Menjamu Selera di Udara dengan Pak Nasser's Nasi Lemak

5:35 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Kalau hendak balik kampung, kami ada beberapa pilihan jalan udara. Kalau bajet besar bolehlah naik MASWings dari LD ke Kota Kinabalu. Kemudian sambung terbang dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur samada naik pesawat MAS atau AirAsia. Boleh juga melalui penerbangan Sandakan ke Kuala Lumpur, tetapi itu pilihan terakhir bagi kami kerana perjalanan darat dari LD ke Sandakan agak jauh berbanding perjalanan LD ke Tawau. Satu lagi, perjalanan darat dari LD ke Kota Kinabalu dan terus terbang ke Kuala Lumpur.

Biasanya ikut bajet sendiri, kami memilih penerbangan dari Tawau ke Kuala Lumpur. Jalan darat dari LD ke Lapangan Terbang Tawau hanya memakan masa dua jam sahaja. Pemilihan pesawat bergantung kepada harga. Harga akan mencanak naik kalau musim puncak seperti perayaan atau cuti sekolah. Memang kena tempah awal tetapi bergantung kepada keadaan juga seperti ada kerja yang perlu dilakukan oleh Encik Suami atau Amie sendiri. Jadinya, kenalah tengok kedua-dua jenis penerbangan. Kalau AirAsia lebih murah, belilah tiketnya dan kalau MAS lebih murah, pilihlah MAS sahaja. Walaupun murah, termasuk cukai dan sebagainya, cecah RM3,000.00 juga pergi baliknya kalau kami terbang bertiga.

Cuti penggal persekolahan pada Mei lalu, seperti biasa kalau Abang Farid tolong tempahkan tiket memang dia terus beli sekali makanan. Abang Farid kata kalau naik AirAsia boleh makan nasi lemak sedap. Agaknya sebab itulah dia belikan sekali Pak Nasser's Nasi Lemak untuk Encik Suami. Encik Suami pun memang suka nasi lemak AirAsia.

Pak Nasser's Nasi Lemak

Inilah rupa Pak Nasser's Nasi Lemak AirAsia. Lengkap ada telur rebus, kacang tanah dan ikan bilis goreng serta sambal dan rendang ayam. Cuma timun sajalah yang tidak ada. 


Abang Farid tanya Firdaus, hendak makan apa. Firdaus pilih Roasted Chicken with Black Pepper Sauce. Kata Firdaus, sedap betul ayam panggangnya.

Roasted Chicken with Black Pepper Sauce.


Kita pula minta Abang Farid belikan Cheese Stuffed Omelette. Kalau sudah ada cheese sudah tentulah si bujang kenit asyik intai-intai makanan kita! Jadi, kita pun bagilah separuh supaya tidak terpandang-pandang makanan kita.. ahaks! Budak sedang membesar memang sangat berselera kalau nampak apa-apa makanan.

Cheese Stuffed Omelette

Dapatlah sebotol air mineral 250ml.

Ketika ini pukul 5:58 petang. Terbang dari Tawau lebih kurang pukul empat petang. Dan kami sedang berada di atas awan melintasi Laut China Selatan.


9 comments

  1. dh lama wak x naik air asia., wahh cantik awan karpet atas laut cina selatan tuuh., hehe

    BalasPadam
  2. Samaaaa kak, saya kalo naik airasia, tak pernah tak pesan. Tp kadang menu suka berbeda2 tergantung rute. Yg cheese stuffed itu saya tak pernah lihat . Dah banyaaak sangat coba aneka menu airasia, Krn saya memang sering pakai maskapai ini

    Fav saya nasi kerabu, nasi minyak. Tp tak pernah lihat lagi. Dulu saya pesan saat penerbangan ke Tokyo.

    BalasPadam
  3. Saya tersuka Pak Nasser's Nasi Lemak. Pernah teringin nak makan lagi tapi sebab takde travel, saje lah singgah Restoren Santan kat Setia City Mall. Vibe nya lain... kena duduk dalam flight baru best makan nasi lemak tu 😅

    BalasPadam
  4. hidangan yang istimewa kene naik atas baru dapat ye kak

    BalasPadam
  5. Lama plak x makan nasi lemak Pak Nassier tu...subhanallah kepulan awan karpet..cantik..rindunya nak terbang

    BalasPadam
  6. Banyak pilihan tapi tulah kalau musim perayaan harga tiket mencanak naik. Nasi lemak Pak Nassier ni memang kegemaran ramai kalau naik flight kan. Ramai memuji kesedapan nasi lemak yang satu ni. Sambil makan, sambil menikmati permandangan luar tingkap. Nikmat betul kan.

    BalasPadam
  7. View dari kapal terbang tidak pernah menjemukan mata memandang. Cantik je.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe