Dari Casablanca ke Medina of Marrakech

9:49 PG

Bismillahirrahmanirrahim.
Hujan renyai-renyai mengiringi Majorel Voyage meninggalkan kawasan Masjid Hassan II Casablanca menuju ke Marrakech.

Marrakesh atau Marrakech (dari bahasa Perancis), merupakan  bandar keempat terbesar dalam negara Maghribi @ Morocco dan salah satu daripada empat bandar diraja kerajaan negara tersebut yang terletak di sebelah barat kaki Pergunungan Atlas, 580 kilometer jauh barat daya Tangier, 327 km barat daya ibu kota Rabat, 239 km jauh selatan Casablanca, dan 246 km jauh timur laut Agadir.

Pemandangan di kala senja ketika Majorel Voyage memasuki kota Marrakech.

Kota ini diasaskan dalam kawasan orang Amazigh pada 1070 oleh Amir Abu Bakar ibn Umar sebagai kota pusat kerajaan Murabitun. Pembangunan kota ini diperkukuhkan dengan benteng kubu merah terkenalnya sehingga mendapat jolokan Kota Merah (ville ocre). Marrakech  berkembang pesat sebagai pusat kebudayaan, keagamaan dan perdagangan untuk rantau Maghreb dan  benua Afrika sehingga beralih kepada Fes. Ia kembali menjadi kota diraja yang dimakmurkan semula semasa zaman Kesultanan Saadiyah dari abad ke-16 serta menjadi tarikan utama sebagai tempat beberapa wali dan sarjana Islam yang terkenal di rantau utara Afrika.


Memandangkan cuaca mendung disertai dengan curahan hujan, tidaklah dapat Amie rakam pemandangan perjalanan dari Casablanca. Hanya sempat tangkap gambar ladang yang kebanyakannya masih kosong selepas digembur. Barangkali menunggu penghujung musim sejuk untuk ditanam semula. Sesekali kelihatan barisan pokok zaitun di kiri dan kanan jalan.


Pada pukul 3:30 petang, Majorel Voyage berhenti rehat di (RNR) L'escale : Istiraha Station Petrom Oum Rabii - Marrakech. Di sini kami ambil kesempatan menggunakan toilet di cafe tetapi kena faham-fahamlah, orang berbudi kita kena berbahasa. Sudah gunakan toilet secara percuma, balaslah dengan membeli makanan atau minuman di sini.... ahaks!

Ada pun toilet di sini juga sama seperti toilet di tempat lain. Tidak ada air untuk beristinjak melainkan kena bawa botol sendiri dan isi air dari sinki.

Stesen PETROM


Cafe di sini kemas dan cantik. Makanannya pun banyak dan nampak menggoda terutamanya dessert yang pelbagai bentuk rupa. Sebahagian peserta masuk toilet, sebahagian lagi duduk di cafe sambil memesan minuman panas seperti coklat dan kopi.




Aroma minuman panas di sini sangat menggoda! Ditambah pula dengan suhu sejuk ketika ini, memang syiok bah duduk dan minum secawan coklat panas!


Untuk masuk toilet, kenalah berbaris menunggu giliran. Jadi, selepas qada' hajat bolehlah membeli biskut atau keropok dan barang keperluan lain di kedai dan minum di cafe sekiranya ada masa.


Untuk pertama kalinya Amie gunakan mata wang Moroccan Dirham di sini untuk membeli air mineral. Kami hanya dibekalkan sebotol air mineral 500ml sehari dan sudah tentu tidak mencukupi untuk keperluan tubuh. Jadi belilah sebotol air mineral jenama SIDI ALI di sini berharga 5 MD (Moroccan Dirham).

SIDI ALI 5 MD (Moroccan Dirham).

Biskut & Air Mineral

Terpikat pula dengan sebungkus biskut Gullon Diet Nature - Sugar Free. Belilah juga sebungkus dengan harga 17 Dirham. Boleh bayar guna mata wang EURO tetapi Amie gunakan mata wang dirham sahaja.

Kesemuanya berjumlah 22 Dirham.


Ketika Majorel Voyage meninggalkan RNR L'Escale, sempat tangkap gambar taman permainan kanak-kanak di belakang RNR.


Gerimis masih mengiringi perjalanan kami menuju ke bandar Marrakech. Tangkap gambar jugalah sebagai kenang-kenangan walaupun hasilnya nampak kelam dan suram. Itulah gambaran sebenar yang sedang kami lalui.


Tanah ladang di kiri kanan jalan yang masih kosong dan belum ditanami.





Ketika Majorel Voyage menghampiri bandar Marrakech, kami melihat pemandangan yang berbeza terutama tumbuh-tumbuhannya. Banyak pokok palma di kawasan bandar.



Tumbuhan palma kelihatan tersusun di kiri kanan jalan.


Kota ini terletak di lembah Sungai Tensift yang melalui kawasan utara pinggir kota. Antara tarikan utama kota Marrakech ialah Lembah Ourika terletak 30 km dari selatan kota. Selain itu pemandangan yang menakjubkan boleh dilihat di gunung-ganang Atlas yang dilitupi salji terutamanya pada musim sejuk.


Seluruh kota ini dikelilingi tembok pertahanan warna merah kejinggaan diperbuat daripada campuran tanah liat  dan batu kapur yang memanjang sejarak lebih dua belas kilometer setinggi 19 kaki (5.8 m) membentuk suatu kompleks perbentengah. Tembok ini mempunyai 20 buah gerbang pintu (bab) termasuk Bab Agnaou yang utama serta 200 buah menara pemerhati. Dalam kawasan kota lama juga terdapat sebanyak lapan buah gerbang pintu utama iaitu:
  • Bab Doukkala
  • Bab el-Khemis
  • Bab ad-Debbagh
  • Bab Aylan
  • Bab Aghmat
  • Bab er-Robb
  • Bab el-Makhzen 
  • dan Bab el-'Arissa dibina zaman Murabitun.

Kekayaan bandar bersejarah ini dapat dilihat  dari sejumlah besar istana dan mahligai serta taman kebun bunga yang tersergam indah di serata pelosok kota ini.

Istana El Badi

Salah sebuah sstana yang paling terkenal sehingga ke hari ini ialah Istana El Badi dan Istana Bahia serta Istana Diraja utama sebagai salah satu persemayaman rasmi Raja Maghribi.

Kota Marrakech jug terkenal dengan rumah-rumah agama lama dan mempunyai pekarangan kebun dalaman terbuka bertembok tinggi atau riad yang bertujuan melindungi isi penghuni dan mengawal suhu sekitar bangunan. Kebanyakan riad ini dibina sejak zaman Kesultanan Saadiah sampailah ke abad ke-19 dan ke-20.















Hotel La Mamounia

Sewaktu Majorel Voyage melalui memasuki kota Marrakech dan terpaksa menempuhi kesesakan jalan, Rachid banyak bercerita tentang hotel-hotel mewah di sini. Antaranya ialah Hotel La Mamounia yang sempat Amie rakam gambarnya yang kebetulan berada di sebelah kanan tempat duduk Amie. Harga penginapan di hotel ini mencecah 45 Ribu USD untuk sehari semalam sahaja. Ada lagi hotel lain yang lebih mewah yang sering dikunjungi oleh keluarga diraja Arab Saudi dengan harga 100 Ribu USD satu malam!


Jika dibandingkan dengan Casblanca yang tenang, kota Marrakech jauh lebih sesak dan padat. Menurut Rachid, penduduk kota Marrakech berjumlah 3 juta jiwa. 




Kami dibawa menikmati makan malam di kota Marrakesh. Pada sebelah malamnya, dalam perjalanan menuju ke hotel kami dapat menyaksikan kesesakan jalan raya dan pasar! Oleh kerana hari tersebut merupakan hari Ahad, dan hari terakhir cuti sekolah jadi ibu bapa sibuk membeli persiapan untuk persekolahan anak-anak. Itu sebabnya mengapa kota Marrakech kelihatan sangat sesak dengan begitu ramai manusia. Itu kata Rachidlah... ahaks!

Kami hanya menyaksikan pemandangan dari dalam bas. Kata sebahagian peserta trip, keadaannya lebih sesak berbanding pemandangan di Petaling Street! Kalau di waktu senja kota Marrakech sudah mula dipenuhi dengan orang ramai, sebelah malam pula kesesakannya berganda-ganda.

10 comments

  1. cantiknye pemandangan menghijau tu...

    istana yg mcm kubu tu unik... mcm tanah liat warnanya..

    BalasPadam
  2. Masyaa Allah pemandangan yang agak asing pada kak ana pertama kali melihat nya Amie, ia macam dalam era retro 80's pun ada juga kan

    BalasPadam
  3. Maaf kak, mgkn Sy ada terlepas info. Di Morocco tandasnya takde bidet ye? Ingatkan ianya Muslim friendly.

    Cantik istana² dan kota² di sini. Mudah-mudahan ada rezeki nak tgk sendiri sustu hari nanti :)

    Macam kita di sini juga ye, nak buka sekolah semuanya sibuk buat persiapan.

    BalasPadam
  4. Ohh...tandas di sana tak ada bidet. Saya sangka ada sebab penduduk majoriti Muslim.
    Yelah, nampak sesak padat manusia di Marrakesh ni.

    BalasPadam
  5. seronoknya Amie dpt ke negara orang, dulu mmg teringin nak ke Morocco ni sbb cantik. Kalau dulu jalan2 pun sbb atas urusan bisnes tapi skrg nak pergi tu dah payah sbb jaga bonda.

    BalasPadam
  6. Oh tak ada juga air di tandas ya. Penduduk 3 juta patutlah ramai. Mahal betul hotel USD45,000 satu malam woaahh.

    BalasPadam
  7. Marakesh 3 juta jiwa penduduknya, dah terasa sesak.. apa kabar jakarta yg 11 juta jiwa 🤣🤣🤣. Macam sarden kaleng 😅.

    Penasaran pula melihat hotel termahal mereka ini kak. Pastilah baguus sangat dalamnya kan 😍😍

    BalasPadam
  8. Gambar 1 tu terasa saya dalam Hikayat 1001 Malam tak pun Aladdin.

    BalasPadam
  9. hotel apa tu kak yg mahal bebenor tuuuu...

    sy rasa mana2 negara pun bila menjelang senja pasti sibuk sana sini...

    scenery hmpr mcm kt mesir tp yg ni lbh hijau sikit...

    BalasPadam
  10. Amboi mahalnya hotel, SA suka scenery sekitar Istana El-Badi tu...macam mana pembinaan dia agaknya, pakai tanah liat ke..batu bata ke kan...pemandangan sekitar pun cantik

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Morocco (Casablanca - Marrakech - Rabat - Chefchaouen - Tangier - Fes) ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Trip SPM : Sepanyol-Portugal-Morocco ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Moroccan Food Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sabah Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe