Sambal Belacan Siam Air Tangan Anak Buah

12:36 PTG

Sewaktu anak-anak buah hendak datang ke rumah kami tempohari, Amie sudah siapkan Sambal Belacan Siam dan simpan di dalam peti sejuk. Oleh kerana akan ada ikan bakar dan ulam-ulaman, jadi bolehlah cecah dengannya. Anak-anak buah pula cadang nak buat sambal sendiri apabila sampai di rumah kami. Amie pun sediakan bahan-bahan untuk membuat sambal kegemaran mereka. Sebelum itu Amie tunjukkan Sambal Belacan Siam yang sudah siap.

Apabila anak-anak buah cuba makan Sambal Belacan Siam tadi, masing-masing sepakat mengatakan tak perlu buat sambal yang mereka cadangkan. Kata mereka Sambal Belacan Siam sudah cukup sedap!

Tapi kena tambah lagi. Takut tak cukup sebab sedap, kata anak buah.
Kalau begitu, baiklah kamu yang buat. Nanti auntie tunjukkan caranya, kata Amie pula.
Semuanya bersetuju dan inilah peluang untuk mereka belajar buat Sambal Belacan Siam.

Senang kerja!
Arahkan saja kumpul bahan itu dan ini. Dapatlah semangkuk besar Sambal Belacan Siam yang dicampur dengan sambal yang Amie sudah buat.

Jom lihat Sambal Belacan Siam hasil air tangan anak-anak buah kami.

Sambal Belacan Siam.

 Bahan-bahan:

  • 2 sudu besar belacan Thailand
  • 4 sudu besar gula kabung / gula Siam
  • 10 biji bawang merah
  • 30  biji cili padi
  • 2 biji cili merah
  • 2 biji tomato saiz sederhana - belah 4
  • 15 biji limau kasturi - ambil jusnya  (ambil tiga biji yang sudah diperah - cincang)
  • garam / perasa pilihan

Cara:

  1. Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar.
  2. Tekan button on sekejap-sekejap supaya sambal tidak hancur.

Sambal Belacan Siam.


Baki Sambal Belacan Siam dibahagi sama rata, dibawa pulang anak-anak buah. Alhamdulillah. Masih terasa-rasa meriah dan seronoknya melayan anak-anak buah! Yang seorang sudah terbang ke Kota Kinabalu pada petang Sabtu dan yang seorang lagi hari ini berangkat ke Kota Kinabalu juga melalui jalan darat. Moga selamat sampai.

46 comments

  1. Balasan
    1. Ya. biasanya dalam set masakan Thailand, memang disajikan sambal belacan, tom yam, som tam, telur dadar dan ikan goreng sos Thai.

      Padam
  2. Makan dengan nasi panas dan ulam-ulaman campur ikan masin bulu ayam pun dah cukup ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Betul sangat tu. Cukup dah untuk jamu selera.

      Padam
  3. Hebat penangan "Siam" ni kan...
    Tapi memang resipi & makanan mereka sedap serta diterima di seluruh dunia..terliur pulak sambal belacan tu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Inilah penangan sejak balik dari Bangkok... muka tak tahu malu. Tiap kali makan kalau ada hidangan sambal belacan, mesti nak minta tambah. Akhirnya bawa balik belacan siam dengan gula siam sekali.

      Padam
  4. kak Amie bagi lah contoh bergambar belacan siam dan gula siam tu.. dah beberapa kali lalu lalang sambal ni, teringin juga lah nak buat.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ada beberapa kali saya share entri sambal belacan Siam. Nantilah kalau saya buat lagi saya share gambar ya.

      Padam
  5. Wah..cukup sempurna termasuk rasanya

    BalasPadam
    Balasan
    1. In syaa Allah.
      Cukup bahan dan cukup rasa, sempurnalah sambalnya.

      Padam
  6. dana biasa juga buat sambal belacan gini tp bukan belacan siam kak... hehehhe
    dana suka boh kulit limau kasturi tu, auto tambah sedap dan bau harum

    BalasPadam
    Balasan
    1. Abang Farid belikan belacan Siam dengan gula Siam, tu yang selalu menyambal belacan Siam hahahaaa. Memang sedap bubuh kulit limau kasturi tu. Wangi dan sambalpun nampak ceria hihihii.

      Padam
  7. Balasan
    1. Sekali-sekala Uncle. Nak juga merasa versi yang dah siap.

      Padam
  8. Wow....nice soups,thanx for posting such amezing recipe.if you read tech article you can visit our blog https://www.humbaa.com

    BalasPadam
  9. Dari sehari ke sehari ammi nak order gula kabung. Masa nak guna bukan main ingat lagi.. Pastu lepas siap masak terus lupa

    BalasPadam
  10. terbaik kak amie..boleh la shida cuba buat juga sambal version ni
    tq sharing kak :)

    BalasPadam
  11. Alahai bagaikan terasa pedas,manis,masam dan masinnya Amie..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Alahai.... sambal ini hanya tinggal tatapan sahaja. Dah habis pun...kenalah buat lagi sebab terasa-rasa pedas, manis, masam dan masinnya hihihiii.

      Padam
  12. Belacan Siam tu macamana Kak Amie? Kita ada belacan Tg Dawai je :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Beli di shopee PH. Rasa dia ada beza dengan belacan kita.

      Padam
  13. Balasan
    1. Memang sedap Rosa hahahaaa... tu pasal anak-anak buah minta tambah lagi.

      Padam
  14. Tengok sambal belacan kak amie terus teringat kedai tomyam... sama sebiji macam ni...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kan... Lina. Tak lengkap kalau tak ada sambal belacannya.

      Padam
  15. Meriah dapur Kak Amie ada anak anak buah belajar sambal belacan siam. Penangan sambal belacan siam sedap, terus semua nak belajar. Siap dapat bekal bawak balik.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang meriah Fizah. Selalunya sunyi sepi di dapur. Sekali-sekala riun rendah rasa seronok sangat.

      Padam
  16. Sambal belancan ada limau memang syedapp woahh.

    BalasPadam
  17. sambal belacan siam, belacannya mesti dari siam kan

    BalasPadam
  18. Wow nampak sedap tu tapi kalau mama makan mmg gatal la hidung verhari2

    BalasPadam
  19. gune belacan malaysia tak bole ke kak?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ikut suka citarasa nak guna belacan apa. Kebetulan akan ada belacan Diam dan gula Siam, jadi namakan Sambal Belacan Siam.

      Padam
  20. mesti sedap sbb air tangan anak buah..

    BalasPadam
  21. Semua anak- anak buah sediakan...senang kerja makcik2 ye...

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe