Bismillahirrahmanirrahim.
Kalau hendak balik kampung, kami ada beberapa pilihan jalan udara. Kalau bajet besar bolehlah naik MASWings dari LD ke Kota Kinabalu. Kemudian sambung terbang dari Kota Kinabalu ke Kuala Lumpur samada naik pesawat MAS atau AirAsia. Boleh juga melalui penerbangan Sandakan ke Kuala Lumpur, tetapi itu pilihan terakhir bagi kami kerana perjalanan darat dari LD ke Sandakan agak jauh berbanding perjalanan LD ke Tawau. Satu lagi, perjalanan darat dari LD ke Kota Kinabalu dan terus terbang ke Kuala Lumpur.
Biasanya ikut bajet sendiri, kami memilih penerbangan dari Tawau ke Kuala Lumpur. Jalan darat dari LD ke Lapangan Terbang Tawau hanya memakan masa dua jam sahaja. Pemilihan pesawat bergantung kepada harga. Harga akan mencanak naik kalau musim puncak seperti perayaan atau cuti sekolah. Memang kena tempah awal tetapi bergantung kepada keadaan juga seperti ada kerja yang perlu dilakukan oleh Encik Suami atau Amie sendiri. Jadinya, kenalah tengok kedua-dua jenis penerbangan. Kalau AirAsia lebih murah, belilah tiketnya dan kalau MAS lebih murah, pilihlah MAS sahaja. Walaupun murah, termasuk cukai dan sebagainya, cecah RM3,000.00 juga pergi baliknya kalau kami terbang bertiga.
Cuti penggal persekolahan pada Mei lalu, seperti biasa kalau Abang Farid tolong tempahkan tiket memang dia terus beli sekali makanan. Abang Farid kata kalau naik AirAsia boleh makan nasi lemak sedap. Agaknya sebab itulah dia belikan sekali Pak Nasser's Nasi Lemak untuk Encik Suami. Encik Suami pun memang suka nasi lemak AirAsia.
Pak Nasser's Nasi Lemak |
Inilah rupa Pak Nasser's Nasi Lemak AirAsia. Lengkap ada telur rebus, kacang tanah dan ikan bilis goreng serta sambal dan rendang ayam. Cuma timun sajalah yang tidak ada. |
Abang Farid tanya Firdaus, hendak makan apa. Firdaus pilih Roasted Chicken with Black Pepper Sauce. Kata Firdaus, sedap betul ayam panggangnya.
Roasted Chicken with Black Pepper Sauce. |
Kita pula minta Abang Farid belikan Cheese Stuffed Omelette. Kalau sudah ada cheese sudah tentulah si bujang kenit asyik intai-intai makanan kita! Jadi, kita pun bagilah separuh supaya tidak terpandang-pandang makanan kita.. ahaks! Budak sedang membesar memang sangat berselera kalau nampak apa-apa makanan.
Cheese Stuffed Omelette |
Dapatlah sebotol air mineral 250ml. |
Ketika ini pukul 5:58 petang. Terbang dari Tawau lebih kurang pukul empat petang. Dan kami sedang berada di atas awan melintasi Laut China Selatan. |
dh lama wak x naik air asia., wahh cantik awan karpet atas laut cina selatan tuuh., hehe
BalasPadamSamaaaa kak, saya kalo naik airasia, tak pernah tak pesan. Tp kadang menu suka berbeda2 tergantung rute. Yg cheese stuffed itu saya tak pernah lihat . Dah banyaaak sangat coba aneka menu airasia, Krn saya memang sering pakai maskapai ini
BalasPadamFav saya nasi kerabu, nasi minyak. Tp tak pernah lihat lagi. Dulu saya pesan saat penerbangan ke Tokyo.
Saya tersuka Pak Nasser's Nasi Lemak. Pernah teringin nak makan lagi tapi sebab takde travel, saje lah singgah Restoren Santan kat Setia City Mall. Vibe nya lain... kena duduk dalam flight baru best makan nasi lemak tu 😅
BalasPadamSemua sedap² ..
BalasPadamhidangan yang istimewa kene naik atas baru dapat ye kak
BalasPadamLama plak x makan nasi lemak Pak Nassier tu...subhanallah kepulan awan karpet..cantik..rindunya nak terbang
BalasPadamBestnya makan di celah awan.
BalasPadamBanyak pilihan tapi tulah kalau musim perayaan harga tiket mencanak naik. Nasi lemak Pak Nassier ni memang kegemaran ramai kalau naik flight kan. Ramai memuji kesedapan nasi lemak yang satu ni. Sambil makan, sambil menikmati permandangan luar tingkap. Nikmat betul kan.
BalasPadamView dari kapal terbang tidak pernah menjemukan mata memandang. Cantik je.
BalasPadam