Solat Subuh Berjemaah & Lawatan Ziarah di Sekitar Masjid Nabawi

8:37 PTG

Bismillahirrahmanirrahim.

Tarikh : 28 Disember 2022
Hari: Rabu
Tempat : Madinah al-Munawwarah.

Sebelum pukul lima pagi, kami sudah berkumpul di lobi hotel untuk bersama-sama menuju ke Masjid Nabawi. Para jemaah dinasihatkan memakai baju sejuk kerana suhu serendah 12'Celcius. Barangkali baju yang Amie pakai sudah cukup tebal (ada kain lapis bahagian dalam), jadi Amie tidak memerlukan baju sejuk. Namun begitu, apabila angin bertiup, terasalah dingin yang mencucuk di bahagian wajah dan juga tangan yang terdedah.

Waktu subuh dijadualkan pada pukul 5:41 pagi. Jemaah lelaki dan jemaah perempuan berpisah di pagar 335. Kami membawa kantung dan beg sandang ke dalam masjid. Kantung digunakan untuk mengisi kasut, dan dalam beg sandang kami isi dengan sejadah dan lain-lain barang peribadi.

Puan Yatie, pengiring kami dari Sabah membawa kami memasuki pintu 25, dan kami mencari ruang kosong untuk menunaikan solat. Akhirnya kami terpisah kerana ruangan solat yang berkarpet sudah penuh dan Amie dapat selitkan diri di antara jemaah dari negara lain. 

Selain menunaikan solat sunat dan solat fardhu secara berjemaah, solat yang paling ditunggu-tunggu sudah semestinya solat jenazah! Beruntunglah sesiapa yang kembali kepada-Nya dalam urusan ziarah ke Madinah dan disolatkan di Masjid Nabawi oleh ribuan manusia!

Dan... yang dirindui! Air zamzam!
Berhenti seketika di laluan keluar masjid, dapatlah membasahi tekak dengan segelas kecil air zamzam.

Masjid Nabawi
Sumber: Google

Sesiapa yang pernah membaca Sirah Teragung Muhammad terbitan Maghfirah Pustaka, sudah tentu telah membelek muka surat 272 yang menyentuh tentang Keistimewaan Masjid Nabawi:

  • Abu Hurairah meriwayatkan: Satu rakaat solat di Masjid Nabawi lebih utama daripada 1,000 rakaat solat di masjid lain, kecuali Masjidil Haram. Kerana Rasulullah adalah Nabi Terakhir, demikian juga masjidnya sebagai masjid terakhir.
  • Abu Salamah dan Abu 'Abdullah berkata: Kami yakin bahawa Abu Hurairah mengambil pernyataan itu dari Rasulullah, dan kami tidak tergesa-gesa mengatakan bahawa pernyataan itu adalah pendapat Abu Hurairah sendiri. Ketika Abu Hurairah wafat, kami sepakat untuk tidak membacakan hadis tersebut sehingga mendapat kepastian bahawa dia mendengar dari Rasulullah. Kemudian 'Abdullah bin Ibrahim bin Qarizh datang dan kami menyampaikan masalah itu. 'Abdullah bin Ibrahim berkata dengan mengambil dari kata-kata Rasulullah SAW: Sesungguhnya aku adalah Nabi terakhir dan masjidku sebagai masjid yang terakhir. (HR.Muslim)
  • Sa'id al-Musayyib meriwayatkan dari Abu Hurairah bahawa Rasulullah SAW bersabda: Seseorang tidak boleh bermusafir dengan niat mengagungkan masjid tertentu, kecuali tiga masjid ini: Masjidil Haram, masjidku (Masjid Nabawi), dan Masjid al-Aqsa. (HR.Muslim)

Masjid Nabawi
Sumber: Google

Dalam Sirah Teragung Muhammad (halaman 267-268) juga menyentuh tentangn usaha yang dilakukan oleh Rasulullah SAW membina masjid yang dikenali sebagai Masjid Nabawi pada hari ini. Ketika kali pertama menjejakkan kaki di Madinah (ketika itu dikenali sebagai Yathrib), baginda singgah di perkampungan Bani Najjar bersamaan pada hari Jumaat 12 Rabiul Awal tahun pertama Hijriah (27 September 622 Masihi. Di perkampungan Bani Najjar, Rasulullah SAW tinggal di rumah Abu Ayyub Al-Anshari.

Rasulullah SAW memilih tempat pembinaan masjid di tempat berhentinya unta baginda. Baginda membeli tanah tersebut daripada dua orang anak yatim. Tempat tersebut terdapat bekas runtuhan bangunan, kuburan orang-orang musyrik, pohon kurma dan pohon lain yang dinamakan gharqad. Para sahabat bergotong-royong menggali kubur-kubur di situ, dan meratakan tanahnya serta memotong pokok kurma dan pohon gharqad. Lalu baginda menetapkan arah qiblat yang ketika itu masih menghadap ke arah Baitul Maqdis.

Dua pinggiran pintu masjid dibuat terlebih dahulu, dindingnya dari batu-bata yang disusun dengan lumpur tanah. Atapnya dari daun kurma, tiangnya dari batang pohon, lantainya dibuat menghampar dari pasir dan kerikil-kerikil kecil. Pintunya ada tiga. Panjang bangunannya dari arah kiblat hingga ke hujungnyakira-kira 100 hasta dan kedua-dua sisinya juga seperti itu. Tapaknya sekitar tiga hasta.

Setelah 12 hari, akhirnya Masjid Nabawi selesai dibina. Baginda memerintahkan Bilal untuk melaungkan azan, yang dikumandangkan sebanyak lima kali sehari sebagai kesaksian bahawa tidak ada Tuhan selain Allah dan Muhammad sebagai utusan Allah.

Allahu Akbar!
Allahu Akbar!

Pagi pertama di Madinah.


Selesai solat subuh, kami menuju ke dewan makan untuk bersarapan. Rasa sangat terkejut kerana kami dapati begitu ramai jemaah umrah memenuhi meja makan. Kami berpusing-pusing mencari tempat duduk dan akhirnya duduk di kerusi tanpa meja di satu ruangan yang gelap, tidak berlampu. Tidak lama kemudian ruangan yang gelap tersebut dipenuhi oleh jemaah lain yang tercari-cari tempat duduk.

Memandangkan tempat mengambil makanan pun penuh sesak, jadi kami ambil sahaja makanan yang ada di depan mata seperti telur rebus dan sosej serta segelas air panas untuk dibancuh dengan seuncang teh.

Selepas itu kami menunggu lebih 10 minit di hadapan lift menunggu giliran untuk naik ke bilik. Barangkali inilah antara bentuk cabaran yang perlu kami hadapi (teringat kpesanan mutawif supaya kami banyak bersabar pada malam perjalanan dari Jeddah ke Madinah). Kami naik ke bilik untuk qadha' hajat dan mandi. Sayangnya, tuala yang ditunggu-tunggu masih belum sampai ke bilik!

Kami turun semula ke lobi kerana masa untuk lawatan ziarah sekitar Masjid Nabawi hampir tiba. Kedinginan pagi semakin terasa apabila angin meniup ke arah kami. Sebelum ini tidak dapat bayangkan tanah padang pasir yang gersang menjadi sedingin salji! Pagi ini, dengan izin-Nya jua segala-galanya tidak mustahil.

Bersama jemaah Umrah Sabah di perkarangan Masjid Nabawi.

Perkuburan Baqi terletak di sebelah Majid Nabawi


Ziarah pertama hanyalah di luar pagar Kuburan Baqi. Kami tidak dapat masuk ke kawasan tersebut, dan difahamkan hanya jemaah lelaki sahaja yang boleh melihat kawasan perkuburan tersebut. Masanya akan diatur oleh Ustaz Ali Amin. 

Perkuburan Baqi merupakan tempat disemadikan puteri-puteri Rasulullah, isteri-isteri baginda dan pahlawan Islam. Kami hanya mampu intai-intai sahaja. Banyak anggota keselamatan mengawasi sekitar pagar di situ.

Untuk selanjutnya, Amie tunggu sahajalah cerita daripada Encik Suami yang akan melawat masuk kawasan Perkuburan Baqi bersama jemaah lelaki.

Kedudukan makam Nabi Muhammad SAW : di bawah kubah hijau.

Sumber: Google

Adab menziarahi makam Rasulullah, mengucapkan salam dengan suara yang rendah seperti berikut: 

السَّلَامُ عَلَيْكَ يَا رَسُوْلَ اللهِ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ.
Selamat atasmu wahai Rasulullah dan rahmat Allah serta keberkahan-Nya atasmu”

Dan jangan lupa ucapkan sekali untuk kedua-dua sahabat baginda iaitu Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar Al-Khattab yang dimakamkan bersebelahan makam baginda.

Kami dibimbing sepenuhnya oleh Ustaz Ali Amin sewaktu ziarah makam Nabi Muhammad SAW. Pagi itu bertambahlah pengetahuan kami dengan tazkirah yang diberikan oleh beliau.

Bergambar ramai di makam Rasulullah SAW.


Walaupun suhu sejuk, tetapi apabila matahari memancar memang terasa bahang kepanasannya! Kenalah cari juga tempat untuk berlindung dari terik matahari.

Antara pemandangan di sekitar Masjid Nabawi yang sempat Amie rakam pada pagi itu.


Di segenap penjuru banyak terdapat bangunan terutamanya hotel.



Kami dibawa melawat ke sebuah masjid yang terletak berhampiran dengan Masjid Nabawi iaitu Masjid Al-Ghumamah, salah sebuah masjid yang bersejarah di Madinah.

Masjid Al-Ghumamah


Di Masjid Al-Ghumamah ini Rasulullah SAW pernah mendirikan solat sunat istisqa' iaitu solat meminta hujan setelah berlakunya kemarau panjang. Masjid ini kekal berdiri sehingga sekarang dan apabila berziarah ke sini, sudah tentu mutawif akan bercerita kepada para jemaah tentang peristiwa tersebut.


Selesailah lawatan ziarah kami di sekitar Masjid Nabawi pada pagi pertama setibanya di Madinah. Masing-masing dalam keletihn dan perlu berehat buat seketika bagi mengembalikan tenaga untuk aktiviti seterusnya.



Jom kita gerak balik ke hotel, sambil tangkap gambar-gambar dalam perjalanan pulang.




Terserempak dengan jemaah dari negara-negara lain.


Ada juga yang menggunakan khidmat 'buggy' untuk lawatan ziarah sekitar Masjid Nabawi.

Sekian, cerita hari pertama di Madinah yang sejuk di pagi hari, dan panas di tengah hari. Selawat dan salam ke atas junjungan besar, Muhammad SAW. 

Entri berkaitan Umrah 2023:
  1. KOTA KINABALU - BANDAR SERI BEGAWAN : B1822 ROYAL BRUNEI AIRLINES
  2. DARI BRUNEI AIRPORT KE KING ABDULAZIZ INTERNATIONAL AIRPORT JEDDAH
  3. SOLAT SUBUH BERJEMAAH & LAWATAN ZIARAH DI SEKITAR MASJID NABAWI
  4. JUS BUAH YANG DIRINDUI!
  5. MENUNGGU DAN DITUNGGU
  6. BUAH TIN SEGAR : SAR 30 SEKILOGRAM
  7. AIR ZAMZAM : PENGHULU SEGALA AIR DI DUNIA!
  8. MASJID QUBA' : MASJID PERTAMA DALAM SEJARAH ISLAM
  9. KEBUN KURMA ABU FAISAL
  10. JABAL UHUD : TEMPAT BERLAKUNYA PERANG UHUD
  11. MARI KE RAUDHAH : TAMAN SYURGA DI DUNIA
  12. LAUT AIR MATA DI SUBUH HARI
  13. ROZEN FOR GOLD & JEWELLERY
  14. DEWAN MAKAN DI ROYAL AL-ANDALUS HOTEL @ CLASSY AL-ANDALUS SUITES
  15. MELAWAT PERKUBURAN BAQI' - JANNAT AL-BAQI' / BAQI' AL-GHARQAD
  16. HARI JUMAAT DI MASJID NABAWI
  17. MAKAN NASI KAMBING DAN SHISH KEBAB
  18. MAKAN HATI UNTA DI SYAREQ QURBAN
  19. BERMUNAJAT DI RAUDHATUL JANNAH
  20. MASJID IJABAH : TERKABULNYA DUA DARI TIGA DOA RASULULLAH SAW
  21. KESAN DARAH RASULULLAH SAW SETELAH CEDERA DALAM PERANG UHUD
  22. MASJID AD-DEREA (AL-DAR'A) : TEMPAT RASULULULLAH SAW BERDOA PADA MALAM SEBELUM PERTEMPURAN UHUD
  23. MASJID BANI HARAM : PERISTIWA MAKANAN SEDIKIT MENJADI BANYAK DI RUMAH JABIR BIN ABDULLAH
  24. GUA SAJADAH : TEMPAT RASULULLAH SAW SUJUD BEGITU LAMA SEHINGGA MUAZ IBN JABAL MENYANGKA BAGINDA WAFAT!
  25. TELAGA GHARAS (GHRAS) : MATA AIR SYURGA YANG DIGUNAKAN UNTUK MEMANDIKAN JENAZAH RASULULLAH SAW
  26. TELAGA CINCIN : TEMPAT HILANGNYA CINCIN RASULULLAH SAW BUAT SELAMA-LAMANYA
  27. TELAGA IZIQ & TEMPAT SINGGAH RASULULLAH SAW DI KEDIAMAN KULTSUM BIN AL-HADM
  28. BUSTANUL MUSTAZIL (KEBUN MUSTAZIL)
  29. CHICKEN SEEKH KABAB & BIRYANI LAHAM DI ZAITOON RESTAURANT
  30. RASA SAYU APABILA MENGENANGKAN AKAN MENINGGALKAN MADINAH
  31. BERBURU MUSTAJABAH DOA DI RAUDHATUL JANNAH
  32. BUKIT MAGNET DI LEMBAH JIN
  33. WAKTU TENGAH HARI DARI PAGAR 335
  34. CHAPLI KEBAB & BIRYANI CHICKEN
  35. NASI BUKHARI AYAM PANGGANG
  36. MADINAH DIBASAHI HUJAN
  37. DISANGKA KARI AYAM RUPANYA KARI KAKI KAMBING!
  38. SELAMAT TINGGAL MADINAH AL-MUNAWARAH.
  39. IHRAM : PAKAIAN IHRAM, LARANGAN IHRAM & PERKARA YANG DIBOLEHKAN
  40. MIQAT IHRAM : BIR ALI
  41. MAKAN MALAM DI RNR AL-MASAMAAH
  42. MAKKAH HOTEL & TOWERS
  43. TAWAF & SA'I
  44. MAKAN UDANG GORENG DAN MINUM JUS BUAH PUKUL TIGA PAGI
  45. GELANG KUNING : ECONOMY FAR EAST MEAL
  46. UMRAH KE-2 - MIQAT DI HUDAIBIYAH
  47. IKTIBAR DI ATAS KELALAIAN SENDIRI
  48. KUNAFA : PENCUCI MULUT TRADISIONAL TIMUR TENGAH YANG SEDAP!
  49. JABAL TSUR
  50. JABAL AR-RAHMAH (BUKIT KASIH SAYANG) TEMPAT PERTEMUAN KEMBALI NABI ADAM AS DAN HAWA
  51. MIQAT IHRAM UMRAH KETIGA DARI MASJID JI'RANAH
  52. LAMB MADINI
  53. BERCUKUR RAMBUT DI SELURUH KEPALA
  54. MAKAN MALAM DI BANI HASHIM RESTAURANT
  55. SARAPAN NASI GORENG & TERUNG GORENG
  56. PERJALANAN KE THAIF : ZIARAH MASJID ABDULLAH IBN ABBAS
  57. MENCARI MADU DI THAIF
  58. BERSIAR-SIAR DI PERKAMPUNGAN THAIF
  59. MAKAN NASI MAGADIR DI THAIF
  60. LAWATAN KE KILANG MINYAK WANGI ROS DI RASHED AL QURASHI FACTORY, THAIF
  61. MINUM TEH ARAB & MAKAN JAGUNG BAKAR DI TENGAH KABUS
  62. MASJID QARNUL MANAZIL
  63. SESUNGGUHNYA ALLAH TIDAK MENYUKAI ORANG-ORANG YANG BERLEBIH-LEBIHAN.
  64. HIJIR ISMAIL, MULTAZAM, & MENCIUM HAJAR ASWAD
  65. NASI ARAB BURUNG PUYUH, SAMBOOSA & JUS MANGGA
  66. MENDAKI KE GUA HIRA
  67. MAKAN NASI UNTA @ KABSHA HASHI @ CAMEL KABSHA
  68. IKAN KUTAMBAK DI TANAH ARAB
  69. MENCARI ARABIC NOUGAT HONEY ROSE
  70. HARI TERAKHIR DI MAKKAH - TAWAF WIDA' (TAWAF PERPISAHAN)
  71. KENALI WARISAN BUDAYA ARAB DI MUZIUM AL AMOUDI MAKKAH
  72. KING ABDUL AZIZ INTERNATIONAL AIRPORT @ JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT
  73. DARI JEDDAH INTERNATIONAL AIRPORT KE BRUNEI INTERNATIONAL AIRPORT

16 comments

  1. Alhamdulillah kembara jiwa moga Allah permudahkan semua urusan di sana

    BalasPadam
  2. Nampak panas cuaca tanpa awan...
    Terima kasih kak Amie untuk gambar-gambar yang cantik..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Sama-sama Yaya.
      Memang langit biru tanpa cela, panas di padang pasir.

      Padam
  3. Dingin subuh meniup namun terik matahari membawa pergi hawa sejuk ya, Kak Amie. Baca kisah umrah Kak Amie bagai membawa sy ke sana.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waktu pagi memang terasa sejuknya SK. Tapi apabila matahari muncul, memang perit jugalah panasnya, maklum pancaran terus memanah bumi tanpa saringan awan!

      Padam
  4. indahnya...
    tq krn kongsi.
    x pernah jejak kaki lagi :)
    in shaa Allah.

    BalasPadam
  5. Allahuakbar terimbau-imbau kenangan 2017 dahulu. Mudahan ada rezeki dapat pergi lagi

    BalasPadam
    Balasan
    1. Amin ya Allah.
      In syaa Allah akan sampai lagi ke sini.

      Padam
  6. subhaallah cantiknya masjid nabawi tu kak...

    BalasPadam
  7. Teringat bait nasyid Panggilan Haji...dendangan Asiah Jamil

    🎼" Masjidil nabawi terletak makan rasul...
    Taman Raudhah tempat himpun doa..🎶

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe