Sewaktu anak-anak buah hendak datang ke rumah kami tempohari, Amie sudah siapkan Sambal Belacan Siam dan simpan di dalam peti sejuk. Oleh kerana akan ada ikan bakar dan ulam-ulaman, jadi bolehlah cecah dengannya. Anak-anak buah pula cadang nak buat sambal sendiri apabila sampai di rumah kami. Amie pun sediakan bahan-bahan untuk membuat sambal kegemaran mereka. Sebelum itu Amie tunjukkan Sambal Belacan Siam yang sudah siap.
Apabila anak-anak buah cuba makan Sambal Belacan Siam tadi, masing-masing sepakat mengatakan tak perlu buat sambal yang mereka cadangkan. Kata mereka Sambal Belacan Siam sudah cukup sedap!
Tapi kena tambah lagi. Takut tak cukup sebab sedap, kata anak buah.
Kalau begitu, baiklah kamu yang buat. Nanti auntie tunjukkan caranya, kata Amie pula.
Semuanya bersetuju dan inilah peluang untuk mereka belajar buat Sambal Belacan Siam.
Senang kerja!
Arahkan saja kumpul bahan itu dan ini. Dapatlah semangkuk besar Sambal Belacan Siam yang dicampur dengan sambal yang Amie sudah buat.
Jom lihat Sambal Belacan Siam hasil air tangan anak-anak buah kami.
Sambal Belacan Siam. |
Bahan-bahan:
- 2 sudu besar belacan Thailand
- 4 sudu besar gula kabung / gula Siam
- 10 biji bawang merah
- 30 biji cili padi
- 2 biji cili merah
- 2 biji tomato saiz sederhana - belah 4
- 15 biji limau kasturi - ambil jusnya (ambil tiga biji yang sudah diperah - cincang)
- garam / perasa pilihan
Cara:
- Masukkan kesemua bahan ke dalam pengisar.
- Tekan button on sekejap-sekejap supaya sambal tidak hancur.
Sambal Belacan Siam. |
Baki Sambal Belacan Siam dibahagi sama rata, dibawa pulang anak-anak buah. Alhamdulillah. Masih terasa-rasa meriah dan seronoknya melayan anak-anak buah! Yang seorang sudah terbang ke Kota Kinabalu pada petang Sabtu dan yang seorang lagi hari ini berangkat ke Kota Kinabalu juga melalui jalan darat. Moga selamat sampai.
Makan dengan tomyam sedap ni..
BalasPadamYa. biasanya dalam set masakan Thailand, memang disajikan sambal belacan, tom yam, som tam, telur dadar dan ikan goreng sos Thai.
PadamMakan dengan nasi panas dan ulam-ulaman campur ikan masin bulu ayam pun dah cukup ni
BalasPadamBetul sangat tu. Cukup dah untuk jamu selera.
PadamHebat penangan "Siam" ni kan...
BalasPadamTapi memang resipi & makanan mereka sedap serta diterima di seluruh dunia..terliur pulak sambal belacan tu
Inilah penangan sejak balik dari Bangkok... muka tak tahu malu. Tiap kali makan kalau ada hidangan sambal belacan, mesti nak minta tambah. Akhirnya bawa balik belacan siam dengan gula siam sekali.
Padamkak Amie bagi lah contoh bergambar belacan siam dan gula siam tu.. dah beberapa kali lalu lalang sambal ni, teringin juga lah nak buat.
BalasPadamAda beberapa kali saya share entri sambal belacan Siam. Nantilah kalau saya buat lagi saya share gambar ya.
Padamnmpk pun. sedappp
BalasPadamSedapkan Cik Nor hehehee.
PadamWah..cukup sempurna termasuk rasanya
BalasPadamIn syaa Allah.
PadamCukup bahan dan cukup rasa, sempurnalah sambalnya.
terima kasih resepinya kak amie!
BalasPadamSama-sama kasih Syaz.
Padamdana biasa juga buat sambal belacan gini tp bukan belacan siam kak... hehehhe
BalasPadamdana suka boh kulit limau kasturi tu, auto tambah sedap dan bau harum
Abang Farid belikan belacan Siam dengan gula Siam, tu yang selalu menyambal belacan Siam hahahaaa. Memang sedap bubuh kulit limau kasturi tu. Wangi dan sambalpun nampak ceria hihihii.
PadamOh? ada versi siap pulak?
BalasPadamSekali-sekala Uncle. Nak juga merasa versi yang dah siap.
PadamWow....nice soups,thanx for posting such amezing recipe.if you read tech article you can visit our blog https://www.humbaa.com
BalasPadamThank you.
PadamDari sehari ke sehari ammi nak order gula kabung. Masa nak guna bukan main ingat lagi.. Pastu lepas siap masak terus lupa
BalasPadamGula kabung rasa dia sedapkan Ammi.
Padamterbaik kak amie..boleh la shida cuba buat juga sambal version ni
BalasPadamtq sharing kak :)
Silakan Shida. Sedap tau.
PadamAlahai bagaikan terasa pedas,manis,masam dan masinnya Amie..
BalasPadamAlahai.... sambal ini hanya tinggal tatapan sahaja. Dah habis pun...kenalah buat lagi sebab terasa-rasa pedas, manis, masam dan masinnya hihihiii.
PadamBelacan Siam tu macamana Kak Amie? Kita ada belacan Tg Dawai je :)
BalasPadamBeli di shopee PH. Rasa dia ada beza dengan belacan kita.
PadamPasti sedap sambal belacan Amie ni
BalasPadamMemang sedap Rosa hahahaaa... tu pasal anak-anak buah minta tambah lagi.
PadamTengok sambal belacan kak amie terus teringat kedai tomyam... sama sebiji macam ni...
BalasPadamKan... Lina. Tak lengkap kalau tak ada sambal belacannya.
Padamsedap kalau dimakan bersama seafood
BalasPadamBetul tu CCL.
PadamTerus rasa kecur!
Meriah dapur Kak Amie ada anak anak buah belajar sambal belacan siam. Penangan sambal belacan siam sedap, terus semua nak belajar. Siap dapat bekal bawak balik.
BalasPadamMemang meriah Fizah. Selalunya sunyi sepi di dapur. Sekali-sekala riun rendah rasa seronok sangat.
PadamSambal belancan ada limau memang syedapp woahh.
BalasPadamKan... aromanya membangkitkan selera.
Padamsambal belacan siam, belacannya mesti dari siam kan
BalasPadamYa Kak PI. Beli di shopee.
PadamWow nampak sedap tu tapi kalau mama makan mmg gatal la hidung verhari2
BalasPadamOooo ada resdung ke?
Padamgune belacan malaysia tak bole ke kak?
BalasPadamIkut suka citarasa nak guna belacan apa. Kebetulan akan ada belacan Diam dan gula Siam, jadi namakan Sambal Belacan Siam.
Padammesti sedap sbb air tangan anak buah..
BalasPadamSemua anak- anak buah sediakan...senang kerja makcik2 ye...
BalasPadam