Nasi Goreng Telur & Kerupuk Singkong Pedas
10:36 PGHari Isnin menjelang datang. Assalamualaikum dan selamat pagi semua. Moga baik-baik sahaja pagi ini. Kepada yang berpuasa sunat hari Isnin, diucapkan selamat berpuasa.
Cuaca di LD nampak mendung saja. Apa pun kita teruskan rutin kita sebagai hamba Allah, dan sebagai sebahagian daripada ahli dalam masyarakat. Mudah-mudahan segala amal kebajikan kita akan mendapat ganjaran di sisi-Nya. Aamiin.
Setelah bertugas seawal pukul 7 pagi, marilah berehat seketika. Amie hanya berdua di rumah bersama Firdaus. Encik Suami awal pagi tadi sudah keluar.
Amie goreng nasi sejuk lebihan semalam. Firdaus suka sangat makan nasi goreng bubuh telur. Amie bubuh beberapa helai daun limau purut sebagai penambah aroma. Mudah sangat nak siapkan nasi goreng pagi ini sebab Amie hanya perlu tambahkan Sambal Tomato Versi Udang Kering sebagai perencah. Boleh klik di sini untuk resipi: SAMBAL TOMATO VERSI UDANG KERING.
Amie gorengkan sedikit keropok, Kerupuk Singkong Pedas sebagai peneman nasi goreng. Keropok ini pun memang Firdaus suka. Sedap pula makan keropok cecah Sambal Tomato Versi Udang Kering.
Kawan-kawan sarapan apa pagi ini?
Hidangan sarapan pagi Isnin:
- Nasi Goreng Telur
- Kerupuk Singkong Pedas
- Sambal Tomato Versi Udang Kering
- Teh Lemon Panas
Nasi Goreng Telur |
Kerupuk Singkong Pedas. |
Sambal Tomato Versi Udang Kering. |
20 comments
Kerupuk singkong tu rumit sikit nk grg kan..api kena slow..boh sikit2 ja..boh banyak kang tak sempat nak angkat dh bertukar kaler..
BalasPadamBetul tu. Cepat hangus.
Padamsama entry kita pagi n pasal nasi goreng tp saya masak nasi goreng daging
BalasPadamPagi ini saya bersarapan oat je, kak. Tengah hari baru fkir nak makan berat.
BalasPadamAduhai, tergoda tengok keropok singkong tu. Terbayang kerangupan saat mengunyahnya.
awalnya 7 pagi dah start kerja...huhu..
BalasPadamsarapan roti & jem..keropok singkong cicah sambal..sedap tu..
Ingatkan saya aorang ja tak pandai nak goreng keropok singkong ni...Asyik hangus tak mau putih gebu..Rupanya baru tau ramai geng...hihihi...
BalasPadamSedapnya nasi goreng.Saya pun tak jemuw dengan nasi goreng
nasi goreng my fav tu
BalasPadamdana panggil keropok comel tu keropok bawang kak... biasa dia jual ada cap panda hehehhe...
BalasPadamsedap makan buat kudap, atau makan dengan ns goreng kan kak
Hehe sama saya pun sarapan nasi goreng dengan kuetiau goreng.
BalasPadamsama. na. nasi gorzng
BalasPadammemang feberzt ank2
sedap ni amie. i pun masak nasi goreng pagi td. tp pedas tahap gaban lah. request big boss.
BalasPadamLama tak makan keropok singkung pedas . Ccl panggil keropok tu keropok bawang
BalasPadamEsok sy BDR, plannya nak masak nasi goreng. Terliur pulak tengok nasi goreng Kak Amie.
BalasPadamDi Johor ni, hujan baru berhenti 😍
pagi ni sibuk betul, mak ayah pula puasa sunat jadi sekadar roti gardenia sambal bilis jelah breakfast peneman WFH
BalasPadamkeropok singkong ke nama dia. kalau saya panggil keropok panda, sebab yang jual kat sini jenama Panda..
BalasPadamSedap tu nasi goreng telur, berkeropok menambah selera..
BalasPadamWak pun sarapan nasi goreng telur pagi tadi
BalasPadamSedap hidangan nasi goreng kak Amie ada aroma daun limau purut dan mudah sediakan bila ada sambal tomato. Tambah lagi ada keropok singkong pedas tu.
BalasPadamPagi ni saya masak nasi goreng kampung je untuk sarapan dan bekal untuk mak mentua lepas appointment doktor. pagi dia puasa sebab nak ambil darah.
SA kan..failed goreng keropok ni...memang akan hangus..x cantik...kalau keropok ikan pandai...but keropok makan nasi goreng memang heaven
BalasPadamnasi goreng telur simple, tp semestinya sedap..
BalasPadam