalanan ke destinasi seterusnya.




14 comments

  1. Kalau pergi western restaurant, kadang2 slalu order chicken moroccon rice. Taktaula rasa dia sama ke tak dgn yg asli mcm puan amie makan ni hehe

    Semua menu nampak sedap!

    BalasPadam
  2. Menarik restorannya.. Kemas dan bersih. Makanan pun nampak menyelerakan.

    BalasPadam
  3. Lawa betul restoran ni... Makanan pun sedap²...

    BalasPadam
  4. Cantiknya restoran mereka. Makanan pun nampak menyelerakan.

    BalasPadam
  5. Tak kenyang makan salad dengan nasi sejemputu tu, nasib baik dapat nasi mandhi pulak ya, Kak Amie, hihihi.

    BalasPadam
  6. Sedap hidangannya. Deco cantik sangat di Morocco tu.

    BalasPadam
  7. Dari foto memang kliatan beda dengan nasi Mandhi yg biasa ya kak. Krn saya belum merasakan yg versi Maroko jadi tak bisa bilang dulu.

    Sukaaa sangat dengan Deco restaurant ini. Aneka kendi tembaga nya pun bagus2. Penasaran itu digunakan untuk apa sebenarnya

    BalasPadam
  8. Kalau SA yg perut kecik ni rasanya x terhabis makan ni..besar portionnya kak Amie

    BalasPadam
  9. nasi mandy tu dia guna beras apa kak?

    restoran ni kalau buat majlis kawen pun dah kira mewah ni... hiasan dan deko yg ada dah ckp daa...

    BalasPadam
  10. nampak mewah kak..yang tengok ni pun dah teruja

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe