MH3015 Lahad Datu - Kota Kinabalu
10:17 PTGBismillahirrahmanirrahim.
Tarikh : 26 Disember 2022
Hari : Isnin
Penerbangan MH3015 dari Lahad Datu ke Kota Kinabalu : 01:45 petang.
MASWings Lahad Datu. |
Cuaca cerah.
Langit biru. Awan putih seperti kapas bergantungan.
Langit biru. Awan putih seperti kapas bergantungan.
Pilih minuman jus epal.
Makan sekeping kek.
Entah.... tiba-tiba rasa hiba! Air mata berjuraian sambil memandang tingkap kapal terbang, mana tahu ternampak kereta yang dipandu Abang Farid keluar dari kawasan lapangan terbang. Barangkali Firdaus di dalam kereta sedang memerhatikan pesawat MASWings MH3015 meninggalkan landasan terbang!
Makan sekeping kek.
Entah.... tiba-tiba rasa hiba! Air mata berjuraian sambil memandang tingkap kapal terbang, mana tahu ternampak kereta yang dipandu Abang Farid keluar dari kawasan lapangan terbang. Barangkali Firdaus di dalam kereta sedang memerhatikan pesawat MASWings MH3015 meninggalkan landasan terbang!
Dengan yakin, kami pasrahkan anak-anak untuk mendapat perlindungan-Nya sepanjang pemergian kami untuk mengerjakan umrah : Abang Farid, Firdaus dan Aseeyah.
Setelah minuman habis dihirup dan kek hilang masuk ke perut, mulalah buka buku catatan kecil dan coret-coret sedikit. Tidak lama kemudian, terlelap! Dan apabila terjaga, terdengar pengumuman pesawat akan mendarat sebentar lagi.
Tiba di Lapangan Terbang Kota Kinabalu : 02:40 petang. |
Fairuz dan Haziq sudah menanti kami, dan kami bertolak ke Penampang tempat tinggal Fairuz di Gardens Condominium. Petang itu Fairuz dan Haziq uruskan bekalan ikan dari Kudat. Sempat pula Fairuz pesan: Nanti Mommy masak. Saya ambil ikan segar.
Ikan Belais & Ikan Putih |
Inilah dua ekor ikan belais dan dua ekor ikan putih yang Fairuz pilih untuk dimasak! Memandangkan perut sudah terlalu lapar, kami berdua makan di Restoran Nasi Mandi, Penampang. Ikan-ikan itu akan dimasak untuk makan malam memandangkan Fairuz dan Haziq hanya akan pulang setelah selesai urusan menghantar ikan ke pasaraya di sekitar Kota Kinabalu.
25 comments
Semoga perjalanan Kak Amie menunaikan umrah suami isteri lancar selancar-lancarnya.
BalasPadamDah tengok entri WW Kak Amie. Selamat kembali, kak! 😊
PadamTerima kasih Farrah.
PadamBila citer tentang firdaus mesti dia sedih berjauhan dengan mommy dan baba dia tapi ada kakak aseeyah terubat hati kut. eh saya pula ikut sedih macam firdaus.
BalasPadamAlhamdulillah, Abang Farid dan Aseeyah sudi jaga Firdaus sepanjang tempoh umrah kami. Firdaus memang seronok sangat ada Aseeyah.
PadamSayu hati meninggalkan anak-anak ye Kak Amie.. InsyaAllah mereka sentiasa dalam lindungan yang Esa.. Aamiin..
BalasPadamMemang sayu Sha, tapi kena kuat dan yakin Allah lindungi mereka sepanjang tempoh meninggalkannya.
Padamteringat juga dekat firdaus terdetik dalam hati agaknya firdaus tinggal dengan abg farid dan aseeyah ni..
BalasPadamYa, lama juga Abang Farid ambil cuti jaga Firdaus, sampai kami balik.
PadamTak ada pulak gambar Daus babai mommy sambil peluk Kak Aseeyahnya.
BalasPadamWaktu hantar di Airport Lahad Datu, Encik Suami tidak bagi anak-anak tunggu kami terbang. Encik Suami takut Firdaus menangis. Kami cepat-cepat masuk dewan menunggu, dan Abang Farid terus bawa semua naik kereta pergi makan. Tu yang tak sempat ambil gambar.
PadamTak sabar nak baca catatan cikgu ke tanah suci. Dan juga cerita firdaus yang ditinggalkan.
BalasPadamTerima kasih Jaja. Nanti Kak Amie tulis pelan-pelan ye. Banyak yang hendak diimbas kembali hihihiii.
PadamAlaaaa...belated sayu dan hiba mengenang Daus walaupun dah lebih 2 minggu berlalu..
BalasPadamAlhamdulillah ...semoga mendapat umrah yang maqbul🤲
Amin ya Allah. Terima kasih doanya Mama Cella.
Padambila cerita pasal umrah nak bermula kak? mesti rindu betul kan kat si kecik tu ye kak
BalasPadamIn syaa Allah, kakak tulis ikut kronologi. Cuma buat masa ini, hati sangat sebak, setiap kali hendak tulis, airmata berjurai-jurai gugur.
PadamBarangkali sibuk dengan urusan umrah ketika itu, tidaklah begitu banyak masa melayan rasa dan kuranglah rindu kepada si kecik tu.
sedih rasa bila kena tinggalkan anak utk bermusafir kan Kak Amie. Masa bekerja dulu bila kena outstation je malam saya tak boleh tido terkenangkan anak2 yg saya tinggalkan dgn mak, padahal pergi 1-2 hari je pun. Apa lagi nak tinggalkan berminggu2 lamanya.
BalasPadamBetul Carneyz. Itulah kami minta Abang Farid balik ke Lahad Datu untuk jaga Firdaus, dan kebetulannya waktu Firdaus sekolah, kami masih di sana. Lega rasanya apabila ada yang melihat Firdaus sepanjang masa.
PadamOk kak. Amie..Yaya follow cerita satu persatu..tak sabar nak tunggu kak berkongsi kisah semasa umrah.
BalasPadamTerima kasih Yaya.
PadamFairuz tenth hendak makanan hasil air jangan Puan Amie. Bukan selalu dapat.
BalasPadamBetul tu NA. Waktu kami balik dari Mekah pun, dia minta buat mi goreng, tapi tak dapatlah nak masak sebab sangat letih.
PadamWAH..MATA TERPANDANG IKAN TU..SEGARNYAAA....
BalasPadamSA dengan ikan berpisah tiada, terutama ikan segar hihihiii.
Padam