Jom Panggang Ikan!

10:53 PTG

Pada mulanya anak-anak buah cadangkan panggang ikan, masak sayur bening bayam campur labu manis bubuh daun kemangi.  Sambalnya pula, sambal tomato campur kemangi. Itu sahaja. Sesekali makan masakan kampung tentu sedap!

Biras dari kampung bawa kerabu kangkung dengan pucuk paku. Anak-anak buah pula bawa minuman, ulam-ulaman, sosej dan kek. Akhirnya penuh makanan satu meja.

Ikan Cencaru Panggang.

Ikan Pelaling.


Ikan Cencaru.

Anak-anak buah bukan main seronok melihat bara api yang merah menyala. Masing-masing teruja nak panggang ikan.


Mujurlah ikan cencaru berkulit tebal. Walaupun hangus kulit di luar, isi di dalam masih selamat!


Harumnya aroma daun pandan yang membalut ikan pelaling!


Pada mulanya Amie nak goreng saja ikan Jepun ini, tetapi anak buah kata panggang sajalah semua ikan. Ikut suka kamulah.


Sewaktu yang lain sibuk panggang ikan, seorang anak buah siapkan kicap lada di dapur. Tiba-tiba terdengar teriakannya dari dapur:

Auntie! Air abu itu apa?
Cukakah?
Saya tuang dalam kicap lada.

Haaaaa?
Air abu itu air sotong sayang! Buat rendam sotong nak bagi kembang!

Alamak! Saya fikir tadi isinya cuka sebab botolnya sama macam botol cuka!

Pecah berderai tawa memenuhi dapur!
Oleh kerana cili padi dan limau kasturi semuanya habis dibuat kicap lada yang tercampur dengan air abu, jadi terpaksalah dua orang anak buah lari ke kedai mencari cili padi dan limau kasturi!

Inilah hasil ikan pelaling dan ikan Jepun panggang.



Ini pula ikan cencaru panggang yang hangus di luar tetapi bahagian dalam tetap elok.
Masing-masing mentertawakan hasil panggangan ikan sendiri.... ahaks!

Anak-anak kecil sukalah kalau ada sosej!


Ulam-ulaman ini dibawa oleh anak buah dan dicelur di dapur kami. Ada terung goreng, tempe goreng, kacang botol dan kacang bendi celur serta salad. Sambal di tengah-tengah itu sambal belacan Siam hasil air tangan mereka juga setelah berguru dengan Amie.

Yang keluar dari dapur kami hanyalah nasi, sambal belacan Siam, acar ikan masin dengan jeruk belimbing buluh, sambal goreng kulit cempedak dengan petai dan ikan masin, belacan Cocos dan juga bubur kacang campur durian.


Sambal Belacan Siam.

Acar Ikan Masin dengan Jeruk Belimbing Buluh.



Sambal Goreng Kulit Cempedak dengan Petai & Ikan Masin



Belacan Cocos.


Bubur Kacang dengan Durian.


Walaupun hidangan lauk-pauk ringkas sahaja tetapi suasana cukup meriah. Paling tak boleh lupa kalau teringat ikan cencaru panggang..... ! Tapi licin juga semua ikan cencaru walaupun hangus terbakar.

21 comments

  1. Salam, ampunnnn Kak Amie.. lama kita ponteng kelas di dapur maya Kak Amie.

    Wahhhh.. dia buat makan2 laaa.. kelakar pulak kisah air abu tu, hahahaha. Nasib kedai buka lagi.

    BalasPadam
  2. sedapnya kak ..
    ni dari haritu mcm terliur tgk gambar belacan cocos tu

    BalasPadam
  3. Sedapnya lauk kampung ada bakar bakar dan sambal serta ulaman pun dah cukup kak Amie. Dapat rasakan kemeriahan gotong royong membakar bakar ni. Bakar bakar ni syok ramai ramai sambil menunggu masak sambil bersembang. Ada je drama yang buat terhibur. Kena buat label tu botol cuka tu. Naya silap tuang. terpaksa buat baru. Hehe...

    BalasPadam
  4. Allahu sedapnya...terliur kita hehe

    BalasPadam
  5. Meriahnya Amie...rasa mcm nak pergi tumpang sekaki..

    BalasPadam
  6. Mesti sedap sangat hasil air tangan anak buah. Hehe bagus gotong-royong masak.

    BalasPadam
  7. Masya Allah....seronoknya dapat kumpul makan ramai-ramai...Kalau dah ramai makan megi pun sedap..apa lagi ikan bakar...

    BalasPadam
  8. ya allahh.. lauk2 kg cam ni lah yg menyelerakan. makan reramai lagi lah kan.

    BalasPadam
  9. sedapnya ikan panggang cicah air asam maveles

    BalasPadam
  10. helok je ikan2 tu beratur.. he he he
    btw...sedap2 nya semua menu kak..terliur tgk.

    BalasPadam
  11. sedapnya ikan bakar...sambal goreng kulit cempedak + petai tu yg rare..

    cantik api, warna pink..

    BalasPadam
  12. aduhaiiiii kecurnya tenguk sedulang ulam-ulaman dengan sambal belacan siam mari.....perghhh

    BalasPadam
  13. meriahnya, banyak makanan dan mkn ramai2..

    BalasPadam
  14. fevret tu ikan cencaru panggang..

    BalasPadam
  15. seronoknya kak membakar-bakar gini... makan pulak ramai-ramai, dengan ulaman aduhai meratah je pun sedap
    lawak betul anak buah akak tu, mujur dia tanya kalau tidak .... hahhahaha

    BalasPadam
  16. uiiiii best nyaaaaaaa.... bau asap tu kan kak smpi ke sini semerbak hehehe

    BalasPadam
  17. Aduiii kak Amie... Terliur tgk menu tu... Sedapnya

    BalasPadam
  18. Nasib baik dia tanya awal-awal ye, kalau terhidang, habislah semua cicah kicap air abu. Hehe. Seronoknya kak Amie, panggang sahaja lebih sihat

    BalasPadam
  19. lapar plak tgk..sbb blum lunch..yum2

    BalasPadam
  20. Aduhai...lamanya tak makan ramai- ramai macam ni.....lapar terus perut SA ni kak

    BalasPadam

TERIMA KASIH TINGGALKAN KOMEN.

Labels

~Albania ~Australia (Perth) ~Balkan ~Bosnia and Herzegovina ~Bosnia Herzegovina ~Brunei Darul Salam ~Bulgaria ~China (Shenzhen - Guilin - Yangshuo - Guangzhou) ~Croatia ~Cuti-Cuti Malaysia ~Ekspedisi ~Europe ~India (New Delhi - Srinagar - Pahalgam - Gulmarg) ~Indonesia ( Padang - Bukit Tinggi - Jambi - Palembang - Jakarta ) ~Indonesia ( Sumatera Barat - Bukit Tinggi - Padang ) ~Indonesia (Bandung - Jakarta - Jogjakarta) ~Travelogue ~Indonesia (Kalimantan Timur: Nunukan - Tarakan - Balikpapan - Samarinda - Tenggarong) ~Indonesia (Sidoarjo - Surabaya - Malang) ~Indonesia (Surabaya - Malang) ~Italy ~Jalan-Jalan Cari Ikan ~Jalan-Jalan Cari Makan ~Johor ~Kedah ~Kelantan ~Kenali Hidupan Akuatik ~Korea Selatan - Seoul - Nami Island ~Kuala Lumpur ~Madinah 2023 ~Makkah & Madinah ~Makkah 2023 ~Melaka ~Montenegro ~Muhasabah Diri ~Negeri Sembilan ~Nepal (Kathmandu-Pokhara-Dhampus-Machhapuchhre Base Camp) ~Pahang ~Pakistan ~Penginapan / Homestay / Hotel / Resort ~Perak ~Perlis ~Pulau Pinang ~Putrajaya ~Republik Macedonia ~Sabah ~Saudi Arabia ~Selangor ~Slovenia ~Tempat Menarik di Malaysia ~Terengganu ~Thailand ( Bangkok - Hua Hin) ~Thailand (Hatyai) ~Travelogue ~Turki ~Turkiye ~Umrah ~Umrah 2023 ~Vietnam ( Da Nang - Hoi An - Ba Na Hills) Acar Advertorial Agar-Agar Air Asam Aneka Hidangan Nasi Aneka Hidangan Sup Aneka Jenis Serunding Anekdot Antologi Puisi Apam Asian Food Festival Awards Ayam / Itik / Burung BBQ Bekal Makanan Biskut Buah Bubur Buku Cerita / Komik / Cerpen / Novel Buku Motivasi Buku Resepi Buku Resipi Buku Sejarah Buku Travelog / Novelog Cerita Dari Dapur Cerita Dari Pasar Cerpen Kanak-Kanak Chips Contest / Kuiz / GA Desserts Dried Pasta: Spaghetti/ Spiral / Fusili / Rigatoni / Fettuccine / Risoni / Lasagne / Conchiglie / Tagliatelle / Macaroni / etc Dumpling / Wantan / Siew Mai / Dim Sum Food Review Hari Raya Hasil Karyaku Herba Hidangan Berbuka Puasa Hidangan Berpantang Hidangan Bersahur Hidangan Tengah Hari / Malam Hidangan Tengahari / Malam Himpunan Kad Ucapan Ikan Japanese Food Jeruk / Pickles Johor Juadah Hari Raya Juices / Smoothies Kampung Laman Kek Kek Lapis Kek Lapis Sarawak Kek Sarawak Kelas Masakan Keluarga Kerabu Kerang-Kerangan Ketam / Sotong / Udang Khidmat Foodpanda Kiriman Komentator Korean Food Kudapan Kuih Raya Kuih Tradisional Nusantara Kuih-Muih Kuiz / GA Lain-Lain Laksa / Mee / Mee Hoon / Kuey Teow Lembu / Kambing / Lamb / Rusa Lobster Malaysian Food Festival Masakan Ala Kadazan / Dusun Masakan Ala Bajau Masakan Ala Bugis Masakan Ala Cina Masakan Ala Cocos Masakan Ala Jawa Masakan Ala Mamak Masakan Ala Nyonya Masakan Ala Pakistan Masakan Ala Thai Masakan Asia Selatan Masakan Asia Tengah Masakan Brunei Masakan India Masakan Indonesia Masakan Minang Masakan Negeri Sembilan Masakan Pahang Masakan Sabah Masakan Sarawak Masakan Singapura Masakan Suluk Masakan Timur Tengah Masakan Tradisi Kedah Masakan Tradisi Kelantan / Terengganu /Pantai Timur Masakan Tradisi Melayu Melaka Masakan Tradisi Perak Masakan Tradisi Pulau Pinang Masakan Tradisional Nusantara Masakan Utara Menu ala Fusion Minuman Panas / Sejuk Muffin Nuffnang Oleh-oleh Otak-Otak Pakistan Pastry Pemakanan Sihat Pembelian Online Petua Di Dapur Pie Pizza Puding Resepi Amie's Little Kitchen di Media Cetak Resepi Bonda Roti Sambal Sambutan Hari Istimewa Santai Bersama BEN ASHAARI Sarapan Pagi / Minum Petang Sate Sayur Seafood Segmen : Meriahnya Dunia Masakan Segmen Share Resipi Setulus Kasih Soto & Coto South Africa & Portuguese Food Telur Tempahan Western Food Wordless Wednesday

Subscribe