Menikmati Keindahan Blue Ring Reef (Terumbu Lingkaran Biru)

11:52 PG

Pernah dengar tentang Blue Ring Reef atau Terumbu Lingkaran Biru? Bayangkan anda seorang penyelam, dan memasuki gua di bawah air sedalam 15 meter dan kemudian keluar dengan penuh takjub apabila  mata menyaksikan pemandangan seakan permatang gunung di permukaan laut!

Tempat tarikan pelancong yang sudah dijadikan tapak selam skuba yang menakjubkan ini ditemui pada tahun 2017. Tapak ini ditemui oleh pengendali Pirate Divers Lahad Datu iaitu Glen Hapirulla bersama pasukannya ketika menjelajah tapak menyelam baru di perairan Silam. Untuk lanjut boleh klik FB di sini: Glen Hapirulla.

Sehingga kini, Blue Ring Reef telah menjadi daya tarikan pelancongan dunia dan sebaris hebat dengan:
  • The Great Blue Hole di Amerika Tengah
  • Blue Hole Dean di Bahamas
  • Dragon Blue Hole di China

Sumber: Google

Blue Ring Reef terletak di Terumbu Tingkayu, Teluk Darvel, Lahad Datu, Sabah. Pada tahun 2019, kawan-kawan ajak ke Blue Ring Reef mengikut pakej Pirate Divers dari perairan Silam , tetapi waktu itu Amie ada kekangan. Alhamdulillah, rezeki untuk ke Blue Ring Reef sampai pada 4 Disember 2021.

Terima kasih Kamsiah kerana berusaha gigih mengurus perjalanan kali ini. Kami melalui perairan Kunak. Jadi, seawal pukul 6 pagi kami sudah bersedia untuk bertolak dari Lahad Datu menaiki bas yag disewa khas. Dalam perjalanan menuju destinasi, kami sempat isi perut dengan kuih-muih yang dibeli di gerai.

Sayangnya, seminggu sebelum perjalanan bermula, Kamsiah jatuh sakit. Walaupun mula beransur sembuh, tapi Kamsiah masih memerlukan rehat untuk sehat sepenuhnya. Jadi, jumlah kami tinggal 7 orang sahaja. 


Sementara menunggu bas tiba untuk ambil geng kaki pulau, Misa sempat bantu peniaga kuih menjual di warung tepi jalan. Banyaklah pula kuih-muih yang Misa bawa naik bas. 


Kami menaiki bot dari Jeti Pirates Bay, Kunak.


Pelayaran pun bermula. Rasa sungguh nyaman ketika menikmati angin laut yang dingin menampar wajah! Jangan lupa sapu losyen elak sunburn.

Geng Kaki Pulau : Nano, Jusna, Misa, Gee, Dar, Maidah & Amie


Kami menaiki bot dari jeti di Pirates Bay pada pukul 8:30 pagi. Perjalanan untuk sampai ke Blue Ring mengambil masa selama 23 minit. Setibanya kami di kawasan lubang biru, bot milik Pirate Divers sudah ada di situ. Sherhan, pemilik bot yang kami naiki memberitahu para penyelam yang mengikuti pakej Pirate Divers sedang berada di dalam gua air.

Kawan-kawan Amie yang terdahulu menaiki bot ini, pakej Pirates Divers.


Nun di atas sana, drone sedang berpusing keliling dengan bunyi seperti lebah  menjalankan tugasnya merakam suasana dari udara. Sudah tentulah pemilik drone dapat gambar yang sangat cantik seperti di bawah ini. 

Inilah tempat yang kami kunjungi itu. Ketika kami sedang menikmati pemandangan batu karang yang cantik di perairan yang cetek, tiba-tiba bot berada di atas air berwarna biru gelap yang menunjukkan betapa dalamnya kawasan tersebut. Kami telah memasuki Blue Ring Reef! Yeayyy! Kami sedang berada di atas salah satu blue hole terhebat di dunia!

Sumber : Google


Sempat rakan gambar sebelum bot memasuki blue hole! 



Tak dapat rakam gambar keradaan bot yang dinaiki, tangkap sajalah gambar bot Pirate Divers di bawah ini. Bot nampak kosong kerana para penyelam sedang menyelam di bawah air.

Bot milik Pirates Divers.


Ini dia tujuh puteri duyung yang sedang berada di atas Blue Ring Reef!


Gee, Maidah, Nano dan Misa merupakan penyelam hebat! Ada di antara mereka sudah memiliki sijil menyelam. Tapi kali ini hanya bersnorkeling sahaja.


Sedia untuk terjun ke laut!


Sudah tentulah rasa seronok sangat dapat melihat pemandangan di bawah air!


Encik Sherhan membawa mereka ke tempat tinggal ikan nemo. Katanya ada dua sarang nemo di situ.

Sementara menunggu empat sekawan menikmati panorama alam di bawah air, kami bertiga membuka bekalan yang dibawa dari Lahad Datu. Sambil menyaksikan pemandangan laut dari Terumbu Lingkaran Biru, kami makan:
  • Buras
  • Ayam Masak Palekko'
  • Rendang Daging
  • Sandwich Roti Telur
  • Puding Karamel
  • Pegedil Kentang
  • Pegedil Jagung
  • BuahTembikai
  • Buah Oren

Asbrie & buras.

