Sambal Belacan Buah Duku

10:36 PG

Jumpa lagi di pagi Isnin yang redup. Moga semua dalam keadaan sihat sahaja. Masak apa tengahari ini? Amie belum jenguk dapur, tetapi Amie akan kongsikan salah satu menu hidangan tengahari kami kelmarin iaitu Sambal Belacan Buah Duku.

Sebelum itu bolehlah lihat resepi sambal belacan Amie's Little Kitchen dengan buah-buahan seperti di bawah ini:


Sambal Belacan Buah Duku


Sambal Belacan Buah Duku ini sedap sangat dimakan bersama ikan bakar atau ikan goreng serta ulam-ulaman.
Bahan untuk membuat Sambal Belacan Buah Duku



Sebaiknya gunakan isi duku yang tidak berbiji.


Sambal Belacan Buah Duku.

Kalau rajin, boleh tumbuk sambal belacan buah duku dalam lesung. Amie gunakan pengisar sahaja.

Bahan-bahan:
  • 10 biji buah duku - ambil isinya yang tidak berbiji
  • 1 sudu besar belacan - bakar
  • 1 biji cili merah
  • 20 biji cili padi kampung
  • 5 biji limau kasturi - ambil jusnya  & ambil kulit dari sebiji limau kasturi yang sudah diperah - cincang kulit limau kasturi tadi
  • garam / gula / perasa pilihan
Cara:
  1. Masukkan cili merah, cili padi, jus limau kasturi, belacan, garam / gula /perasa pilihan ke dalam pengisar.
  2. Tambahkan separuh daripada isi buah duku.
  3. Kisar semua bahan dengan cara menekan butang on sekejap-sekejap supaya tidak terlalu halus.
  4. Untuk kisaran kali terakhir, masukkan lebihan isi buah duku.

Makan dengan ikan goreng pun dan cukup sedap!


Jangan lupa ulam-ulaman sebagai pelengkap hidangan.

15 comments

  1. Sedap tu...masam2 manis...cicah ikan bakar pun sedap

    BalasPadam
  2. saya suka singgah blog akak, tengok gambar menu makanan akak..terus rasa gembira..hehe

    BalasPadam
  3. Apa saja sambal belacan, sy suka sangat, bila baca ada buah duku, mengesip2 ailio di anak tekak ni 😅

    BalasPadam
  4. Ikan goreng tu terlior sungguh..Dapat cicah tu dengan sambal duku tu dah cukup sedap tum...

    BalasPadam
  5. Betul betul rare sangat ni sambal belacan campur buah duku. Bolehlah kan kita buat dia. Rasa masam masam ganti limau atau buah masam lain pun okay jugak. memang terbaik lawankan dengan ikan goreng dan ulam-ulaman.

    BalasPadam
  6. hari isnin semalam tak masak apa2 pon kak, tengah stress sebab peti sejuk rosak.. hahaha

    kampung saya banyak buah dulu kalau musim, tapi tak pernah dengar orang buat sambal belacan dulu, ini kali pertama dengar

    BalasPadam
  7. Aduhai sambal belacan tu...ni anak suka makan tau..hehhee

    BalasPadam
  8. Wah.. Buah duku dalam sambal ni saya tak pernah terfikir. Maybe sebab di rumah ni, duku tak pernah tak habis

    BalasPadam
  9. Tak pernah lagi buat atau makan sambal belacan buah duku.

    BalasPadam
  10. tiap kali masuk blog masak-masak kak amie ni , memang tak lepas peluang la dapat timba menu yang luar biasa

    BalasPadam
  11. tengok pun dah rasa kecur kak... mesti sedap

    BalasPadam
  12. Rasanya semua buah yang masam boleh letak dalam sambal belacan.

    BalasPadam
  13. Sedapnyaaaaa....kalau SA cukup ikan goreng cicah belacan tu......confirm bertambah nasi...

    BalasPadam
  14. Tak terfikir pun buah duku boleh dibuat sambal belacan. Selalunya buah dukunya habis. Tak sempat lah nak buat sambal. Baru tahu

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe