Bureau De Change - Tukar Mata Wang EURO ke Moroccan Dirham
10:22 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Sebelum terbang ke Afrika Utara, kami disarankan supaya membawa mata wang EURO untuk ditukar di pusat penukaran wang di Morocco. Rasanya tiada mata wang Moroccan Dirham di KLIA 1 atau KLIA 2. Jumlah EURO yang dicadangkan sekitar 100 sahaja.
Mata wang EURO & Moroccan Dirham. |
Tempat tukaran mata wang asing di Casablanca. |
Achat Aux Touristes Etrangers |
Amie simpan resit tukaran wang dan dapat dilihat semula ketika menulis entri ini. Kami ikut saranan travel agent supaya tukar 100 EURO. Jumlah tukaran ke Moroccan Dirham sebanyak 1,020,000. Cukuplah setakat wang poket. Mata wang EURO juga boleh digunakan untuk urusan jual beli di Morocco.
Sebelum ke pusat tukaran wang asing, kami singgah dahulu di kolam pancuran. Ketika ini Amie belum fokus mendengar maklumat yang disampaikan oleh tour guide, Rachid. Jadi, tidak pasti apakah nama tempat ini dan hanya sekadar ambil beberapa keping gambar sahaja.
Oleh sebab suhu yang sangat sejuk, Amie cepat-cepat naik bas. Dari tepi tingkap sempat ambil gambar tour guide Rachid yang memakai baju tradisional Morrocco yang dipanggil djellaba. Yang membelakangi kamera ialah Ustaz Azhar, tour leader dari Malaysia, manakala di hadapannya ialah pemandu Majorel Voyage.
Entah bagaimana Ustaz Azhar dan pemandu bas ini boleh berputar arah!
10 comments
Wah.. Betul-betul pengembara ni. Pelbagai negara telah dilawati. Seronok dapat melihat negara orang.
BalasPadamAyat last tu kelakar la Kak Amie 😆
BalasPadamAgaknya depa tau kot Kak Amie nak ambil gambar hihi...
Jutaan jadinya ye bila ditukar duit Euro ke duit depa...
wah ka maghribi jalan2 ya amie...cantik view
BalasPadamWahhhhhh best nya travel. Tumpang happy dapat tengok gambar-gambar yang dikongsikan
BalasPadamBanyak jugak 100 Euro jadi 1020 MAD kak...SA nak tanya cukup ke atau akak kena tukar lagi duit?
BalasPadamKalau tour guide tgh bagi penerangan kita ni jaranglah nak dengar kan.. sibuk ambil gambar je :p
BalasPadamCantik besar water fountain tu ya.
BalasPadamBarang2 di sana tak mahal ya kak? 100 eur cukup kah?
BalasPadamok gak bila agency sudah beritahu berapa yang harus ditukar siap-siap.
BalasPadamMesti mereka sudah ambil kira apa yang perlu dibelanjakan di sana.
Wahhh duit Morocco... Cuya belum ada lagi dalam koleksi
BalasPadamAgaknya nak kena tunggu Cuya travel ke sana ni XD... lamberttt lagii hehe