Kita sambung pelayaran dari pulau ke pulau.
Dari Blue Ring Reef kita terus ke Pulau Maganting, dan sekarang kita singgah di Underwater Great Wall pula. Sepanjang berada di dalam bot, sering kali terpandang seakan-akan batu-batu terpacak di permukaan air di beberapa tempat, sama ada di tengah laut atau di tepi pantai pulau. Mari kita lihat apa sebenarnya yang kami sangka batu-batu di tengah laut itu?
Menurut pemandu bot, tempat persinggahan kami di tengah laut ini dipanggil Great Wall. Great Wall bermaksud tembok besar. Mari kita tambah info tentang Great Wall di Kunak ini. Ia dinamakan Underwater Great Wall, dan berbentuk seperti dinding batu-batan. Dahulu kawasan ini digunakan untuk menahan kayu balak dari hanyutkan arus. Sekarang Underwater Great Wall sudah dipromosikan sebagai salah satu tempat pelancongan di Kunak.
Underwater Great Wall |
Sekiranya kita tiba di sini ketika air surut, dapat menyaksikan pemandangan batu-batan yang merupakan tembok bawah air ini. Sekiranya air pasang, semuanya akan tenggelam.
Ketika melangkahkan kaki di atas batu-batan ini kenalah berhati-hati!
Ia susunan batu, tetapi bukan sebarang batu tau! Nak duduk di atasnya pun kena cari tempat yang sesuai. Eloklah bawa lapik seperti kertas atau kotak untuk duduk.
Sebab apa?
Cuba tengok gambar susunan batu-batan di bawah ini.
Ia bukan sebarang batu kerana sudah diselimuti oleh berjuta-juta teritip!
Kulit teritip yang melekat di situ pula sangat tajam! Selain pakaian akan tercalar, terasa sakit pula duduk lama-lama di atasnya terutama ketika bergambar.
Hati-hati mencari tapak untuk bergambar!
Kalau jatuh ke kiri atau ke kanan akan termasuk ke dalam air, tapi kalau jatuh tergolek atas batu alamat bondaslah seluruh badan. Eh, faham ke apa itu bondas? Dah lama tak gunakan perkataan ini... ahaks!
Rasa teruja pula untuk mengetahui dengan lebih lanjut tentang Underwater Great Wall ini. Teringat zaman dahulu sewaktu di bangku sekolah. Kita suka belajar geografi fizikal, tapi biasanya dapat markah tinggi untuk geografi kawasan pula. Banyaklah jenis batuan di dunia kita pelajari, tapi batu yang kami jejaki di Kunak ini belum masuk sukatan pelajaran pada zaman kami itu!
Habislah cerita di Underwater Great Wall yang terletak di Pulau Bohayan.
Bot meneruskan pelayaran ke destinasi seterusnya.
Cantiklah pulau dalam gambar di bawah ini!
Bot tidak singgah di pulau ini.
Ikut sajalah ke mana bot bawa kami.
Duduklah diam-diam dalam bot.
Ikut sajalah ke mana bot bawa kami.
Duduklah diam-diam dalam bot.
Cantik kawasan ni… permandangan mesti cantik
BalasPadamWah bestnya dpt melangkah atas batu2 sampai ke tengah laut
BalasPadamWah, seronoknya cikgu dah mula menjelajah dunia yer...Sabah memang banyak pulau-pulau menarik.Bertuahnya dengan kurniaan Allah memiliki alam semulajadi yang cantik.Encik Majid pula sporting yer memahami minat suri hatinya..Alhamdulillah
BalasPadamcantiknya model greatwall ceria suasana indah
BalasPadamsaya tertarik betul dengan baj colorful tu hehe
BalasPadambondas lah sakit badan semua ya kak....
BalasPadammemang cantik pemandangan nya kak... yelah kalau tak hati-hati mau habis luka berdarah kena batu tuh kan, kulit teritip tu tajam kan sebenarnya...
Seronoknya berpeluang dekati alam indah begini.
BalasPadamPertama kali dengar bondas ๐
Seronoknya jalan-jalan ke pulau dengan kawan-kawan.
BalasPadamBatu ada teritip..memang tajam dan sakit.
Teritip pun gigih juga pakat bergambar tu :D
BalasPadamCantiknyaaa...sumpah jeles...nak pergi sini jugakkkkk
BalasPadamOOoo... sana pun ada great wall ye?
BalasPadamCantiknya.. Hotspot untuk bergambar juga ni.. :)
BalasPadamSubhanallah... cantik nyer view situ.. air pun jernih je keliling tembok tu.
BalasPadamUnderwater great wall pun ada. Uishh tak dapat bayangkan kalau terduduk tanpa alas tu. Memang kena hati hati. Posing ala model nampak tu Kak Amie. Hihi...
BalasPadamCurios pulak tengok pulau tu. mungkin ada sebabnya kenapa tak boleh berhenti di situ.
Your good writing makes many people feel happy.
BalasPadamWith a lot of writing, you are moved a lot. I also have a lot of interactions with you
I want to feel alive and be happy, saying that I will be a good friend with you, and I will be very happy too. I hope there are always good things and happy days. I always cheered for you.
Thank you
ํ ํ ์ฌ์ดํธ์น
๋จนํ๊ฒ์ฆ
I was studying some of your content on this internet site and I think this internet site is very informative!
BalasPadamKeep on posting.
์ฏ๋ค ํ
๊ณ ์คํฑ
If some one wants expert view on the topic of blogging
BalasPadamand site-building then i recommend him/her to go to see this web site,
Keep up the good work.
ํ ํ ์ฌ์ดํธ
๋ฉ์ด์ ์ฌ์ดํธ ๋ชฉ๋ก
๋จนํ๊ฒ์ฆ
pandai masing-masing berposing. menarik juga Underwater great wall ni. kalau gambar dari dalam air mesti lagi cantik
BalasPadamtajamnya batu kat situ. nak cari tmpt nak duduk pon kena fikir byk kali..
BalasPadamSebut underwater great wall terbayang itu tembok pertahanan insane kerdil.tinggi sgt imagination Ammi ni
BalasPadam