Pages

Rabu, 11 September 2024

Berehat Sebentar dari Dunia Maya

Bismillahirrahmanirrahim.

Akhir-akhir ini terasa beban menoreh yang tiada rehatnya. Tiada erti cuti pada hari Sabtu, dilanggar untuk terus menoreh pada hari Ahad dan cuti peristiwa pun terpaksa laksanakan pelbagai program yang entah apa-apa. Bahkan cuti umum 31 Ogos pun kena turun bekerja sebagai Penoreh Yang Menjalankan Amanah.

Hendak meluah pun nanti orang kata mengada-ngada.
Simpan sajalah dalam hati selagi mampu dan harap tidaklah sampai pecah dada!
Yang sering dipamerkan adalah yang indah, pura-pura bahagia.
Hakikatnya, penoreh yang bekerja di belakang tabir sebenarnya makan seksa berulam kecewa.

Setiap tahun hasil torehan meningkat, gah sebagai yang paling berkualiti di daerah, tetapi markah untuk penoreh turun setiap tahun. Hendak dipikul ke kubur mungkin segala nilaian prestasi para penoreh itu.

Allah ya Allah... Permudahkanlah, janganlah Engkau persulitkan!
Rabbi Yassir Wa La Tu' assir.

Google

Mohon undur diri buat seketika dari alam maya. Pasti diri ini akan menanggung rindu untuk bertandang dan bersembang bersama kalian. Kita hendak rehatkan fizikal dan mental buat seketika. In syaa Allah, apabila keadaan kembali stabil kita akan berjumpa lagi. Kawan-kawan teruskanlah berblogging.

36 ulasan:

  1. Stay strong Kak Amie. Moga dipermudah kan semua urusan Kak Amie. Kami faham. Hugs and kisses 😘😘

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih dik Mulan. Terima kasih doanya.

      Padam
  2. Semoga dipermudahkan semua urusan kerja hakiki Kak Amie. Takpe, bila dah reda tanggungjawab yang dipikul, boleh kembali berblogging macam biasa dan kami akan berkunjung membaca penulisan Kak Amie di sini 🤗

    BalasPadam
  3. semoga dipermudahkanNya setiap ujian Amie dan kita semua, rehat naa :)

    BalasPadam
  4. Rehatlah kak... burn out sgt agaknya tu.. i feel u... biasa jugak kerja direct 7 hari... tp mcm sy boleh jugak mohon cuti menoreh sehari 2 bila tak ada kelas... penoreh mcm akak mmg kena tunggu cuti mgu dpn ni br dpt rehat itupun x ada urusan SYMA lg kan? rehatla kak amie sayang

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mira.
      Alhamdulillah... dapat berehat seketika.

      Padam
  5. kami tunggu kak amie..take your time

    BalasPadam
  6. Rehat sepenuhnya Kak Amie..nanti kembali dengan semangat baru ye....hugss

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih SA.
      Mudah-mudahan pulihlah semangat.

      Padam
  7. Selamat bercuti kak.... rehatkan diri santai je dulu ya

    BalasPadam
  8. Rehat secukupnya dulu kak Amie. Take your time. Lepas ni kembali dengan lebih energy baru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Fizah.
      In syaa Allah, sudah cas bateri hihihii.

      Padam
  9. smoga dipermudahkan segala urusan....rehat la seketika

    BalasPadam
  10. Moga Allah permudahkan urusan kak Amie dan diberi kekuatan jiwa.

    BalasPadam
  11. Semoga Allah permudahkan urusan Cikgu Amie mendidik anak².
    Selamat beristirahat dan bercuti². Harap kembali berblogging dengan lebih tenang.

    BalasPadam
  12. Semoga dipermudah Allah semua urusan kak Amie dalam hal pekerjaan yaa 🤗🤗. Tak apaa, rehat dulu kak. Sampai pikiran menjadi rileks kembali. Sejatinya dunia Maya hanya untuk hiburan semata. Kalo dah tak dapat buat kita terhibur, jangan dipaksa . Memang harus take a break jawabnya.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih dik Fanny, doa dan sokongannya.

      Padam
  13. Saya pun update blog sebulan sekali.. Huhu.

    BalasPadam
  14. bz sgt ya amie kak tls blog simpan karya ja

    BalasPadam
  15. Semuga di permudahkan urusan amie. Semuga yang indah-indah sahaja yang akan di temui.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Notie.
      In syaa Allah, hanya yang indah dan yang baik-baik saja yang ditemui.
      Alhamdulillah.

      Padam
  16. Semoga dipermudahkan semua urusan. Faham kekangan sebagai penoreh yang menurut perintah. Semoga Amie dapat berehat, recharge dan in sya Allah semoga Allah kurniakan semangat dan kekuatan untuk meneruskan perjuangan. Tetap semangat ye💪

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih.
      Terima kasih memahami dan doanya jua.

      Padam
  17. Uncle pun pekerja belakang tabir. I feel you

    BalasPadam