Kembali Pada-Mu & Melamar Senda di Wilayah Kota
2:08 PTGHari ini agak letih sedikit. Masuk bilik, dan ingin lelapkan mata seketika. Harapnya sebelum waktu Zohor, akan rasa sedikit segar. Tiba-tiba Firdaus ketuk pintu bilik dan hulurkan satu bungkusan. Oh! Rasanya sudah tidak ada lagi pembelian online, tetapi nama penerimanya Amie. Apabila terbaca alamat dari Puchong, sudah dapat agak siapa pengirimnya.
Terima kasih sahabat baik Amie, Nur Raudah yang sudi kiramkan dua buah buku:
- Kembali Pada-Mu ( Bercakap dengan Cermin Muhasabah Diri)
- Melamar Senda Di Wilayah Kota (Anekdot Fragmen Kehidupan)
Kembali Pada-Mu & Melamar Senda di Wilayah Kota |
Kembali Pada-Mu |
Kembali Pada-Mu mengandungi 32 buah kisah pelbagai ibrah sebagai dakwah santai yang patut dibaca. Amie sempat baca kisah pertama berjudul : Rindu Jalan Pulang.
Kemudian Amie lompat baca ke muka surat 155, untuk membaca hasil tulisan Nur Raudah. Pada halaman ini tertulis tajuk: Anak Angkat LGT. Raudah mengisahkan peristiwa kehilangan anak lelakinya Luqman yang berusia tiga tahun ketika sedang bercuti di Genting Highland. Rentetan daripada peristiwa yang sangat mendebarkan itu, Raudah menyelitkan sesuatu bahawa itu merupakan teguran dari Allah bahawa tempat tersebut tidak sesuai untuk dijadikan tempat rehlah untuk kanak-kanak seperti Luqman.
Tak sabar nak terus baca halaman yang lain. Tapi kena berhenti dahulu sebab lagilah rasa tak sabar nak belek buku Melamar Senda di Wilayah Kota.
Melamar Senda di Wilayah Kota |
Melamar Senda Di Wilayah Kota menghimpunkan karya 20 penulis yang menghasilkan anekdot dan fragmen kehidupan. Karya-karya yang dihasilkan merupakan pengalaman daripada perjalanan hidup penulis bersama-sama insan yang terdekat dalam menempuh kehidupan yang bermakna berlatar belakangkan wilayah kota.
Amie selak halaman 141 di bawah tajuk Aku Minah Rempit.
Oh! Raudah imbas kembali kisah berpuluh tahun yang lalu.
Kisah sewaktu kami menjadi mahasiswi Universiti Malaya.
Kisah motosikal Honda C70 kesayangannya yang dibeli dengan harga RM600, dan entah kali ke berapa kenderaan keramat roda dua itu bertukar tangan dari senior ke senior yang lain dan kemudian bertemu jodoh dengan Raudah pula. Bersamanyalah kami merempit ke sana ke sini di sekitar Petaling Jaya dan Kuala Lummpur. Dengan motosikal itulah Raudah tunggang dari Kuala Lumpur ke Sabak Bernam. Dari Sabak Bernam ke rumah Amie di Jeram! Dan sudah tentulah ada satu peristiwa yang tak mungkin dapat Amie lupakan seperti yang ditulis oleh Raudah di bawah ini:
Masih jelas terbayang dalam ingatan, bagaimana Raudah cuba melepasi sebuah lori yang sangat besar! Kalau tak silap lori 22 buah tayar. Peristiwa itu berlaku di hadapan Hospital Besar Ampuan Rahimah Klang sewaktu kami dalam perjalanan pulang dari membuat penyelidikan cempuling di Teluk Panglima Garang.
Tiba-tiba sebuah lori yang lebih kurang sama saiz muncul dari arah hadapan!
Amie peluk pinggang Raudah sekuat-kuatnya sambil berteriak : Raudah!!!!!
Amie peluk pinggang Raudah sekuat-kuatnya sambil berteriak : Raudah!!!!!
Ya Allah!
Bersama motosikal kami masuk di bawah perut lori!
Ketika itu Amie sempat melihat pemandu lori mengeluarkan kepalanya sambil berteriak dan serentak itu bunyi hon bergema kuat!
Ya Allah Ya Tuhanku.
Amie sempat beristighfar.
Amie sempat mengucap dua kalimah syahadah.
Raudah terus memecut laju.
Tetapi selepas itu, setelah jauh dari lori tadi kami sama-sama ketawa.
Allahu Akbar!
Raudah!
Rupanya Amie pernah jadi minah rempit walaupun sekadar pembonceng motosikal Honda C70! Dahsyatnya!
10 comments
Laaa... scary-nya, Amie. Udah macam drama drift kete, masuk bawak lori. Nasib baik korang tak apa-apa.
BalasPadamMenarik kedua-dua buku tu, Amie. Selamat membaca, ye. :)
menariknya pengalaman lalu dibukukan. Kenangan tu kak amie zaman belajar. Honda ke yamaha tu kak amie? Baca bawah sekali yamaha, dalam buku honda. Jauh tu dari KL ke sabak. naik kereta pun dah rasa jauh, inikan naik motor. Zaman belajar saya pun merempit gak. Balik kampung dari Shah Alam ke Segamat naik motor sorang. Berdebar gak potong lori besar tu. Tapi itulah, zaman jiwa kental masa study. kenangan sungguh :)
BalasPadamselamat membaca..
BalasPadamAnekdot ni kalau tak silap saya, cerita pendek yang melucukan.. Betul kan?
BalasPadamYa Allah.. cemana tu masuk bawah lori tegak atau mengiring, tak dapat dibayangkan.
BalasPadamSk teringat dulu bonceng motor kawan2 kali tepi bas pun dah seriau sangat, hihihi
Ya allah seriauu nya baca masuk bawah perut lori!
BalasPadamSaya naik motor pun kalau lalu tepi bas lori pun dah kecut perut >.<
Alhamdulillah kak amie dengan raudhah tak ada apa apa.
selamat membaca kak amie. seronok baca cerita2 pendek ni
BalasPadamYa allah scarynya kak amie..macam menarik je buku ni...ada di jaul di pasaran ke..
BalasPadamadoiiii seriaunyaaaaaa x dpt nk byg kan bila terseret mcm tu.... kita yg jatuh sikit dan melelas kepala lutut dah menjerit apatah lg mcm ni aduhhh...
BalasPadamnampak menarik laaa buku nii kak Amie.hehe
BalasPadam