Berehat Sebentar dari Dunia Maya
7:43 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Akhir-akhir ini terasa beban menoreh yang tiada rehatnya. Tiada erti cuti pada hari Sabtu, dilanggar untuk terus menoreh pada hari Ahad dan cuti peristiwa pun terpaksa laksanakan pelbagai program yang entah apa-apa. Bahkan cuti umum 31 Ogos pun kena turun bekerja sebagai Penoreh Yang Menjalankan Amanah.
Hendak meluah pun nanti orang kata mengada-ngada.
Simpan sajalah dalam hati selagi mampu dan harap tidaklah sampai pecah dada!
Yang sering dipamerkan adalah yang indah, pura-pura bahagia.
Hakikatnya, penoreh yang bekerja di belakang tabir sebenarnya makan seksa berulam kecewa.
Setiap tahun hasil torehan meningkat, gah sebagai yang paling berkualiti di daerah, tetapi markah untuk penoreh turun setiap tahun. Hendak dipikul ke kubur mungkin segala nilaian prestasi para penoreh itu.
Allah ya Allah... Permudahkanlah, janganlah Engkau persulitkan!
Rabbi Yassir Wa La Tu' assir.
Rabbi Yassir Wa La Tu' assir.
Mohon undur diri buat seketika dari alam maya. Pasti diri ini akan menanggung rindu untuk bertandang dan bersembang bersama kalian. Kita hendak rehatkan fizikal dan mental buat seketika. In syaa Allah, apabila keadaan kembali stabil kita akan berjumpa lagi. Kawan-kawan teruskanlah berblogging.
17 comments
Stay strong Kak Amie. Moga dipermudah kan semua urusan Kak Amie. Kami faham. Hugs and kisses 😘😘
BalasPadamSemoga dipermudahkan semua urusan kerja hakiki Kak Amie. Takpe, bila dah reda tanggungjawab yang dipikul, boleh kembali berblogging macam biasa dan kami akan berkunjung membaca penulisan Kak Amie di sini 🤗
BalasPadamsemoga dipermudahkanNya setiap ujian Amie dan kita semua, rehat naa :)
BalasPadamRehatlah kak... burn out sgt agaknya tu.. i feel u... biasa jugak kerja direct 7 hari... tp mcm sy boleh jugak mohon cuti menoreh sehari 2 bila tak ada kelas... penoreh mcm akak mmg kena tunggu cuti mgu dpn ni br dpt rehat itupun x ada urusan SYMA lg kan? rehatla kak amie sayang
BalasPadamkami tunggu kak amie..take your time
BalasPadamAllahu .. hugssss Kak Amie.
BalasPadamRehat sepenuhnya Kak Amie..nanti kembali dengan semangat baru ye....hugss
BalasPadamSelamat bercuti kak.... rehatkan diri santai je dulu ya
BalasPadamRehat secukupnya dulu kak Amie. Take your time. Lepas ni kembali dengan lebih energy baru.
BalasPadamsmoga dipermudahkan segala urusan....rehat la seketika
BalasPadamMoga Allah permudahkan urusan kak Amie dan diberi kekuatan jiwa.
BalasPadamSemoga Allah permudahkan urusan Cikgu Amie mendidik anak².
BalasPadamSelamat beristirahat dan bercuti². Harap kembali berblogging dengan lebih tenang.
Semoga dipermudah Allah semua urusan kak Amie dalam hal pekerjaan yaa 🤗🤗. Tak apaa, rehat dulu kak. Sampai pikiran menjadi rileks kembali. Sejatinya dunia Maya hanya untuk hiburan semata. Kalo dah tak dapat buat kita terhibur, jangan dipaksa . Memang harus take a break jawabnya.
BalasPadamSaya pun update blog sebulan sekali.. Huhu.
BalasPadambz sgt ya amie kak tls blog simpan karya ja
BalasPadamSemuga di permudahkan urusan amie. Semuga yang indah-indah sahaja yang akan di temui.
BalasPadamSemoga dipermudahkan semua urusan. Faham kekangan sebagai penoreh yang menurut perintah. Semoga Amie dapat berehat, recharge dan in sya Allah semoga Allah kurniakan semangat dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan. Tetap semangat ye💪
BalasPadam