Terima kasih Asbrie, belanja kami makan buras. Asbrie merangkap pemandu bas dari Lahad Datu ke Kunak dan terus menjadi security guard kami sepanjang pengembaraan dari pulau ke pulau.

Pegedil kentang.


Pukul 3 pagi, Jusna sudah bangun sediakan bekalan. Katanya kukus (panaskan semula buras), sambilmenggoreng pegedil kentang dan pegedil jagung. Apabila makan pegedil kentang dan pegedil jagung, tiba-tiba teringat Firdaus yang suka sangat makan kedua-duanya ini.

Pegedil Jagung.


Menikmati sepuas-puasnya pegedil jagung. Kalau tidak ingat 4 orang yang sedang bersnokerling, memang mahu makan banyak-banyak... ahaks! Lama rasanya Amie tak buat pegedil jagung di dapur sendiri.
Rendang Daging.

Rendang daging ini datangnya dari dapur Amie. Boleh dinikmati bersama buras. Dar pula bawa Ayam Palekko. Masakan ayam ini memang gandingan mantap makan dengan buras. Memang itulah pasangan yang sangat serasi : Buras + Ayam Palekko'.

Oleh kerana dalam kembara, kami sepakat masakan rendang dan ayam perlu dikurangkan tahap kepedasannya. Jadi, Amie hanya bubuh 5 tangkai cili kering dalam rendang, dan Dar pula kurangkan kuantiti cili padi dalam masakan ayam pelekko'.

Ayam Palekko'

Oren

Nano bawa apa tu?

Tembikai Merah

Puding Karamel.

Sandwich Roti Telur.


Gee bawa sandwich roti telur. Banyak juga bekalannya, sebab kami mula makan sandwich roti telur dari Lahad Datu. Masih ada satu bekas, dibawa naik bot.


Puas bersnokerling, mereka berempat  masuk ke dalam bot dan isi perut.
Kemudian terjun semula ke dalam air.


Aksi terjunan bebas ke dalam Blue Ring Reef.


Turut serta bersama-sama kami, rakan sekerja (sudah bersara awal) Puan Hajah Al Maidah (depan kanan), sepupu Glen Hapirulla, pengendali Pirate Divers (orang pertama bersama kumpulannya yang menemui Blue Ring Reef.

Aksi 4 Sekawan.



Kawan-kawan!
Jom naik atas bot!
Kita teruskan pelayaran ke tempat lain pula!


Ketika bot meninggalkan kawasan Blue Ring Reef, bot Pirate Divers masih berada di situ. Nampaknya para penyelam belum puas menerok dunia bawah air melalui lubang gua Terumbu Lingkaran Biru.

17 comments

  1. Allahuakbar, Subhanallah... Seronoknya dapat melihat ciptaan Allah yang Maha Hebat..

    BalasPadam
  2. MashaAllah seronoknya bersama kawan-kawan meneroka Blue Ring Reef yang menakjubkan, ada aksi terjun bebas lagi, dalam asyik membaca ada juadah sedap-sedap makan atas bot...

    BalasPadam
  3. SUBHANALLAHH cantiknyaaaaa . macam best ja ni tapi sayangggg , ida tak reti berenang apatah lagi nak menyelam huhu

    BalasPadam
  4. Kalau saya pun tidak pandai snorkeling.
    Seronok tengok pemandangan sambil makan.

    BalasPadam
  5. Allahu...seronoknya berpeluang jadi puteri duyung. tapi saya memang jenis yang tak berair. mudah panik

    BalasPadam
  6. Ya Allah bestnya. Rindu sangat nak snorkeling. Nanti bolehla bawak saya ke sini ye. Hehe

    BalasPadam
  7. Cantik kawasan ni, tak tahu pula area lahad datu ade port diving mcm ni. Kalau ade lesen scuba mesti seronok

    BalasPadam
  8. subhanallah, cantiknya kak blue ring reef tu...
    seronok siap bersnorkeling semua ya... bekalan yang di bwa pun mantap betul nengoknya...
    seronok buat gaya pot luck gini

    BalasPadam
  9. Inilah idaman SA kak Amie...bestnyaaa...psst...kak amie kena sunburn x?

    BalasPadam
  10. Wahhh.. tak mabuk pulak duduk makan2 atas air tu? Aaaaa.. kenapa Kak Amie tak terjun sekali.

    Tapi, jika saya pun sama tak terjun, sebab sy fobia air terutama di tengah laut, tak tahulah kenapa tak reti, hihi.

    BalasPadam
  11. Seronoknya dapat jadi duyung...hihihihi

    BalasPadam
  12. Pertama kali dengar nama tempat Blue Ring Reef. Seronoknya kat sabah banyak pulau cantik dan menarik. Best jugak ada pengalamanan dapat jejak sini. Dapat jugak berkelah di Pulau. Sedap bekal masing masing. Mesti cantik keindahan bawah laut tu. Seronok dapat snorkeling.

    BalasPadam
  13. cantiknya blue ring reef tu. Syiok pulak tenguk orang snorkling

    BalasPadam
  14. cntik blue ring reef. teringin nak ke sini jgk satu hari nnti

    BalasPadam
  15. Seronoknya..bilalah Ammi ada peluang nak ke Sabah agaknya

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe