Sarapan Kebab dan Nasi Beriani Ayam di Chicken Mexico
11:52 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Setelah keluar dari kedai emas, tersedar belum sarapan! Patutlah lain macam rasa perut. Jadi kami terus menuju ke Mexican Chicken. Kami bersarapan dengan:
- Set Kebab
- Nasi Beriani Ayam
Set Kebab : SAR 25. |
Nasi Beriani Ayam : SAR 15 |
Ramai pula Pak Arab bersarapan di sini. |
Kata Encik Suami, sekumpulan orang Arab yang berserban membeli makanan itu merupakan pengawal di pintu Raudhah. Amie tanya, macamana Encik Suami boleh kenal? Kata Encik Suami, dia ingat satu persatu muka mereka sebab sewaktu hendak masuk ke Raudhah, Encik Suami dihalang kerana masalah permit NUSUK. Dan kemudian setelah permit berfungsi, Encik Suami beratur masuk bersama jemaah Pakistan, dan pengawal-pengawal Arab inilah yang berteriak memarahi jemaah tersebut kerana mereka tidak ada permit NUSUK. Walaupun jemaah dari Pakistan tunjukkan surat, tetapi tetap juga dihalau dari memasuki Raudhah!
Set Kebab lengkap dengan roti, kentang goreng, salad dan sos serta minuman dalam tin. |
Kebab, kentang goreng, dan salad boleh habis masuk perut, tapi rotinya hanya sedikit saja dicuit.
Inilah sarapan merangkap makan tengah hari kami pada hari tersebut.
7 comments
Sedap nampaknya. Rajin amie makan di kedai makan mereka. Saya selalunya makan di hotel je dengan kakak-kakak. Tak berani nak merayap sana sini. Tapi tenguk menu makan amie emmm ngences juga ni. hehehe
BalasPadamtengok kentang goreng teringat Firdaus hehe
BalasPadamsedapnya kak, mesti sekarang akak merindui sarapan camtu kan
BalasPadamNampak sedap tu Kak Amie...terus SA teringin nak makan nasi beriyani kambing...
BalasPadamNampak besar hidangan dua-dua set ni. Kenyang sungguh.
BalasPadamBeli emas sampai lupa nak breakfast ya.
BalasPadamSeronoknya membaca pengalaman cikgu..
BalasPadamTak mau skip walau sebaris...takut tertinggal cerita menarik