Hari Ini 14 September 2021

10:12 PTG

Hari ini 14 September. Hari Selasa. Hari ulang tahun kelahiran anak bujang kami yang kedua. Memang tak dapat dilupakan sepanjang tempoh alahan sewaktu hamil, Encik Suami melayan dengan sabar. Asyik muntah tak boleh telan makanan. Sampai satu tahap, terpaksa dirujuk ke hospital kerana muntah bercampur darah akibat luka di kerongkong. Injection diberikan untuk tahan muntah. Kalau tak henti muntah terpaksa diahan di wad. 

Ketika itu hanya boleh makan buah-buahan tetapi tengok jenis buah pula. Kalau makan epal, muntah semula. Akhirnya dengan izin Allah, bertemulah dengan sejenis buah yang tidak dimuntahkan semula selepas melepasi tekak. Tak lain tak bukan buah tembikai. Kebetulan waktu itu jerebu melanda. Setiap hari Encik Suami akan beli buah tembikai kerana buah itu sahaja yang boleh dimakan! Bayangkan hampir dua bulan lamanya makan buah tembikai!

Berat badan memang turun. Rupa memang dah tak ada rupa orang. Rupa kain buruk rasanya. Memang tidak bermaya. 

14 September 1998, lahirlah seorang anak lelaki seberat 3.06 kg. Rambutnya hitam lebat, kulitnya bersih sebab katanya lahir kembar air! Sebaik sahaja lahir, nurse terus letak di dada supaya Amie boleh peluk. Allahu Akbar! Ini rupanya 'anak tembikai'! Proses kelahirannya sangat mudah, tanpa setitis kesan darah pada tubuhnya. Bersih dari hujung kepala hingga ke kakinya!

Sengsara sepanjang tempoh mengandung terus hilang sebaik sahaja menatap wajahnya!

Tiga gambar di bawah ini cuba teka mana satu anak tembikai itu?

Anak tembikai berbaju merah paling hujung!





Hari ini anak tembikai sudah berusia genap 23 tahun.
Mana satu bujang tembikai?


Inilah rupa anak tembikai itu.


Dulu-dulu, kalau tiba hari ulang tahunnya dia minta Amie buatkan American Brown Cheese Cake dan ayam panggang seekor!


Selalu dia bertanya, kenapa adiknya hanya satu. Ketika usianya 14 tahun, lahirlah adik impiannya, Firdaus.

Anak satu ini orangnya happy go lucky.
Kuat mengusik orang!

Penyeri hidup kami.


Anak tembikai ini semakin lama semakin terbang jauh. Bermula dengan sambung belajar di Matrikulasi Labuan, akhirnya terus terbang menyeberang Laut China Selatan  ke Tanah Jauhar!

Sebelum wabak melanda, setiap kali ada cuti memang terbang balik LD.


Tahun lepas, tiga anak bujang sambut ulang tahun serentak pada bulan September kerana ketiga-tiganya lahir pada bulan September. Ketika itu semuanya terpaksa berkurung kerana PKP.

Selamat menyambut ulang tahun ke 23 Fuad!
Jaga diri di tempat orang.
Solat di awal waktu.
Rajin-rajin menuntut ilmu.


31 comments

  1. Aduh.. Samalah isteri saya.. Awal kehamilan mesti mabuk teruk..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Rasanya waktu itu seolah-olah hidup sega mati tak mahu saja. AllahuAkbar!

      Padam
  2. Selamat hari lahir anak kedua kak Amie :)
    Moga sihat tubuh badan dan bertambah rezeki..

    BalasPadam
  3. selamat hari lahir abg fuad.
    semoga menjadi anak soleh.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ann.
      Aamiin yang Allah. Terima kasih atas doanya.

      Padam
  4. Happy Birthday Fuad 🎉
    Seronok jugak tiga beradik bulan September, meriah sambut bersama.

    Cantik pelaminan. Terasa lama sungguh tak tengok pelamin sejak Covid melanda 😅

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Ujie.
      Biasanya sambut sekali harung, tapi sejak terpisah ni terpaksalah sambut masing-masing seadanya.

      Padam
  5. Comelnya digelar anak tembikai. Penangan makan tembikai 2 bulan. Lain anak lain pengalamannya. Happy birthday Fuad, Semoga dipanjangkan usia dengan segala kebaikan dan dimurahkan rezeki dengan segala keberkatan. Semoga Allah permudahkan segala urusan dan berikan kesihatan yang baik. berjaya dunia akhirat. Aaaminn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya Fizah. 4 anak lahir, 4 pengalaman yang berbeza.
      Terima kasih ucapan dan doa untuk Fuad. Mudah-mudahan Dia mendengar danm memakbulkannya. Aamiin.

      Padam
  6. Eh sama hari jadi dengan adik saya. Selamat hari jadi Fuad. Comel gelaran anak tembikai. Semoga membesar jadi anak soleh dan berbakti pada ibu bapa

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Sal. Happy belated birthday untuk adik Sal ye.
      Terima kasih ayas doanya.

      Padam
  7. Selamat ulang tahun kelahiran Abang Fuad.Anak kedua selalunya lain dari yang lain kan🤭
    Semoga dipanjangkan umur yang berkat & diberkati hidup di dunia hingga akhirat

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Mama Cella.
      Kata orang begitulah anak kedua ni lain sikit, tapi rasanya setiap anak tu memang ada keunikannya yang tersendiri. Terima kasih doanya.

      Padam
  8. Ehe anak tembikai. Unik pula tiada darah pada badan selepas lahir. Senang itu 3 orang sambut hari lahir bulan sama.
    Selamat hari lahir lewat untuk Fuad.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Mungkin terlalu banyak air dalam kandungan, sebab sampai 4 kali tukar kain sarung basah lencun dengan air sebelum bersalin. Anak-anak yang lain ada kesan darah pada badan, cuma yang ini lahir kembar air (kata ibu saya) selepas dia lahir baru ada darah.

      Padam
  9. Selamat hari lahir buat anakanda. Moga dirahmati Allah swt selalu. Aameen. Penangan makan tembekai kulit jadi sihat Alhamdulillah, gelaran pun comel.

    BalasPadam
  10. Anak tembikai Fuad, di hari lahirmu bonda doakan semoga panjang umur, diberi kesihatan yg baik, berjaya dalam kerjaya, bahagia di dunia dan akhirat.. Amiiinnnn Ya Rabbal Alamiiinnn.

    BalasPadam
  11. Selamat Hari Lahir Lihat Blog saya mengenai WhatsApp Platform Media Sosial Paling Penting di Dunia. Whatsapp Saya Sangat Bersyukur jika anda mengunjungi Blog saya dan Berkongsi Pengalaman.

    BalasPadam
  12. Sanah helwah Fuad aak soleh..mujur aak tembikaii bkn aak buluh betung heh..heh..

    BalasPadam
  13. wah hensem abang tembikai...happy birthday Fuad...semoga jadi anak soleh kebanggaan ibu ayah..
    Saya pulak ada sorang anak rambutan gula batu... hahaha

    BalasPadam
  14. Selamat hari lahir ke 23 Fuad atau baby tembikai...
    Moga jadi anak yg soleh dan berjaya didunia dan akhirat...

    BalasPadam
  15. Semoga terus cemerlang dunia akhirat

    Jauh perjalanan luas pengalaman dan pandangan

    BalasPadam
  16. Selamat hari lahir Fuad.. Sebut anak tembikai teringat kat Naura. Akhir pregnancy memang asyik makan tembikai je. Sebiji tu Naniey sorang je makan. Selang berapa hari pasti beli tembikai.

    BalasPadam
  17. Amie..kelakar pulak akak baca kisah tembikai tu...skrg dh besar,dah hensem dh budak tembikai..

    BalasPadam
  18. Dh hensem fuad.. wah semua hero. Nanti meriah rumah kalau ada menantu hehe. Selamat hari lahir. Semoga berjaya di dunia dan akhirat

    BalasPadam
  19. Selamat hari lahir anak tembikai..eh..Fuad...

    BalasPadam
  20. Selamat berbahagia bersama keluarga tercinta, Amy.

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe