Sup Ayam Campur Betik & Daun Kemangi

10:23 PTG

Hari ini Amie masak rebus-rebus saja. Agak lama tidak masak Sup Ayam Campur Betik & Daun Kemangi. Sewaktu dalam pantang selepas selepas melahirkan Firdaus, 40 hari lamanya arwah kakak ipar jaga Amie. Bonda pesan supaya selalu hirup sup betik untuk tambahkan susu badan. Jadi arwah kakak ipar boleh dikatakan setiap hari masak sup ayam dengan betik. Kadang-kadang ditambah daun kemangi untuk aroma yang lebih segar. Betik yang diolah itu pula jenis betik mengkal. Apabila dijadikan sup rasa manis betik bercampur dengan perasa lain seperti garam dan lada hitam. Lepas hirup kuah memang berpeluh-peluh.

Sewaktu kami makan, Firdaus bertanya, ada tak lagi kuah sup dalam periuk? Amie ambilkan semangkuk kecil untuknya. Sup dihirup terus dari mangkuk.

Amie tanya:

Sedap ke dik?

Sedap. Ini makanan sihat dan berkhasiat, katanya.

Firdaus tidak makan betik, tetapi makan ayam dan juga daun kemangi.

Mommy. Ada lagi tak sup?

Ada. Sayang mahu lagikah?

Iya. Daus suka sup.

Firdaus hirup 4 mangkuk kecil sup!

Sup Ayam Campur Betik & Daun Kemangi.


Hidangan tengahari Khamis:
  • Nasi Putih
  • Sup Ayam Campur Betik & Daun Kemangi
  • Kiampau Rebus Air Asam
  • Kobis Bunga & Brokoli Celur
  • Petai Celur
  • Sambal Tomato Versi Udang Kering
  • Nanas

Lauk-Pauk Kampung.


Hidangan Tengahari Khamis.

Daun kemangi mempunyai aromanya yang tersendiri. Untuk rasa yang asli, tidak perlu tambahkan daun sup atau serai ke dalam sup. Daun kemangi itu sendiri aromanya seakan-akan serai tetapi lebih kuat lagi berbanding serai. Masakan Sup Ayam Campur Betik & Daun Kemangi ini juga sangat ringkas. Amie tidak bubuh rempah selain lada hitam, bawang putih dan bawang merah.  Biasanya Amie masukkan lada putih, tetapi hari ini Amie gunakan lada hitam sebab kehabisan lada putih. Pilihlah betik mengkal yang akan mengeluarkan rasa manis buah semula jadi dalam masakan. Rebus bersama daging ayam. Daun kemangi itu dimasukkan di akhir masakan. 



Sup Ayam Campur Betik & Daun Kemangi.

Bahan-bahan:
  • 1 bahagian sukuan peha ayam - potong 6 keping
  • 1/2 biji betik mengkal  - anggaran 400 gram
  • 7 tangkai daun kemangi
  • 2 cm halia - ketuk
  • 3 ulas bawang putih - hiris
  • 1 labu bawang besar - belah 6
  • 1 sudu kecil lada hitam / lada putih - tumbuk (boleh tambah jika sukakan rasa lebbih pedas)
  • 1.2 liter air
  • garam / perasa pilihan
Cara memasak:
  1. Masukkan ayam, betik, halia, bawang putih dan bawang besar serta air ke dalam periuk.
  2. Masak sehingga mendidih dan kemudian perlahankan api dapur.
  3. Setelah daging ayam empuk, masukkan lada hitam / lada putih bersama daun kemangi.
  4. Taburkan garam / perasa pilihan.
  5. Kacau beberapa kali dan padamkan api dapur.

Daun Kemangi.

17 comments

  1. Cantiknya gambar-gambar menyerlah.. Firdaus suka sup hingga hirup bermangkuk-mangkuk, sedap nampak carrot empuk lembut.

    BalasPadam
  2. Owh… betik bole buat sup ye.. first time dengar. Kat sini banyak sgt yg sy first time dengar…

    BalasPadam
  3. Kalau jumpa sup ayam, saya suka makan dengan roti je..

    BalasPadam
  4. Tak pernah makan daun kemangi. Menarik. Pertama kali Syu dengar😅.

    BalasPadam
  5. Sukanya bau daun kemangi mwsti lagi segar menggamit selera nak makan.Saya suka buat ulam,lagi-lagi kalau dapat kemangi putih(sebenarnya hijau)aroma keras tapi sedap

    BalasPadam
  6. Kalau makan lauk macam ni, saya guna sudu kak Amie. Puas menyudu nasi berkuah sup. Sy sebenarnya rasa nak minta aje betik muda dengan jiran depan tu, terbayang sayur bening betik boh lada hitam dan dan selasih, hihi

    BalasPadam
  7. Firdaus makan sup sahaja. Hehe kalau saya pun lebih makan sup, banjirkan nasi.

    BalasPadam
  8. sukanya firdaus makan sup betik cmpur kemangi mesti sedap sgt tu

    BalasPadam
  9. saya suka jugak sup betik, penah makan makanan dalam pantang kakak punya

    BalasPadam
  10. sup ayam campur betik rebus-rebus je. Tak pernah rasa.

    BalasPadam
  11. Dapat bayangkan rasa sedap masakan sup ayam campur betik dan daun kemangi ni. Nak carilah daun basil ni kat nursery. Nampak selalu digunakan dalam masakan melayu selain western.

    BalasPadam
  12. Sedapnya aroma daun kemangi tu mmg membuka selera

    BalasPadam
  13. Sedapnya. Terbayang adik Firdaus menghirup penuh nikmat. Rasa sedap ditambah bau wangi memang berselera

    BalasPadam
  14. Nampak sedap tu ha...sedapnya kalau dapat hirup sup panas2 macam tu..SA selalu nampak daun kemangi ni kat kampung..x pernah cuba makan lagi...eh terasa nak cuba la..mak cakap daunnya wangi...rupa macam daun selasih

    BalasPadam
  15. Sedappnyaa sup ayam tuuu, kalau saya makan, harus banjir nasi dengan sup tuuu. Siap makan nasi, hirup pulak lebihan sup. Memang mantap! Hehehehe.

    BalasPadam
  16. Selalu nampak daun kemangi pandang sebelah mata je sebab tak reti nak masak apa. Lepas ni boleh buat sup macam Kak Amie.

    BalasPadam
  17. nampak sedap dan sihat sup ayam & betik ni.
    bru tau psl daun kemangi ni. tak sure pernah nmpk ke x sbelum ni sbb tak kenal kan..

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe