Underwater Great Wall

10:07 PTG

Kita sambung pelayaran dari pulau ke pulau.
Dari Blue Ring Reef kita terus ke Pulau Maganting, dan sekarang kita singgah di Underwater Great Wall pula. Sepanjang berada di dalam bot, sering kali terpandang seakan-akan batu-batu terpacak di permukaan air di beberapa tempat, sama ada di tengah laut atau di tepi pantai pulau. Mari kita lihat apa sebenarnya yang kami sangka batu-batu di tengah laut itu?

Menurut pemandu bot, tempat persinggahan kami di tengah laut ini dipanggil Great Wall. Great Wall bermaksud tembok besar. Mari kita tambah info tentang Great Wall  di Kunak ini. Ia dinamakan Underwater Great Wall, dan berbentuk seperti dinding batu-batan.  Dahulu kawasan ini digunakan untuk menahan kayu balak dari hanyutkan arus. Sekarang Underwater Great Wall sudah dipromosikan sebagai salah satu tempat pelancongan di Kunak.

Underwater Great Wall


Sekiranya kita tiba di sini ketika air surut, dapat menyaksikan pemandangan batu-batan yang merupakan tembok bawah air ini. Sekiranya air pasang, semuanya akan tenggelam.


Ketika melangkahkan kaki di atas batu-batan ini kenalah berhati-hati!
Ia susunan batu, tetapi bukan sebarang batu tau! Nak duduk di atasnya pun kena cari tempat yang sesuai. Eloklah bawa lapik seperti kertas atau kotak untuk duduk.
Sebab apa?
Cuba tengok gambar susunan batu-batan di bawah ini.


Ia bukan sebarang batu kerana sudah diselimuti oleh berjuta-juta teritip!
Kulit teritip yang melekat di situ pula sangat tajam! Selain pakaian akan tercalar, terasa sakit pula duduk lama-lama di atasnya terutama ketika bergambar.




Hati-hati mencari tapak untuk bergambar!
Kalau jatuh ke kiri atau ke kanan akan termasuk ke dalam air, tapi kalau jatuh tergolek atas batu alamat bondaslah seluruh badan. Eh, faham ke apa itu bondas? Dah lama tak gunakan perkataan ini... ahaks!





Rasa teruja pula untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Underwater Great Wall ini. Teringat zaman dahulu sewaktu di bangku sekolah. Kita suka  belajar geografi fizikal, tapi biasanya dapat markah tinggi untuk geografi kawasan pula. Banyaklah jenis batuan di dunia kita pelajari, tapi batu yang kami jejaki di Kunak ini belum masuk sukatan pelajaran pada zaman kami itu!

Habislah cerita di Underwater Great Wall yang terletak di Pulau Bohayan.
Bot meneruskan pelayaran ke destinasi seterusnya.
Cantiklah pulau dalam gambar di bawah ini!


Bot tidak singgah di pulau ini.
Ikut sajalah ke mana bot bawa kami.
Duduklah diam-diam dalam bot.

20 comments

  1. Cantik kawasan ni… permandangan mesti cantik

    BalasPadam
  2. Wah bestnya dpt melangkah atas batu2 sampai ke tengah laut

    BalasPadam
  3. Wah, seronoknya cikgu dah mula menjelajah dunia yer...Sabah memang banyak pulau-pulau menarik.Bertuahnya dengan kurniaan Allah memiliki alam semulajadi yang cantik.Encik Majid pula sporting yer memahami minat suri hatinya..Alhamdulillah

    BalasPadam
  4. cantiknya model greatwall ceria suasana indah

    BalasPadam
  5. saya tertarik betul dengan baj colorful tu hehe

    BalasPadam
  6. bondas lah sakit badan semua ya kak....
    memang cantik pemandangan nya kak... yelah kalau tak hati-hati mau habis luka berdarah kena batu tuh kan, kulit teritip tu tajam kan sebenarnya...

    BalasPadam
  7. Seronoknya berpeluang dekati alam indah begini.
    Pertama kali dengar bondas 😊

    BalasPadam
  8. Seronoknya jalan-jalan ke pulau dengan kawan-kawan.
    Batu ada teritip..memang tajam dan sakit.

    BalasPadam
  9. Teritip pun gigih juga pakat bergambar tu :D

    BalasPadam
  10. Cantiknyaaa...sumpah jeles...nak pergi sini jugakkkkk

    BalasPadam
  11. OOoo... sana pun ada great wall ye?

    BalasPadam
  12. Cantiknya.. Hotspot untuk bergambar juga ni.. :)

    BalasPadam
  13. Subhanallah... cantik nyer view situ.. air pun jernih je keliling tembok tu.

    BalasPadam
  14. Underwater great wall pun ada. Uishh tak dapat bayangkan kalau terduduk tanpa alas tu. Memang kena hati hati. Posing ala model nampak tu Kak Amie. Hihi...
    Curios pulak tengok pulau tu. mungkin ada sebabnya kenapa tak boleh berhenti di situ.

    BalasPadam
  15. Your good writing makes many people feel happy.
    With a lot of writing, you are moved a lot. I also have a lot of interactions with you
    I want to feel alive and be happy, saying that I will be a good friend with you, and I will be very happy too. I hope there are always good things and happy days. I always cheered for you.
    Thank you



    토토사이트웹
    먹튀검증

    BalasPadam
  16. I was studying some of your content on this internet site and I think this internet site is very informative!
    Keep on posting.

    섯다 팁
    고스톱

    BalasPadam
  17. If some one wants expert view on the topic of blogging
    and site-building then i recommend him/her to go to see this web site,
    Keep up the good work.


    토토사이트
    메이저사이트 목록
    먹튀검증

    BalasPadam
  18. pandai masing-masing berposing. menarik juga Underwater great wall ni. kalau gambar dari dalam air mesti lagi cantik

    BalasPadam
  19. tajamnya batu kat situ. nak cari tmpt nak duduk pon kena fikir byk kali..

    BalasPadam
  20. Sebut underwater great wall terbayang itu tembok pertahanan insane kerdil.tinggi sgt imagination Ammi ni

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe