Berburu Mustajabah Doa di Raudhatul Jannah

7:55 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.
Tarikh : 01 Januari 2023
Hari : Ahad

Mata sukar untuk lelap. Terbayang-bayang wajah Kak Ros yang cengkung dan tubuhnya yang kurus. Kak Ros tak sabar tunggu kepulangan kami ke kampung ketika kami hendak ke majlis konvokesyen Fuad di UTHM. Katanya, rindu dengan Firdaus. Apabila kita tanya tentang kesihatannya, Kak Ros maklumkan sudah dua bulan mendapat serangan athma. Dan berulang-alik ke hospital dengan bantuan adik-beradik dan ipar. Sebelum berangkat ke tanah suci, kami sempat bertemu dengannya beberapa kali, dan terakhirnya di kampung pada 15 Disember 2022. Kami sempat bergambar sama, dan sebelum itu pada 11 Disember kami berkumpul adik-beradik di rumah Bonda atas urusan hibah bersama pegawai dari MAIS.

Sebelum melelapkan mata, beberapa kali buka HP, mana tahu Yujin mengirim mesej. Tiada! Pukul empat pagi, Amie dan Encik Suami bangun tidur dan bersiap untuk ke masjid. Sebelum berpisah dengan Encik Suami di pagar 335, Amie beritahu akan hantar mesej sekiranya dapat bertemu Yujin untuk sama-sama ke Raudhah.

Teringat pesan Ibu Nada di Airport Brunei: Usahakan untuk masuk ke Raudhah setiap hari! Barangkali kalau dahulu tanpa penggunaan aplikasi NUSUK, memang boleh. Bagaimanapun, semuanya adalah rezeki Allah. Yang penting, usaha dan ikhtiar. Benarkah seperti kata Ibu Nada: Setiap pagi dibuka satu pintu untuk masuk ke Raudhah tanpa permit!

Kalau dikenang semula, pengalaman masuk ke Raudhah sembilan tahun lalu memang kita ketawa sendiri dan geleng kepala. Apa tidaknya, dalam berasak-asak memasuki Raudhah, kita solat berjalan-jalan pula! Bonda memang akan ketawa apabila Amie cerita semula peristiwa tersebut kerana kami masuk ke Raudhah bersama-sama. Apa yang Amie maksudkan solat berjalan-jalan? Ketika kita hendak rukuk, di hadapan kita berdiri satu tubuh yang besar! Entah milik bangsa apa. Terpaksalah kita bergerak ke kiri mencari ruang untuk rukuk. Setelah rukuk, dihalang pula oleh tubuh besar yang lain, dan terpaksalah bergerak ke ke kiri atau ke kanan untuk sujud. Itu pun belum dijamin kepala kita tidak dilangkah oleh kaki orang!

Ada seorang rakan jemaah wanita dari negeri Kedah. Sayangnya, sudah tidak ingat namanya. Katanya, dia pun begitu juga, terpaksa solat berjalan-jalan. Amie kemukakan cadangan sepaya keesokan paginya(kita berdua) seludup masuk di antara jemaah dari Indonesia atau Thailand. Oleh kerana setiap jemaah mengikut kumpulan dan mutawif masing-masing, jadi pandai-pandailah menyamar menjadi ahli jemaah tersebut. Biasanya pengawal wanita Arab akan menghalau jemaah umrah dari negara lain (seperti Turki dan Iran) yang suka masuk ke dalam kumpulan jemaah wanita dari Asia seperti Malaysia, Indonesia dan Thailand.

Amie ajar kawan dari Kedah tadi satu ayat dari surah Yasin dan meminta menghafalnya. Dengan penuh yakin, Amie beritahu kawan dari Kedah tadi, bahawa pengawal wanita Arab nanti tidak akan nampak kita berdua sewaktu menyusup masuk dalam kumpulan jemaah lain dan membolehkan kita memasuki Raudhah. 

Alhamdulillah, akhirnya kami berjaya masuk ke Raudhah, dan dapat menunaikan solat dengan lebih tenang. Kawan Amie 'jaga' tempat solat Amie dan dapatlah rukuk serta sujud dengan selesa. Selepas Amie solat, giliran Amie pula 'jaga' tempat solat kawan Amie itu.

Masjid Nabawi
Sumber : Google

Pada pukul 05:09 minit pagi, dapat mesej dari Yujin. Katanya, dia sudah berada di tepi masjid. Cepat-cepat Amie mesej Encik Suami, beritahu hendak ke Raudhah. Amie bergegas dari Pintu 25  menuju ke tepi masjid di pintu 32. Yujin mesej beritahu dia berada di pintu 30 di bahagian luar.

Pintu 32

Pintu 30


Yujin hantar gambar dan katanya sedang tunggu Amie datang. Yujin beritahu dia berada di tengah-tengah jemaah wanita dan berdiri. Alhamdulillah. Akhirnya dapat duduk di sebelah Yujin di luar Pintu 32. Rupanya kelmarin, Yujin masuk ke Raudhah seorang diri. Amie tanya, bagaimana Yujin boleh terlepas masuk tanpa aplikasi NUSUK. Kata Yujin, dia yakinkan diri dapat masuk melalui pintu 32 kerana katanya dia pernah dengar setiap pagi ada satu pintu dibuka untuk masuk ke Raudhah tanpa permit! Teringat pesan Ibu Nada : Usahakan untuk masuk ke Raudhah setiap hari!

Pukul 05:43 minit pagi, azan berkumandang, dan kami solat subuh bersama-sama. Yujin kata, Zila akan ikut serta tetapi tidak nampak pula bayangnya. Kemudian kami terus bergerak untuk masuk ke Pintu 32. Amie memegang hujung telekung Yujin supaya tidak terlepas atau terpisah. Apabila Yujin berlari, Amie pun ikut berlari dan menyusup masuk di celah-celah jemaah. Ketika berlari di atas lantai marmar, badan berasa ringan kerana geseran stoking dengan lantai marmar yang licin membantu melancarkan pergerakan. Memang berbeza berlari di atas permaidani dengan berlari di atas lantai marmar. Tiba-tiba terlepas hujung telekung Yujin! Dan Yujin terus berlari maju ke hadapan, masuk di celah-celah jemaah wanita!

Mari kak! Kita teruskan!
Suara siapakah itu?
Lengan kiri Amie dipegang erat oleh seseorang. Sempat Amie toleh dan rupanya Zila yang sedang mendorong Amie untuk terus ke hadapan. Allahu Akbar! Zila datang tepat pada masanya. Sekarang Amie berpegangan tangan dengan Zila. Di mana ada kawasan kosong kami terus lolos ke situ. Sesekali kami terkumpul bertiga, Amie, Yujin dan Zila. Pada masa yang lain kami terlepas pegangan dan terpisah kembali dan kemudian bertemu lagi.
Setelah sampai ke ruangan menunggu, kami diarahkan duduk oleh pengawal masjid sementara menunggu  jemaah lelaki selesai solat di Raudhah. Kedengaran pengawal-pengawal masjid berteriak-teriak mengarahkan jemaah wanita yang lain supaya duduk  kerana mereka tidak sabar menunggu masa untuk menyerbu masuk ke Raudhah.



Sumber : Google


Sekarang pintu halangan masuk ke Raudhah sudah dibuka. Semua menyerbu masuk, dan akhirnya sekali lagi kami terpisah namun dapat menyelusup semula hingga ke bahagian hadapan, iaitu satu barisan khas untuk solat. Kami menanti dengan sabar jemaah wanita yang sedang solat tetapi ada beberapa wanita yang tidak sabar menolak wanita yang sedang solat untuk mengambil tempatnya. Ketika itu bertambah kuatlah suara pengawal wanita memarahi jemaah yang berasak-asak dan menolak mereka yang sedang solat. 
Lebih kurang beginilah teguran dan teriakan pengawal wanita tersebut:
Sabar!
Sabar!
Hormatilah mereka yang sedang solat.
Semua orang mahu solat.
Hormat Allah.
Hormat Nabi Muhammad SAW.

Seribu syukur kepada Allah Yang Maha Pengasih Lagi Maha Penyayang. Sampailah giliran kita untuk solat di barisan hadapan, dan mudah-mudahan titipan doa dan hajat kita untuk kesembuhan Kak Ros dimakbulkan Allah Yang Rahim.

Kita tidaklah menghabiskan masa begitu lama solat di Raudhah. Mengenangkan begitu ramai yang sedang menunggu dan berasak-asak, baiklah kita segera undurkan diri. Berikan peluang kepada mereka pula.

Amie tidak berani keluarkan HP untuk tangkap gambar di Raudhah. Terbayang, dalam kesesakan begitu sekiranya HP terjatuh, memang tidak dapat dicari lagi!

Ketika ini, Yujin dan Zila entah di mana.
Perlahan-lahan Amie menapak mencari pintu keluar. Kali ini tidak perlu lari-lari mengejar masa dan tempat lagi. Jam menunjukkan pukul 07:30 pagi.

Kita berlari-lari anak menuju ke Pagar 335.


Teringat pada pukul 8:00 pagi kami akan ikuti lawatan ke Lembah Jin. Sudah tentu tidak sempat sarapan pagi. Tidak apa, yang penting sudah dapat masuk ke Raudhah: Berburu Mustajabah Doa di Raudhatul Jannah. Alhamdulillah. Segala puji-pujian hanya bagi-Mu ya Allah.
Benarlah kata Ibu Nada: 
Setiap pagi dibuka satu pintu untuk masuk ke Raudhah tanpa permit!
Esok merupakan hari terakhir kami berada di Madinah. Mudah-mudahan ada peluang untuk memasuki Raudhah lagi. In syaa Allah.

Entri berkaitan Umrah 2023:
  1. KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
  2. DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
  3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
  4. JUS BUAH YANG DIRINDUI!
  5. MENUNGGU DAN DITUNGGU
  6. BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
  7. AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
  8. MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
  9. KEBUN KURMA ABU FAISAL
  10. JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
  11. MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
  12. LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
  13. ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
  14. DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
  15. MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
  16. HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
  17. MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
  18. MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
  19. BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
  20. MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
  21. KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
  22. MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
  23. MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
  24. GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
  25. TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
  26. TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
  27. TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
  28. BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
  29. CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
  30. RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
  31. BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
  32. BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
  33. WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
  34. CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
  35. NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
  36. MADINAH DIBASAHI HUJAN
  37. DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
  38. SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
  39. IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
  40. MIQAT IHRAM : BIR ALI
  41. MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
  42. MAKKAH HOTEL & TOWERS
  43. TAWAF & SA'I
  44. MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
  45. GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
  46. UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
  47. IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
  48. KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
  49. JABAL TSUR
  50. JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
  51. MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
  52. LAMB MADINI
  53. BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
  54. MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
  55. SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
  56. PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
  57. MENCARI MADU DI THAIF
  58. BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
  59. MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
  60. LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
  61. MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
  62. MASJID QARNUL MANAZIL
  63. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
  64. HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
  65. NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
  66. MENDAKI KE GUA HIRA
  67. MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
  68. IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
  69. MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
  70. HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
  71. KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
  72. KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
  73. DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT


13 comments

  1. boleh terbayang2 macamana kak amie berlari2 mengejar Yujin.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Berlari-lari anak, kadang berjalan, kadang lari laju.

      Padam
  2. Alhamdulillah rezeki telah tertulis kuasa Allah mengatasi segalanya,memang besar harapan dan impian semua muslim nak masuk raudhah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul tu. Yang penting usaha dan ikhtiar, selebihnya kita tawakal kepada-Nya.

      Padam
  3. Syahdu baca.
    Memang susah masuk Raudhah.
    Moga ketika ini Kak Ros sudah sihat semula.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kena yakin dan pantas bergerak untuk dapat tempat di hadapan. Tapi itulah, terpaksa berasak-asak.
      Mudah-mudahan Kak Ros terus sihat.

      Padam
  4. setiap pagi ada satu pintu dibuka untuk masuk ke Raudhah tanpa permit!

    yg ni ramai dah tahu ke kak? atau hanya segelintir je?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau jenis yang tak ambil tahu memang tak tahu Anies.
      Kak Amie pun ingat pesan Ibu Nada sewaktu nak naik kapal terbang di Brunei.
      Yujin pula katanya dia ada baca (entah di mana), itu yang dia yakin dapat masuk.
      Benarlah kata Ibu Nada, setiap pagi memang asa satu pintu dibuka ke Raudhah tanpa permit. Rasanya kalau semua orang tahu, memang bergandalah berasak-asak untuk masuk ke dalam.

      Padam
  5. Dapat SA bayangkan Kak Amie berlari macam mana...terlepas telekung Yujin..allahu....ada rasa cemas plak..nasib Zila mucncul...eh..boleh terbayang plak..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, terlepas telekung Yujin sebab Yujin terpaksa pantas selit mana-mana tempat kosong untuk segera sampai ke Raudhah. Terkejut Kak Amie dalam keadaan tercengang-cengang terlepas telekung (Yujin pula tak toleh belakang), tiba-tiba lengan Kak Amie dipegang seseorang! Itulah Zila yang tiba-tiba muncul sebagai hero penyelamat hahahaha.

      Padam
  6. Alhamdulillah Kak Amie dapat masuk walau terpaksa berlari dan boloskan diri dikalangan jemaah lain.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe